3 Ikan Terhandal Malaya Kategori Sungai Pegunungan!!

Share

 

SIKANG

Nama saintifik: Raiamas guttatus

Nama umum: Burmanesee trout

Nama tempatan: Sikang, Trout Malaysia

 

 

Ikan Sikang atau Raiamas guttatus ini hanya boleh didapati di sesetengah kawasan sahaja di negara kita. Tidak banyak info yang diketahui oleh ikan sikang.

Namun, bentuk yang unik seakan trout ini menjadikan ia popular di kalangan pengilat di Malaysia sehingga memberi gelaran trout Malaysia.

Ikan sikang mendiami kawasan jeram atau sungai berbatu dengan arus deras. Ciri utama pada sikang ialah rahang bawahnya yang halus namun mampu terbuka luas.

 

 

KELAH

Nama saintifik : Tor tambroides

Nama umum : Golden mahseer, Malaysian mahseer

Nama tempatan : Kelah, Pelian, Empurau

 

 

Kelah atau tidak dinafikan menjadi kebanggaan kita tidak kira dari segi nilai pasaran atau pun nilai ikan sukan. Jadi tidak hairanlah ia digelar ‘Raja’ bagi spesies air tawar terutama yang berwarna ‘merah bara’.

Kelah bersifat omnivor dalam permakanan dan diet utamanya buah ara, neram, jambu air, serangga, ikan kecil dan krutesia.

Habitatnya pula di kawasan jeram dan berarus deras dan lubuk yang dalam berbatu dan berdaun mati pada dasarnya sebagai tempat persembunyian.

Sisiknya yang cantik menjadi tarikan utama bagi keunikan ikan kelah. Bentuk menyerupai tengas, namun dibezakan dengan kehadiran median tebal pada rahang bawahnya.

 

 

TENGAS

Nama saintifik: Neolissochilus hexagonolepis

Nama umum: Copper mahseer

Nama tempatan: Tengas, kejor

 

 

Rupa bentuknya hampir menyerupai spesies kelah, namun jika diteliti lebih dekat, spesies tengas atau kejor (Neolissochilus hexagonolepis) tidak mempunyai cuping median bibir yang tebal seperti mana kelah pada bahagian mandibel atau rahang bawahnya.

Tengas merupakan spesies omnivora dan diet utama serangga, buah-buah hutan dan krutasia. Habitat tengas mudah dijumpai di kawasan sungai pegunungan dan hulu sungai.

Oleh kerana ia memerlukan habitat air yang beroksigen tinggi, kawasan badan air yang mengalir deras dan berbatu seperti jeram merupakan habitat sesuai baginya. Spesies ini juga mempunyai nilai yang tinggi baik sebagai hidangan mahupun ikan sukan memancing.

 

 

 

IKLAN