Umpun-umpun, ruat atau perumpun merupakan umpan paling popular bagi pancingan muara. Oleh yang demikian amatlah penting ia dijaga dengan sempurna agar dapat digunakan dalam keadaan baik sehingga selesai sesi memancing.

 

Tip 1

Tak kira apa saja jenis umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari. Sekiranya anda membelinya terlebih awal, sebaiknya simpan ia di kawasan sejuk dan tidak terkena cahaya matahari.

 

Ini Caranya Untuk Kekalkan Kesegaran Umpun-Umpun Untuk Tempoh Lama

 

Tip 2

Lebih elok jika umpun-umpun dapat disimpan bersama tanah atau selut yang merupakan habitat asalnya. Tanah dan selutnya ini perlu dipastikan agar sentiasa lembab dan basahkan dengan air apabila ia mengering.

 

Tip 3

Sekiranya umpun-umpun disimpan di dalam air masin, pastikan air tersebut ditukar ganti bagi tempoh tertentu. Air yang terlalu lama akan berasid dan menyebabkan umpun-umpun cepat mati.

IKLAN

 

Ini Caranya Untuk Kekalkan Kesegaran Umpun-Umpun Untuk Tempoh Lama

 

Tip 4

Sekiranya memancing di atas bot, bekas simpanan umpun-umpun sebaiknya lebar dan dapat membekalkan oksigen yang secukupnya. Airnya juga perlu ditukar baru selepas beberapa jam (anggaran 3 hingga 4 jam).

 

Tip 5

Jika menggunakan umpun-umpun sarang, pastikan ia tidak dikeluarkan dari sarang sehinggalah hendak digunakan. Pastikan juga sarangnya dilembabkan dengan air laut dan disimpan di kawasan teduh.

IKLAN

 

Ini Caranya Untuk Kekalkan Kesegaran Umpun-Umpun Untuk Tempoh Lama

 

Tip 6

Adalah penting untuk anda mengenali bahagian kepala dan ekor umpun-umpun sebab bahagian ekor perlu digunakan dahulu. Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kekal lembap.

 

Tip 7

IKLAN

Rajinkan diri untuk melihat keadaan umpun-umpun di dalam bekas simpanan. Tengok kalau-kalau ada yang sudah mati. Segera asingkan umpun-umpun yang sudah mati dengan umpun-umpun yang masih hidup.

 

Ini Caranya Untuk Kekalkan Kesegaran Umpun-Umpun Untuk Tempoh Lama

 

Tip 8

Jika ada kertas surat khabar, gunakan ia sebagai alas pelindungan tambahan. Lembabkan kertas surat khabar dengan air laut dan untuk kekalkan kesegaran umpun-umpun, tukar surat khabar yang baru selepas tempoh tertentu.

 

Tip 9

Sekarang ini sudah ada pengeluar umpun-umpun segar yang telah dikeringkan. Jika tiada alternative untuk dapatkan umpun-umpun segar, bolehlah bawa umpun-umpun kering ini ke mana saja destinasi pancingan anda.

 

Ini Caranya Untuk Kekalkan Kesegaran Umpun-Umpun Untuk Tempoh Lama

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI