Terubuk Bakar + Air Asam Meletop

Pernah makan ikan terubuk bakar atau panggang? Ikan terubuk kalau kita goreng atau bakar sisik dia tak payah buang. Kalau digoreng, sisik dia rasa seakan2 kacang bila kita makan, tapi dengan syarat kena makan masa panas dan sisik masih rangup.

Biasanya guna ikan bersaiz sederhana. Bakar dalam non-stick pan saja, dengan api perlahan. Kurang lebih 10 – 15 minit untuk setiap bahagian ikan. Dan penambah sedap ikan terubuk bakar tentulah air asam!

 

Bahan-Bahan Ikan Bakar

1 ekor ikan terubuk saiz sederhana

3/4 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)

1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

Garam secukup rasa

 

2 Resepi Terbaik Ikan Terubuk

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Cara Membakarnya

Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya. Cuci bersih terutama bahagian perut ikan. Cuci hingga perut ikan bersih dari kesan-kesan hitam. Berhati dengan tulangnya. Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.

 

Lumur ikan tadi dengan bahan tumbuk lumat, terutama bahagian dalam perutnya, dan perasakan dengan sedikit garam. Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api. Tutup pan dan biar 10 – 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 – 15 minit. Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan.

 

Bahan Air Asam

3 biji cili merah (ditumbuk)

IKLAN

6 biji cili padi (ditumbuk)

Sedikit belacan dibakar (ditumbuk)

1 biji bawang besar (hiris halus)

2 biji tomato saiz sederhana (didadu)

1 kuntum bunga kantan (hiris halus)

4 tangkai daun kesom (dihiris halus)

250 gram asam jawa & 6 sudu besar air (ramas dan tapis jusnya)

2 biji limau kasturi (perah jusnya)

Garam dan gula secukup rasa

 

2 Resepi Terbaik Ikan Terubuk

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Cara Membuat Air Asam

IKLAN

Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar!

 

Terubuk Masin Masak Lemak Cili Api

 

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan terubuk masin (bersihkan sisiknya dan rendam untuk kurangkan rasa masinnya.)

2 keping asam gelugor

1 kotak kecil santan pekat

1 cawan air

1 helai daun kunyit (buang tulang tengah dan hiris halus)

2 batang serai (dititik)

Garam

Serbuk perasa

 

IKLAN

Bahan tumbuk lumat:

25 biji cili api

2 inci kunyit hidup

1 inci lengkuas

 

2 Resepi Terbaik Ikan Terubuk

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Cara-caranya:

Masukkan bahan tumbuk dan serai dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masak atas api hingga airnya kering.

 

Masukkan santan, 1 cawan air, ikan terubuk, daun kunyit dan asam gelugor. Masak guna api perlahan hingga mendidih. Sering dikacau supaya tidak pecah lemak.

 

Rasa masinnya dahulu kerana ikan terubuk ni dah masin. Jika kurang masinnya, baru masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.

Tutup api dan hidangkan.

 

2 Resepi Terbaik Ikan Terubuk

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI