Memancing memang merupakan aktiviti yang mengujakan. Tetapi harus diakui, sesetengah spot atau lokasi pancing mempunyai tarikan dan menjadi idaman kaki pancing untuk ke

sana sekurang-kurangnya sekali merasai pengalaman memancing di spot sebegini. Kami bawakan kepada anda 10 spot pancing terbaik yang harus dikunjungi.

 

 ➡  NORWAY’S FJORDS

 

The Fjords of Norway menawarkan banyak jenis teknik pancingan. Dalam satu hari anda boleh melakukan aktiviti pancingan daripada pancingan laut dalam, pancingan pesisir

pantai atau menggunakan teknik pancingan layang di sungai. Variasi pancingan di kawasan geografi unik ini juga menjanjikan pelbagai spesies ikan dan pemandangan yang cukup menarik.

 

 ➡  PATAGONIA

 

Patagonia cukup terkenal dengan pancingan trout menggunakan teknik pancingan layang.

Gabungan banyak aliran sungai yang jernih yang mengalir melalui kawasan pergunungan Patagonia menjadikan lokasi ini sebagai lokasi terbaik untuk lari daripada kesibukan.

 

 ➡  CHRISTMAS ISLAND

 

IKLAN

Christmas Island terletak di Australia dan merupakan antara lokasi pancingan terbaik di dunia dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang tahun.

Spesies yang paling popular di sini pastinya spesies  bonefish lebih-lebih lagi dengan teknik layang. Jika anda mahu lebih kepuasan, anda boleh cuba memancing spesies tuna.

 

 ➡ THE BAHAMAS

 

Anda mahu memancing spesies bonefish, tarpon atau permit dengan kadar ‘sukses’ yang tinggi? Mungkin anda perlu cuba ke Bahamas, salah satu lokasi pancing terbaik.

Bahamas juga sesuai sebagai lokasi percutian dengan keluarga.

 

 ➡  THE LOUISIANA SALT FLATS

 

IKLAN

Terdapat banyak tempat pancingan spesies red drum di sepanjang pesisir teluk, namun Louisiana Salt Flats merupakan lokasi terbaik kerana lokasi ini merupakan lubuk red drum yang lebih besar berbanding tempat lain.

 

 ➡  BELIZE

 

Sama ada on-shore, off-shore atau pesisir pantai, Belize menawarkan hampir kesemua yang dimahukan oleh kaki pancing dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan hampir sepanjang tahun. Memang terbaik!

 

 ➡  CAPE POINT ON THE OUTER BANKS 

 

Cape Point di Kepulauan Hatteras merupakan salah satu spot pancingan terbaik.

Bahagian Outer Banks pula merupakan salah satu spot untuk pancingan surfcasting terbaik di dunia. Bagi kaki surfcasting, spot ini antara spot idaman yang mesti dikunjungi.

IKLAN

 

 ➡  LAKE SUPERIOR

 

Bagi peminat pancingan tasik pula, Lake Superior yang merupakan tasik terbesar di dunia merupakan lokasi yang harus dilawati.

Dengan 88 spesies ikan di dalamnya, spot ini pastinya menjadi impian ramai kaki pancing.

 

 ➡  PUYALLUP RIVER IN WASHINGTON

 

Sungai Puyallup merupakan spot terbaik untuk anda mencungkil spesies salmon atau steelhead.

Sungai ini merupakan spot persenyawaan semula jadi spesies ini, malah pihak berkaitan juga ada menambahkan stok ikan secara konsisten.

 

 ➡  KENYA

 

Perairan Watamu dan Malindi di Kenya merupakan spot pilihan bagi ikan billfish. Ini menjadikan Kenya merupakan salah satu spot pancingan billfish terbaik di dunia dan pelbagai pertandinganbillfish dilangsungkan di sini setiap tahun.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI