Ikan lais merupakan spesies yang semakin berkurangan kebelakangan ini. Tambah sukar kerana bukan semua sungai di Malaysia ada spesies ini.
Salah satu sungai yang masih ada spesies ini adalah Sungai Endau, di Mersing, Johor. Sungai Endau ini bersambung dengan Sungai Sembrong di Kluang, Johor.
Ikan lais juga spesies yang bermusim. Dalam erti kata lainnya, ia bukanlah tidak boleh dipancing sepanjang masa.
Biasanya, jumlah ikan lais banyak muncul selepas musim banjir. Namun di luar musim ada juga namun bilangannya agak sedikit.
Ads
Faktor air juga penting untuk memancing lais. Biasanya lais lebih mudah dipancing ketika air sungai jernih. Bila air sungai keruh agak sukar menjejak ikan ini.
Dari segi umpan pula, cengkerik adalah umpan yang terbaik. Namun umpan lain seperti cacing atau anak udang juga boleh digunakan.
Ads
Dari segi peralatan memancing, memadai menggunakan peralatan ringan atau ultra ringan saja.
Peralatan untuk memancing udang galah juga boleh digunakan untuk memancing lais. Mata kail kecil saiz 11-13 sudah mencukupi. Perambut halus 6-10lb dah dikira ok sangat.
Ads
Teknik perambut pula agak berbeza. Ikatan perambut stail apolo 2 mata adalah yang terbaik. Cara lais memakan umpan adalah dengan membawa lari umpan dengan laju.
Selain menggunakan umpan alami, penggunaan gewang atau teknik menunda, casting atau balingan gewang adalah lebih efektif pada siang hari selain menghanyut umpan hidup. Menunda selain dari ikan tenggiri, alu-alu disifatkan mangsa yang paling kerap diperoleh.
Walaupun ia dianggap kurang aktif waktu siang, namun ada gangguan dari mangsa ia pasti agresif mengejar dan menyerang mangsa atas alasan untuk membunuh. Sekiranya mata tiga gewang ia pasti mudah tersangkut dan terpedaya.
Jika umpan hidup dihanyutkan pada siang hari, ada juga kes di mana umpan di serang secara tiba-tiba dengan menggigit, melarikan buat seketika dan melepaskan kembali mangsa tadi apabila ia tidak bernyawa lagi. Ramai pemancing menyangka ia rabut sebelum rembatan dibuat.
Seperti yang diterangkan sifat pemburu sisik perak ini, waktu malam adalah paling mudah seronok dan kadang-kala naik jemu jadinya. Ia akan menyambar umpan tidak kira hirisan ikan mati, sotong, udang atau umpan hidup ketika dilabuhkan ke dasar.
Setengahnya baru setengah meter dari permukaan ia sudah merembat umpan jatuh. Jika diperhatikan saiz mangsa, ia banyak yang sebaya usia dan perbezaan saiz ini ditentukan oleh peringkat kedalaman air. Saya pernah melihat si kecil di atas, kemudian disusuli yang besar sedikit dan akhir sekali yang lebih besar di bawah bak kata orang mata sebesar penumbuk.
Ikan talang boleh dipancing dengan pelbagai kaedah. Salah satu cara yang amat berkesan dan popular dipraktikkan ialah melalui teknik jigging. Begitu juga dengan teknik casting. Sekiranya korang berminat memancing talang dengan teknik jigging dan casting, tip yang disediakan ini boleh dipraktikkan.
Jika inginkan sambaran dari talang dengan kaedah jigging, jig perlu dimainkan secara laju. Ia adalah yang paling praktikal. Manakala setting peralatan pula biarlah gunakan set yang ringan tetapi mampu bertahan supaya tidak letih jigging sepanjang hari.
Gunakan jig yang berat di bahagian bawah kerana ia lebih stabil apabila henjutan laju dilakukan. Jika jig tidak cukup laju, talang hanya akan mengekorinya sahaja hingga ke tepian bot. Memang sakit hati dibuatnya apabila melihat kelibat talang ini hingga ke permukaan air.
Jika menggunakan gewang permukaan pula, aksi popper yang dihenjut secara perlahan lebih digemari talang. Ini adalah kerana karauan yang laju akan menyebabkan ia selalu tersasar dari menyambar popper.
Teknik popping dan casting ini sangat berkesan ketika talang frenzy mengerjakan anak-anak ikan. Sekiranya bertemu talang sedang frenzy, baling gewang setepat yang mungkin dalam kawanan talang yang sedang frenzy.
Mata kail yang tajam juga hendaklah digunakan kerana talang sering melompat apabila sudah terkena pancing. Lompatannya sering menyebabkan gewang terlepas kecuali mata yang berteras halus dan lebih tajam digunakan.
Gewang dan jig paling digemari talang yang pernah saya daratkan ialah Fina Jig (28gm,42gm dan 56gm), Jig O-Pass 28gm, Jig White Rabbit MJ5000, Rapala Troll to Minnow 15, X-rap Subsurface Walk-the-Dog 9 cm, Siam Spoon 16gm.
Sebut sahaja elemen yang menjadi obsesi kepada kaki pancing, hampir semuanya ada pada spesies haruan.
Daripada elemen keterujaan apabila deburan sambaran kail, sifat karnivor dan agresif ikan ini mahupun kemampuan mengembalikan nostalgia lama, ikan haruan tidak dapat disangkal merupakan spesies kebanggaan pemancing di Malaysia.
Boleh dikatakan lebih separuh dari kaki pancing Malaysia, khususnya geng casting bermula dengan tangkapan ikan ini.
Tidak hairanlah spesies haruan memang cukup dikenali oleh kaki pancing di Malaysia tak kira yang bergelar otai atau yang baharu setahun jagung.
Kata orang kalau tak kenal spesies haruan ni, boleh bikin malu. Sedangkan yang bukan kaki pancing pun kenal akan spesies berkepala ular ini, lagikan kita yang hari-hari mengail.
Pancingan ikan haruan mampu membuatkan kaki pancing menjadi gian dek kerana kejutan hentaman pada umpan atau gewang.
Kaki pancing memang mengakui pancingan spesies snakehead ini mempunyai tarikannya tersendiri.
Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa dan tarikan agresifnya secara tiba-tiba cukup membuatkan jantung anda berdebar-debar.
Terdapat dua cara pancingan haruan yang popular iaitu menggunakan umpan tiruan atau pun umpan hidup.
Bagi istilah umpan hidup, umpan yang popular digunakan ialah katak, anak ikan, cicak, cacing, udang sungai atau cengkerik. Katak merupakan umpan semula jadi yang paling popular.
Penggunaan katak boleh dilakukan dengan teknik merendam, unjunan atau pun mengilat.
Selain itu banyak teknik pancingan menggunakan umpan semula jadi boleh digunakan untuk pancingan haruan.
Antaranya ialah teknik pelampung, rawai, taut dan juga tajur yang merupakan antara teknik tradisional yang popular.
Tetapi bagi kaki casting tegar, teknik mengilat menggunakan umpan tiruan paling diminati. Sebab itulah muncul pelbagai jenis, rupa, bentuk, nama, istilah dan variasi umpan jenis ini sama ada diperbuat daripada kayu, getah, plastik dan sebagainya.
Contohnya, katak rambutan, spinnerbait atau janggut, jump frog, katak getak, gewang minnow, gewang permukaan, soft plastic dan sesudu antara gewang tiruan yang boleh
digunakan untuk menjerat ikan haruan. Ini menunjukkan haruan memang merupakan spesies yang tidak memilih gewang malah hampir kebanyakan gewang mampu menaikkan spesies ini.
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
1. Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
2. Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
3. Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
4. Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...