Nama saintifik: Channa micropeltes

Nama umum: Giant snakehead, giant mudfish

Nama tempatan: Toman, Toman Rimau

 

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

Spesies toman boleh dikatakan spesies ikan sukan air tawar yang wajib dibanggakan oleh pemancing Malaysia. Keupayaan dan kehebatannya dalam pertarungan serta sifat ganasnya menjadikan toman spesies yang didambakan tanpa jemu.

 

Toman dengan mudah boleh mencapai saiz sepanjang satu meter. Setiap kawanan anak toman yang masih merah biasanya dijaga oleh sepasang induk sehinggalah mereka membesar dan pecah jalur di badannya.

 

Ia sangat sensitif dan agresif terutama ketika menjaga kawanan anak-anaknya. Diet utama bagi pemangsa karnivora ini ialah ikan dan udang. Habitat toman biasanya di kawasan tasik di mana terdapat sambungan sumber aliran sungai.

 

IKLAN

Ikan toman wajar diangkat sebagai ikon game-fish untuk spesies tempatan di negara. Sayangnya, tidak ramai pihak yang melihat situasi ini dan hanya tahu membasmi spesies toman daripada habitat tertentu.

 

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

Nama saintifik: Channa marulioides

Nama umum: Emperor snakehead

Nama tempatan: Kerandang, Toman bunga, Jelai, Kuang

 

IKLAN

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

Spesies Channa maruliodes juga tergolong dalam kumpulan snakehead atau ikan kepala ular. Kerandang mempunyai bentuk yang unik dan cantik. Tidak seperti haruan biasa, ia berwarna lebih gelap dengan corak hitam di badannya.

Kerandang mendiami kawasan berpaya, tasik dan sungai dengan pH air yang rendah. Ia juga bersifat karnivor seperti snakehead yang lain dan memakan ikan kecil, katak, serangga dan cacing.

Ikan ini tidak sedap dimakan berbeza dari saudaranya haruan dan bujuk. Kerana spesies ini diancam kepupusan, pemancing wajar melepaskan semula di habitat asal selepas mengambil foto.

 

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

IKLAN

Nama saintifik: Channa lucius

Nama umum: Forest snakehead

Nama tempatan: Bujuk, Haruan Bujuk

 

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

Bujuk (Channa lucius) tergolong dalam salah satu spesies ikan kepala ular atau snakehead. Ia merupakan spesies yang cantik dengan warna perang gelap serta tompokan hitam di badannya. Badannya sedikit pendek dan bulat padat.

Habitatnya biasanya di kawasan berair cetek dengan rumpai atau reba di paya atau alur sungai yang kecil. Bujuk mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding haruan. Spesies ini bersifat karnivora dan diet utamanya anak ikan dan serangga.

 

3 Ikan Terhandal Malaya Keluarga Snakehead!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI