Kebiasaannya, beberapa faktor berikut perlu ditekankan sebelum memancing Jenahak. Namun, tip yang terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada tekong-tekong kawasan yang ingin dipancing. Ini kerana setiap lokaliti mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang berlainan dengan lain tempat Tentu saja orang yang memahami perkara penting ini adalah para tekong setempat.
Spot Jenahak
Ads
Antara faktor yang perlu diketahui ialah lokasi persembunyian atau spot kegemaran jenahak mengendap mangsa. Lazimnya spot yang menjadi kegemaran jenahak ialah kawasan lubang, kawasan berbatu atau alur (paloh). Walaupun kawasan tersebut sudah banyak mendaratkan hasil, ia akan terus dihuni oleh jenahak yang lain pula.
Ads
Faktor Arus
Faktor seterusnya ialah kelajuan arus. Faktor air mati atau besar turut mempengaruhi keaktifan jenahak untuk mencari makanan. Begitu juga dengan faktor kejernihan air. Lazimnya jenahak lebih menyukai keadaan air yang tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih.
Ads
Suhu Air
Seterusnya ialah faktor suhu air. Jika kita perhatikan ketika musim hujan yang berpanjangan, hasil tangkapan jenahak agak berkurangan kerana dipengaruhi oleh faktor suhu air yang sejuk. Begitu juga dengan tahap kemasinan air. Aliran air tawar akibat limpahan air sungai dari pedalaman ke muara sedikit sebanyak mempengaruhi keaktifan jenahak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Blackspot tuskfish atau ketarap bintik hitam adalah spesies ikan tuskfish terbesar, dan dinamakan sempena tompok atau bintik hitam tersendiri yang terdapat di bahagian belakang sirip dorsal akhir.
Ketarap bintik hitam terkenal dengan gigi jongang mereka yang jelas, dan mempunyai empat batang gigi taring melengkung di setiap rahang. Dalam rahang atas, pasangan gigi taring lebih panjang daripada pasangan di bahagian bawah.
Di negara kita, ketarap spesies ini dianggap spesies yang paling popular. Ketarap bintik hitam betina biasanya berwarna hijau-kuning, manakala jantan berwarna biru. Bahagian belakangnya berwarna kelabu kehijauan dan bahagian bawahnya berwarna kekuningan pucat.
Garis biru tunggal terpampang dari mata ke bibir atas dan sirip anal, dorsal dan pectoral adalah kelabu-hijau dengan jalur biru.
Setiap skala mempunyai jalur biru tersendiri, kecuali untuk skala di bahagian sempit badan bersebelahan dengan ekor, yang mempunyai bintik-bintik biru bergabung untuk membentuk jalur. Ekor adalah pendek dan sedikit bulat. Saiz panjang maksimum 100 cm dan berat 15.5kg.
Ikan ini biasanya spesies tunggal, tetapi ia juga boleh didapati dalam kumpulan kecil. Ia mencari makan hidupan marin terutamanya invertebrata keras seperti moluska, spesies family landak laut dan krustasea.
Walaupun ketarap bintik hitam boleh dilihat beristirahat di dasar laut pada siang hari, penjejakan yang dilakukan pada ketarap yang dibebaskan dari hasil penetasan menunjukkan bahawa ia lebih aktif pada siang hari daripada pada waktu malam.
Ukuran minimum untuk kematangan seksual adalah 24 sentimeter panjang, dan ketarap bintik hitam adalah jenis protogynous hermaphrodite, mengubah jantina dari betina menjadi jantan apabila mencapai panjang 40 hingga 64 centimeter.
Di sesetengah kawasan, ketarap bintik hitam telah didapati pada frekuensi jauh lebih rendah daripada betina, yang menunjukkan bahawa seekor jantan akan bertelur dengan beberapa betina.
Populasi ketarap bintik hitam tidak dianggap berbeza dengan ketumpatan dari satu tempat atau masa ke tempat lain. Oleh itu, ia mungkin tidak membentuk agregasi pemijahan yang besar. Di Jepun, ikan ketarap bintik hitam membiak dari bulan Februari hingga Mei.
Blackspot tuskfish didapati di perairan pesisir selatan Asia, Indonesia dan Australia. Saksi mata telah dilaporkan di perairan Mauritius, tetapi ini masih belum disahkan.
Ikan ini diketahui tinggal di terumbu karang dan persisir pantai berkarang di laguna. Ikan ketarap hitam hitam dewasa lebih suka kawasan berpasir atau rata dan juvenil boleh didapati di habitat rumput laut. Ia biasanya dijumpai di kedalaman 10 hingga 20 meter, tetapi julat kedalaman maksimum kira-kira 60 meter.
Nama umum: blackspot tuskifish, green wrasse, purple grouper, rainbow fish, wrasse.
Nama tempatan: Bayan, bechok, dava-dava, ketarap, tobak, tokak
Ikan jenahak sememangnya menjadi buruan utama pemancing. Selain dari isinya yang bermutu ia biasanya memberi tentangan yang memuaskan walaupun kadangkala memberi kegagalan dan pengajaran kepada pemancing yang memburunya.
Jenahak tergolong dalam keluarga snappers termasuklah ikan merah, siakap merah, kanai, tanda, kekunyit atau mentimun.
Kebanyakan keluarga snappers adalah pemburu makanan atau pemangsa (predator) dan gemar menyerang hendap mangsanya yang terdiri dari anak ikan atau akua marin yang berkulit seperti ketam, udang dan siput.
Dengan sifat yang dimiliki olehnya, ia menjadikan spesies ini tergolong dalam spesies yang kuat melawan dan begitu agresif serta rakus.
Lebih-lebih ketika mata kail pemancing berada pada mulutnya. Dengan kata lain ia akan meronta semampu yang mungkin agar dapat meloloskan diri dari mata kail pemancing.
Sewaktu kecil spesies ini dikenali sebagai tetanda (ada tompok hitam) dekat dengan bahagian ekor sebesar ibu jari (fingermark snapper atau one spot snapper).
Tanda hitam ini amat jelas kelihatan ketika ia bersaiz kecil sekitar 20 cm iaitu semasa ia mencapai usia matang untuk membiak.
Warna ini akan pudar apabila spesies ini didaratkan dan dibiarkan terlalu lama tanpa sistem penyejuk terutama spesies yang besar lebih dari 3kg ke atas.
Perbezaan warna jelas ketara jika dibandingkan spesies yang besar dan kecil. Sikecil mempunyai tompok hitam yang terang (tetanda) dan yang besar mempunyai kilauan sisik
yang berkuning keemasan (jenahak) dan tompok hitam hanya kelihatan ketika ia masih hidup.
Apabila mati warna kuning keemasan saja yang jelas kelihatan (golden snapper). Jenahak boleh membesar sehingga 75 cm.
Jenahak boleh ditemui pada kedalaman air dari 10meter hingga 100meter atau lebih tepat lagi kawasan yang mempunyai lubuk.
Jenahak juga kadangkala berkeliaran di kawasan berpasir dan dasar mendatar untuk mencari mangsa.
Berbeza dengan sepupunya iaitu ikan tanda berjalur (Lutjanus Monostigma dan Lutjanus russelli) yang lebih tertumpu di kawasan berbatu karang.
Mereka jarang ditemui di kawasan muara sungai atau kawasan yang lebih terbuka.
Jenahak kurang aktif pada waktu siang kerana ia dikatakan sukar untuk memburu mangsa dikala matahari terpancar.
Jenahak lebih gemar mendiamkan diri pada waktu siang hari dan suka bersembunyi dicelah-celah batu karang maupun timbunan tukun di dasar air.
Jenahak lebih tertumpu kepada air yang dalam terutama jenis spesies yang bersaiz besar. Biasanya lagi dalam dalam lagi besar habuan untuk pemancing.
Hanya si kecil yang gemar bermain di air cetek untuk mencari makanan. Jenahak adalah hidupan marin yang boleh ditemui di kawasan berbatu, batu dan bunga karang, reba kayu, tukun dan kawasan kuala sungai yang agak dalam yang terbuka.
Sesuai dengan tabiatnya yang gemar menyambar mangsa, kawasan yang disebutkan tadi adalah yang mempunyai pelindungan kepada mangsa dan dari pemangsa.
Ini juga digunakan oleh spesies ini sebagai penangkis kepada pemancing untuk menaikkannya walaupun mata kail sudah berada dalam mulutnya.
Profil Jenahak
Nama Saintifik: Lutjanus Johnii
Keluarga: Lutjanidae (Snappers)
Nama Lain: Jenak, tanda, tetanda, jenahar, unga
Ciri Fizikal: Berwarna kuning keemasan dan bertanda hitam pada bahagian ekor.
Diet: Anak ikan, udang, sotong (cumit & kurita), ketam dan pelagik (alga & plakton)
Habitat: Kawasan muara dan pantai berkarang, sungai dan kawasan pokok bakau.
Taburan: Indo Pasifik, Laut China Selatan, Selat Melaka.
Kap rumput merupakan antara cyprinid yang besar dalam keluarganya. Awalnya, spesies ini diperkenalkan sebagai salah satu sistem kawalan biologi kerana ia memakan tumbuhan akuatik.
Oleh kerana sifat pemakanannya yang rakus, kap rumput juga mampu memakan semua tumbuhan akuatik lantas menyebabkan masalah pada ekologi habitat. Selain itu, spesies ini juga akan bersaing dengan spesies tempatan selain membawa parasit seperti Asian tapeworm (Bothriocephalus opsarichthydis) yang boleh menambahkan lagi kesan lain jika terlalu banyak.
Kap Perak
Kap perak diperkenalkan dibanyak kawasan perairan bagi tujuan akuakultur dan juga kawalan biologi untuk mengawal fitoplankton yang tidak terkawal. Seperti ikan tongsan, kap perak juga memberi masalah mengurangkan kadar zooplankton yang merupakan makanan ikan kecil jika tidak terkawal selain membawa penyakit Salmonella typhimurium.
Ikan Laga
Ikan laga Siam ini amat popular bagi kebanyakan penggemar ikan hiasan. Spesies ini juga diperkenalkan di perairan tempatan untuk tujuan ikan hiasan dan juga penyelidikan. Ikan ini diakui mempunyai warna yang sangat cantik dan unik menjadikan spesies ini sentiasa mendapat permintaan di sektor ikan hiasan sejak sekian lama. Antara spesies tempatan dari genus ini Betta pugnax (Penang betta/Forest betta).
Lampam Jawa
Spesies lampam Jawa kadang-kadang menjadi perdebatan sama ada spesies ini merupakan spesies natif atau pun spesies yang diperkenalkan. Sumber banyak menunjukkan ikan diperkenalkan di perairan kita bagi tujuan akuakultur dan ikan hiasan secara komersial.
Spesies ini juga tidaklah mengancam ekosistem malah merupakan spesies yang gemar dipancing oleh pemancing terutama di tasik-tasik utama di Malaysia. Selain menjadi spesies popular, ikan ini juga mempunyai rasa yang agak enak sebagai makanan.
Ikan Emas
Merupakan spesies natif sesetengah negara di Asia, ikan emas asalnya diperkenalkan di Malaysia sebagai salah satu spesies ikan hiasan popular. Akibat dilepaskan ke dalam perairan secara sengaja dan tidak sengaja, ikan emas mampu menjadi populasi liar utama di sesuatu kawasan.
Antara kesan yang boleh diakibatkan oleh spesies ini ialah mempengaruhi komuniti habitat seperti meningkatkan turbiditi air dan bantu meningkatkan penyebaran alga secara berlebihan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...