Antara keistimewaan belangkas sudah tentu terletak pada telurnya. Selain dijadikan juadah masakan, telur belangkas juga merupakan umpan yang mujarab untuk memancing spesies bermisai seperti sembilang, duri atau belukang.

Di sini, kami memperlihatkan tatacara mengambil telur belangkas dari cengkerang dan cara-cara memasangnya pada mata kail.

 

LANGKAH 1

 

Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ni kena ambil sekali.

Jangan ambik telur je. Manti susah nak cangkuk kat mata kail.

 

IKLAN

LANGKAH 2

 

Inilah rupa telur belangkas beserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya.

 

LANGKAH 3

 

IKLAN

 

Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa.

Cangkuk macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.

 

LANGKAH 4

IKLAN

 

Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.

 

LANGKAH 5

 

Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa.

Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI