Bot terbalik / karam

Kalau memancing laut dalam menggunakan bot yang besar mungkin kejadian ini kurang berlaku. Sekiranya berlaku, ia bukanlah kesilapan dari pemancing.

Namun ia tetap risiko yang bakal dihadapi oleh pemancing. Namun banyak kes bes terbalik atau karam di sungai atau tasik air tawar disebabkan oleh pemancing sendiri.

Pengendali bot pula harus mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan. Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras.

 

7 Kemalangan yang menimpa pemancing – part 1/2!!

 

Sesat

Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku.

Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat

melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi. Jika berkemampuan, dapatkanlah peranti GPS.

 

Ads

7 Kemalangan yang menimpa pemancing – part 1/2!!

 

Lemas

Suka atau tidak, risiko lemas ketika memancing merupakan risiko yang paling rapat dengan pemancing. Tentu saja kerana memancing dan air tidak dapat dipisahkan.

Namun tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing.

Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik.

Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.

 

7 Kemalangan yang menimpa pemancing – part 1/2!!

Ads

 

Kemalangan Jalan Raya

Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya.

Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja. Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini.

 

Gangguan binatang

Dalam keseronokan memancing, pertembungan dengan binatang buas dan serangga berbisa perlu dielakkan.

Namun suka atau tidak ia merupakan kemungkinan yang tinggi berlaku. Perkara paling asas adalah sentiasa bawa pisau atau parang ketika berjalan di dalam hutan.

Ads

Elakkan dari berkhemah atau berjalan di jalan dan lokasi yang berisiko.

Menabur belerang sekitar khemah mampu menghindar dari kehadiran ular, kala jengking, lipan daripada memasuki khemah. Pasang unggun api sekiranya berkhemah dan bermalam di dalam hutan.

 

7 Kemalangan yang menimpa pemancing – part 1/2!!

 

Kena sengat

Sesetengah ikan seperti sembilang, duri, pari, atau baung mampu mendatangkan kecederaan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik sewaktu berjaya memperolehnya.

Sengat duri sembilang misalnya cukup berbisa jika terkena tangan dan perlu gunakan playar untuk memotong durinya.

Gunakan juga gancu, sauk atau lip grip ketika mengendalikan ikan-ikan jenis berduri dan bersengat ini.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI