Bagi yang meminati dunia memancing, pastinya akan menganggap aktiviti ini sebagai satu aktiviti yang menenangkan minda dan emosi anda. Tapi kadangkala memancing juga mampu membuatkan anda kecewa, terutama bila anda kumpau atau pulang dengan tangan kosong setelah seharian memancing. Untuk mengelakkan masalah kumpau dari berterusan, kami ingin berkongsi beberapa kesilapan yang patut anda elakkan sewaktu keluar memancing.

 

Peralatan Tak Sesuai 

 

Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.

IKLAN

 

Bodoh Sombong

Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!

IKLAN

 

Kelam-Kabut

 

IKLAN

Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.

 

Cemburu Tak Tentu Pasal 

 

Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI