Casting atau mengilat merupa kan salah satu teknik memancing yang menyeronokkan.
Dengan mengunakan gewang atau umpan tiruan sebagai alatan utama, ia juga merupakan sukan memancing yang berisiko tingi ditimpa kemalangan jika cuai atau kurang waspada .
Terutamanya jika aktiviti casting bersama rakan menggunakan sampan atau bot kecil.
ETIKA 1
Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan.
Terutamanya teknik over head cast yang mana rakan berada di belakang anda.
Ads
ETIKA 2
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surf casting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada rakan atau diri sendiri.
ETIKA 3
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu .
Ads
ETIKA 4
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had.
Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Ads
ETIKA 5
Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
ETIKA 6
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
ETIKA 7
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memang seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan. Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat. Hakikatnya, cara pengendalian ikan amat penting tak kiralah sama ada untuk melepaskan kembali ikan tersebut atau dijadikan lauk.
i) Jika tiada penyauk, gunakanlah lip grip atau pencangkuk bibir ikan. Penggunaan lip grip amat bagus jika memancing ikan air tawar bergigi tajam seperti haruan dan toman. Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail, kemalangan juga dapat dikurangkan.
ii) Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan dan sesuai untuk mendaratkannya. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.
iii) Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkannya dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah. Sebaiknya guna bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat.
iv) Jika pancingan di laut, seeloknya gunalah gancu atau cangkuk. Apatah lagi jika yang ingin didaratkan itu bersaiz besar, bergigi tajam atau yang bersengat seperti ikan pari.
v) Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tapi harus diingat, bukan semua ikan boleh dipegang mulutnya seperti siakap atau sebarau. Sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum tunjuk hero.
vi) Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah playar atau hook remover. Elakkan dari menanggalkannya dengan menggunakan tangan khususnya mengendalikan ikan bergigi tajam.
vii) Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala, jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulangnya. Jika memegang ikan bersengat, peganglah bahagian kepalanya dengan cara yang betul.
viii) Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam, sebaiknya putuskan saja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan.
ix) Jika ingin berselfie bersama ikan, sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.
Tak dinafikan ikan kelah adalah spesies yang teramat-amat sensitif dan berhati-hati untuk memakan umpan. Selain faktor persembahan umpan yang tepat, peralatan dan suasana persekitaran juga amat penting amat penting untuk memujuk kelah agar memakan umpan. Sebarang kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan akan menyebabkan kelah enggan untuk mendekati umpan, apatah lagi memakannya.
PERALATAN PANCING
Penggunaan tali tangsi atau mono adalah satu KEMESTIAN. Dilarang sama sekali menggunakan tali sulam atau braided. Tali tangsi pula sebaiknya tidak lebih dari 25lb. Warna tangsi sebaiknya warna jernih atau hijau atau warna yang sepadan dengan warna air di lubuk. Tali tangsi yang berdiameter kecil tetapi tahan lasak adalah pilihan terbaik.
Perambut sebaiknya dari jenis monofilament atau fluorocarbon yang bersifat halimunan. Tali perambut pula mestilah lebih kecil daripada tali utama. Sekiranya menggunakan tali utama 20lb maka tali perambut 15lb digunakan. Panjang perambut memandai satu kaki hingga dua kaki sahaja.
Elakkan dari menggunakan mata kail yang berkilat (stainless steel) seperti mata kail yang digunakan untuk jigging. Gunakan saja mata kail black nikel warna kelabu atau yang berwarna seperti warna merah. Saiz mata kail pula bergantung pada umpan dan perlu disembunyikan dalam umpan sepenuhnya.
Gunakan batu ladung seringan yang mungkin sepadan dengan arus dan umpan. Lontaran umpan pula sebaiknya umpama gerakan buah-buah hutan yang gugur ke air.
PANTANG LARANG
Jangan berada rapat dengan gigi air terutamanya kawasan tebing yang tak berpokok. Sebaiknya berlindung agar tidak dapat dilihat secara terus dari kawasan lubuk.
Jangan pakai baju yang terlalu terang terutamanya jika memancing pada waktu siang. Sebaiknya pakai pakaian yang tidak kontras dengan warna persekitaran.
Jangan terlalu bebas bergerak. Jika boleh duduk bersembunyi tanpa banyak melakukan pergerakan. Ia sesuatu yang amat merugikan tatkala kelah sedang menjenguk umpan, tatkala itulah kita melakukan pergerakan yang boleh menakutkan kelah yang sememangnya bersifat penakut.
Jangan mandi atau merendam kaki apatah lagi berkubang macam kerbau ke dalam sungai yang mana airnya itu kemudiannya mengalir ke lubuk atau port kita mancing. Kelah sensitif dengan kehadiran manusia.
Amalkan satu spot satu orang. Bila berbuat demikian ia akan dapat mengelak daripada berbuat bising seperti bercakap atau melakukan sesuatu yang boleh mengganggu bunyi persekitaran yang sebenarnya sekali gus boleh menakutkan ikan.
Apa yang sebenarnya menggembirakan kaki pancing khususnya pemancing laut dalam. Adakah kerana hasil tangkapan? Tekong Power? Bot selesa? Ahli komplot? Atau suasana memancing?
Untuk menghasilkan trip memancing yang seronok, kesemua perkara tersebut harus memainkan peranan masing-masing.
TEKONG
Tekong boleh dinobatkan sebagai watak utama yang memainkan peranan penting jaya atau gagalnya sesuatu ekspedisi memancing.
Mereka adalah pengendali utama ke sasaran untuk pemancing menebus harga yang dibayar untuk permainan tarik tangsi.
Adalah menjadi hak pemancing (kecuali semasa pertandingan) memilih tekong yang terbaik untuk mereka. Tepuk dada tanya selera.
Perlukah tekong yang dipilih dipersalahkan jika trip itu gagal? Pastikan tekong sudah bersedia untuk membawa anda ke padang pancing, bukan masa itulah sibuk nak uruskan
bot, atau memberi laluan pemancing tersadai di jeti menunggu beberapa jam sebelum tekong memulakan perjalanan.
Ataupun alasan bot tidak dapat keluar kerana air surut. Tersadai di pangkalan sedangkan semua ini sudah diberitahu terlebih awal.
Lazimnya kebanyakan tekong adalah nelayan / bekas nelayan yang memiliki pengalaman di laut serta masak dengan perairan setempat.
Atas faktor ini hampir separuh darinya adalah veteran dengan istilah lain berumur atau otai. Atas faktor ini juga ramai yang segan untuk mengarahkan tekong berpindah jika hasil negatif, lebih-lebih lagi tekong sedang syok berdengkur di kabin bot.
Masih ramai tekong yang bagus di luar sana sedia menanti golongan pemancing yang inginkan khidmat mereka.
Tapi ada juga yang ‘menyimpan’ tekong untuk kegunaan sendiri dan tidak ingin berkongsi maklumat tekong dengan pemancing lain.
Begitu pun kelemahan ketara ialah kebanyakan bot tidak didaftarkan sebagai bot pelancong dan undang-undang sedia ada bot berkenaan tidak dibenarkan membawa penumpang / pemancing.
Yang pastinya ramai tekong bagus adalah nelayan sepenuh masa. Tekong yang biasa membawa golongan pemancing adalah terbaik kerana mereka sudah masak dengan pelbagai kerenah golongan pancing laut.
Tekong juga boleh dijadikan bahan rujukan atau ‘guru sementara’ di atas bot. Selain teknik memancing, jenis ikan, musim atau cuaca dan pergerakan air boleh dirujuk pada tekong.
Rumusan penting
kepakaran tekong mengetahui lubuk.
kerjasama yang diberikan.
saiz dan keadaan bot yang ditawarkan.
lokasi.
kerenah atau perangai tekong.
VESEL / BOT PANCING
Bot berlesen adalah kurang berbanding bot tidak berlesen. Yang dimaksudkan bot tidak berlesen adalah bot didaftarkan sebagai bot nelayan bukan bot pelancong (membawa penumpang). Hanya ketika pertandingan sahaja bot nelayan dibenarkan membawa pemancing atas kerjasama pihak perikanan dan marin.
Jika di luar waktu tersebut undang-undang melarang bot nelayan membawa pemancing. Hairan juga kenapa tidak boleh sewa ketika bukan waktu pertandingan.
Hanya pihak berkuasa boleh menghuraikan fenomena ini tapi kita masih gemar menggunakan khidmat bot jenis ini kerana yakin dengan kemampuan tekong serta kosnya jauh lebih murah.
Rumusan penting
saiz dan kapasiti.
kemudahan seperti tandas, ruangan penyimpan barang, rod holder, dapur.
harga yang ditawarkan.
masa untuk sampai ke lokasi atau jarak lokasi serta perjalanan ke jeti terbabit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...