Umpan Patin Taufufa

117

 

Umpan nak memancing ikan patin perlu dipelbagaikan kerana sebagaimana manusia, patin juga boleh berubah citarasa. Ada masanya umpan yang biasa-biasa saja pun dia makan, ada ketikanya dia nak umpan yang masam… jadi, umpan yang kita gunakan harus dipelbagaikan. Berikut merupakan salah satu lagi umpan yang diproses untuk memikat ikan patin.

(Resepi umpan sumbangan Naz Damaift)

 

Bahan-Bahan Keperluan Membuat Umpan

 

Taufufa – 2 mangkuk (taufufa pasar malam)
Santan segar – 1kg
Tempe – 2 keping
Gula melaka – 1 ketul ( saiz 2 inci )
Ragi – 3 biji ( saiz ibu jari kaki )
Telur itik – 3 biji

 

Cara-Cara Menghasilkan Umpan:

 

Masukkan kesemua bahan (kecuali telur itik) ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur dan sebati.

 

Pecahkan 3 biji telur itik dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sekali lagi sehingga bahan menjadi lebih halus dan benar-benar sebati.

 

Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam botol plastik yang agak keras seperti botol minum berkarbonat. Sebaiknya masukkan tidak terlalu penuh atau 3/4 penuh sahaja.

 

Tebuk lubang halus pada penutup botol bagi memudahkan pengaliran wap bergas dalam proses penapaian yang akan berlaku.

 

Perap atau simpan botol di tempat teduh dan dingin selama 2 minggu (proses penapaian).

 

Tip tambahan

 

Umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti dadu.

 

Sebelum digunakan boleh ditambah pes perisa seperti strawberi atau pandan bersesuaian dengan selera ikan di kolam pancing.

Tinggalkan Komen