Kalaulah harga joran mencecah ribuan ringgit sekalipun, jika tidak dijaga dengan cermat akan rosak juga.
Jadi pemancing semua, apa kaedah yang anda gunakan untuk memastikan kualiti joran kalian sentiasa dalam keadaan tip top? Kebanyakan joran dijaga dengan cara yang lebih kurang sama.
Berikut adalah lima tip asas untuk menjaga joran anda, mungkinkah anda menggunakan cara yang berbeza?
BERSIHKAN JORAN
Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan batang joran.
Ads
Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran.
LAP KERING JORAN
Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan.
OLIS MINYAK
Ads
Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh.
SIMPAN DI TEMPAT KHAS
Dapatkan beg khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya.
Ads
ELAKKAN TERKENA PANAS
Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas dan elakkan daripada meletakkannya di dalam kereta. Suhu panas boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.
Adakah anda mempunyai sebarang tip atau petua lain untuk menyimpan joran anda?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan begahak atau spesies Belodontichthys dinema adalah ikan pemangsa yang sinonim dengan perairan air tawar Sungai Pahang.
Waktu terbaik untuk memburu spesies ini adalah pada musim kemarau, lazimnya pada bulan Mac, Jun dan Ogos.
Ikan begahak biasanya mendiami kawasan sungai yang lebih dalam dan berarus.
Ia boleh ditemui secara berkumpulan ketika musim anak-anak ikan mungkus (ikan-ikan kecil) bergerak melawan arus mudik ke hulu.
Untuk mengesan kehadiran begahak adalah tidak sama dengan kehadiran sebarau yang frenzy meligan anak-anak ikan.
Kehadiran begahak dikesan apabila ada kelibat anak-anak ikan yang melompat di permukaan air.
Ia berbeza dengan kesan sambaran dari sebarau yang kedengaran meletup-letup.
Teknik casting biasanya diaplikasi bagi memburu spesies ini. Ia sebenarnya boleh dipancing dengan kaedah lama iaitu menggunakan umpan ikan hidup namun keseronokan memancing lebih jika dilakukan dengan teknik casting.
Walaupun dengan kehadiran ikan mungkus, ada ketikanya ikan begahak ini tidak aktif mengejar anak-anak ikan ini.
Pada waktu ini boleh cuba teknik menunda gewang atau throlling bagi menarik keluar begahak keluar dari lubuknya di dasar sungai.
Untuk tujuan menunda gewang bolehlah gunakan gewang selaman dalam yang mampu menyelam sehingga 3 meter.
Pada asasnya tidak banyak terdapat kawasan melebihi 5 meter di Sungai Pahang. Sementara drag kekili perlu dilaraskan sehingga 50% sahaja bagi mengelak kes rabut atau lucut.
Sama ada menunda atau casting, gunalah treble hook atau mata tiga yang halus dan tajam. Ini kerana begahak diketahui jarang menelan gewang.
Sebaliknya lebih kepada melanggar atau menampar mangsa dengan pipi kepalanya. Sekiranya menggunakan mata kail yang tebal dan kasar maka peratus untuk hook up adalah rendah.
Begitu juga sekiranya menggunakan mata tunggal gewang atau single hook. Dalam erti kata lain, guna treble hook standard saja.
Ikan lais merupakan spesies yang semakin berkurangan kebelakangan ini. Tambah sukar kerana bukan semua sungai di Malaysia ada spesies ini.
Salah satu sungai yang masih ada spesies ini adalah Sungai Endau, di Mersing, Johor. Sungai Endau ini bersambung dengan Sungai Sembrong di Kluang, Johor.
Ikan lais juga spesies yang bermusim. Dalam erti kata lainnya, ia bukanlah tidak boleh dipancing sepanjang masa.
Biasanya, jumlah ikan lais banyak muncul selepas musim banjir. Namun di luar musim ada juga namun bilangannya agak sedikit.
Faktor air juga penting untuk memancing lais. Biasanya lais lebih mudah dipancing ketika air sungai jernih. Bila air sungai keruh agak sukar menjejak ikan ini.
Dari segi umpan pula, cengkerik adalah umpan yang terbaik. Namun umpan lain seperti cacing atau anak udang juga boleh digunakan.
Dari segi peralatan memancing, memadai menggunakan peralatan ringan atau ultra ringan saja.
Peralatan untuk memancing udang galah juga boleh digunakan untuk memancing lais. Mata kail kecil saiz 11-13 sudah mencukupi. Perambut halus 6-10lb dah dikira ok sangat.
Teknik perambut pula agak berbeza. Ikatan perambut stail apolo 2 mata adalah yang terbaik. Cara lais memakan umpan adalah dengan membawa lari umpan dengan laju.
Masa tu kita perlu membuat sedikit sentapan lembut pada joran dan melayannya dengan perlahan-lahan hingga ia timbul di permukaan.
Spot atau lubuk lais pula biasanya berkumpul di teluk-teluk atau suak-suak sungai yang tenang dan juga tempat yang berarus perlahan.
Berikut beberapa panduan yang perlu dititikberatkan ketika ingin mendarat dan mengendalikan ikan sama ada untuk keselamatan diri mahupun tangkapan itu sendiri.
Guna Sauk
Tidak kira apa jenis pancingan anda, sauk atau tangguk merupakan alatan kelengkapan memancing yang perlu ada dan dibawa bersama. Kebanyakan pemancing keberatan untuk membawa sauk berikutan saiznya yang besar dan memakan ruang simpanan dalam kenderaan.
Guna Lip grip
Jika tiada penyauk, gunakanlah lip grip atau pencangkuk bibir ikan. Penggunaan lip grip tidaklah sebaik menggunakan tangguk tetapi ia sesuai untuk mengendalikan ikan air tawar bergigi tajam seperti haruan dan toman.
Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail, kemalangan juga dapat dikurangkan jika memegangnya dengan tangan sahaja. Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan dan sesuai untuk mendaratkannya. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.
Guna Gancu
Jika memancing di laut, seeloknya gunalah gancu atau cangkuk. Apatah lagi jika yang ingin didaratkan itu bersaiz besar, bergigi tajam atau yang bersengat seperti ikan pari. Jika ingin membawa pulang tangkapan tersebut bolehlah dicangkuk pada bahagian badannya, sebaliknya jika melepaskan kembali pastikan tidak mencederakan mana-mana anggota badannya atau putuskan sahaja tali perambut.
Cara Alternatif
Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkannya dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah. Sebaiknya peganglah bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat atau ke atas bot.
Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tapi harus diingat, bukan semua ikan boleh dipegang mulutnya seperti siakap atau sebarau. Sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum tunjuk hero.
Cara Pengendalian
Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah playar atau hook remover. Elakkan dari menanggalkannya dengan menggunakan tangan khususnya mengendalikan ikan bergigi tajam.
Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala, jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulangnya. Jika memegang ikan bersengat, peganglah bahagian kepalanya dengan cara yang betul.
Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Cara ini boleh menyebabkan kecederaan atau setidak-tidaknya menghapuskan lendir badan yang sangat penting untuk survival ikan.
Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam mulut, sebaiknya putuskan saja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan. Ia lebih baik bagi survival ikan daripada memaksa mengeluarkan mata kail tersebut.
Jika ingin bergambar bersama ikan (spesies tangkap dan lepas), sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...