21. Lady angler, Mrs. Jane Haywood berjaya menaikkan Pasific snook seberat 52.6lb. Beliau mengambil masa selama 30 minit menggunakan kekili Pen Spinfisher, joran Wright & McGill No, B95H dan juga tali Wright & McGill.

 

22. Pada 20 Mei 1961, seorang lagi lady angler bertarung sehingga 50 minit untuk menewaskan goliath grouper atau kertang gergasi. Lynn Joyner berjaya mendaratkan kerapu monster seberat 680lb itu di Fernandina Beach, Florida, AS.

 

23. Pada 24 Oktober 2009, seorang lady angler dari Jepun pula berjaya mendaratkan seekor California yellowtail seberat 109.2lb di perairan Ohara, Chiba, Jepun. Masakazu Tabiwaki bertarus hanya selama 12 minit untuk menewaskannya.

 

24. Sementara Jeanne Woods pula, juga seorang lady angler berjaya menewaskan great barracuda (alu-alu gergasi) seberat 44.1lb pada 30 November 1986. Pertarungan yang memakan masa selama 55 minit itu berlangsung di perairan Groote Eylandt, N.T, Australia.

 

25. Selepas bertarung selama 65 minit, Richard Lane berjaya menaikkan giant black sea bass seberat 557.3lb di perairan Catalina Island, California, AS. Kejadian itu berlaku pada 7 Januari 1962.

 

26. Pada 19 November 2010, Hideyuki Nemoto bertarung selama 40 minit untuk menewaskan seekor greater amberjack (aji-aji gergasi) seberat 156lb 14oz di perairan Iki Island, Nagasaki, Jepun.

 

IKLAN

27. Berlokasikan perairan Dampier Archipelago, Australia, Wayne Brown berjaya memancing narrowbarred mackerel (tenggiri batang) seberat 80.3lb. Tarikh kejadian ialah pada 6 Ogos 2000 dengan menggunakan gewang garfish.

 

28. Sebesar mana aruan tasik yang pernah korang daratkan? Pada 9 Julai 1985, Petel Goulding berjaya menjinakkan cobia (aruan tasik) seberat 135.9lb! Kejadian itu berlaku di perairan Shark Bay, W.A., Australia.

 

29. Bertempat di perairan Seymore River Estuary, Queensland, Australia pada 12 Jun 1996, seorang lady angler bernama Esme Henderson berjaya menewaskan seekor giant trevally (gerepoh) seberat 77.2lb.

 

30. Pada 14 Mac 1989, Dick Love berjaya mendaratkan cubera snapper (siakap merah) di Isla de Cano, Costa Rica seberat 51lb menggunakan umpan blue runner (sejenis ikan selar). Beliau mengambil masa 20 minit untuk menewaskan siakap merah gergasi itu.

 

IKLAN

31. Pada 14 Disember 2002, bertempat di perairan Ilha do Mel, Paranagua, Brazi, Renato Fiedler berjaya menewaskan seekor permit (bawal pinang) sebesar 60lb dengan menggunakan gewang plastik shrimp twin tail.

 

32. Selepas bertarung selama 20 minit, seorang lady angler bernama Bernadette Nicolson berjaya menewaskan Atlantic sailfish di perairan Luanda, Angola. Rekod peribadi yang beliau cipta itu berlaku pada 20 Februari 1994 dengan menggunakan gewang Moldcraft 8-inch hooker.

 

33. Dengan menggunakan pari sebagai umpan, Bucky Dennis berjaya menewaskan seekor hammerhead shark (yu tukul) seberat 1,280lb. Beliau mengambil masa selama 5.5 jam untuk menewaskan jerung gergasi tersebut pada 23 May 2006.

 

34. Pada 11 Mei 1979, Billy Pate berusaha keras untuk menewaskan seekor tarpon (bulan) seberat 182lb. Kejadian itu berlaku di perairan Homosassa, Florida.

 

IKLAN

35. Pada 29 Februari 1992, seorang lagi lady angler, Cheryl Adams berjaya menewaskan seekor mako shark (jerung mako) seberat 634lb 140z di perairan Port Stephens, Australia.

 

36. Seekor aruan tasik gergasi (cobia) seberat 73lb 10oz berjaya ditewaskan oleh seorang pemancing bernama Robert Cunningham Jr. Kejayaan ini berlangsung pada 23 April 1999 di perairan Gulf of Mexico, Alabama.

 

37. Selepas bertarung selama 45 minit, David Deuel berjaya menewaskan ikan red drum seberat 94.2lb di perairan Avon, North Carolina. Catatan ini dilakukan pada 7 November 1984.

 

38. Bertempat di perairan Santa Cruz Island, Ecuador pada 12 Februari 1947, Carl Stewart berjaya menewaskan seekor Pacific sailfish (layaran Pasifik) seberat 221lb.

 

39. Selepas bertarung selama 40 minit, Mark Sosin berjaya menewaskan yellowfin tuna (tuna sirip kuning) seberat 153.6lb. Namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejayaan beliau itu.

 

40. Juga tanpa catatan waktu kejadian, George Hogan Jr berjaya menumbangkan seekor Atlantic snook gergasi seberat 41.8lb di perairan Jupiter, Florida. Beliau hanya mengambil masa selama 16 minit saja untuk menewaskannya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI