Pelbagaikan penggunaan umpan ruat bakau atau perumpun. Kerana sekiranya udang kopek dan udang hidup tak habis boleh jugak dibuat lauk. Pelbagaikan penggunaan umpan. Kekadang ikan ni macam kita jugak.Ikot selera nak makan apa.

Rajin-rajinkan diri anda periksa umpan. Kekadang tu tunggu lama tak strike strike. Rupanya umpan dah habis sebab ikan kecik banyak menghabiskan umpan.

 

 

Gunakan mata kail yang sesuai dengan penggunaan umpan. Jika umpan ruat bakau, perumpun atau udang kopek anda boleh pilih mata kail yang bersaiz kecil seperti matakail Angler lengkung saiz 6, 8 & 10. Sekiranya berumpan udang hidup anda boleh gunakan mata kail jenama apa sahaja yang bersaiz 1/0 – 3/0 bergantung kepada saiz umpan asalkan tajam.

IKLAN

 

Belajar dengan otai-otai yang biasa mancing di rakit atau mengebot tentang penggunaan teknik perambut yang sesuai. Perambut yang kasar keberangkalian untuk menaikkan ikan kurang berbanding perambut halus. Biasanya perambut berkekuatan 20lb je tapi kalau nak lebih baik guna perambut dupont 10, 12 dan 15lb. Perambut dupont kurang berbelit atau berkerinting.

 

IKLAN

Sediakan appollo bersaiz 9/10/11. Amat berguna ketika ikan gelama rancak menjamah umpan. Guna apollo letak umpan udang kopek pada mata apolo tersebut dan longgarkan drag. Lepas tu biarkan seketika.Kalau bernasib baik drag berbunyi kompom ikan besar yang makan umpan. Kalau tak, berjuntai gelama lekat pada mata kail apolo.

 

Kalau kita kedekut, rezeki pun kedekut dengan kita. Jadilah insan pemurah. Rezeki masing masing dah ditentukan. Kemudian perbanyakkan sedekah. Tak kiralah sedekah apa terutamanya hasil pancing kita kepada orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah rezeki kita sentiasa ada dan ditambah.

IKLAN

 

Mulakan pancingan anda dengan kalimah Bismillah diikuti memberi salam kepada nabi Allah Khidir penjaga laut dan nabi Allah Sulaiman penjaga binatang termasuklah ikan. Lepas tu mohon pada Allah mintak murah rezeki semasa memancing dan jangan lupa selawat ke atas Rasul junjungan kita nabi Muhamad SAW.

 

Cara Untuk Dapat Hasil Terbaik Memancing!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI