Sesuai dengan namanya, umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar.
Ada banyak cara untuk mendapatkan umpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan penggunakan skop atau cangkul sahaja.
Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.
Biasanya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ads
Ikan sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari.
Ads
Cara digunakan:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau apollo.
Sudah sekian lama kawasan ternakan ikan di dalam sangkar menjadi lubuk pemancing melepaskan gian. Sama ada korang memancing di atas sangkar ikan atau menggunakan bot dan memancing di kawasan sangkar ikan, berikut disenaraikan ikhtiar terbaik agar dapat hasil yang terbaik.
Info pasang surut
Dapatkan info tentang masa air pasang dan surut dari pemilik rakit atau pemilik bot. Ada sesetengah tempat ikan galak makan ketika air pasang dan kurang galak ketika air surut terutamanya surut laju. Jadi kurang buang masa dan umpan jika kita mancing pada masa yang tepat.
Elakkan memancing ketika air bani kerana ketika itu ikan tidak berapa aktif manakala ikan pengacau seperti buntal dan kerong banyak berlegar legar di sekeliling tukun, reba atau karang menghabiskan umpan anda.
Oleh itu pilihlah air yang berarus tak kira air besar atau kecil namun seeloknya air menyorong kecil lebih afdal kerana arus pasang surutnya tidak laju amat sesuai untuk mengendap spesies ikan gred A.
Umpan Terbaik
Pastikan umpan killer di rakit atau lokasi anda mengebot tersebut. Contohnya ada sesetengah tempat umpan killernya udang kopek dan ada pula yang umpan killernya ruat bakau atau perumpun. Lebihkan umpan ruat bakau atau perumpun, udang kopek dan udang hidup.
Pelbagaikan penggunaan umpan ruat bakau atau perumpun. Kerana sekiranya udang kopek dan udang hidup tak habis boleh jugak dibuat lauk. Pelbagaikan penggunaan umpan. Kekadang ikan ni macam kita jugak.Ikot selera nak makan apa.
Rajin-rajinkan diri anda periksa umpan. Kekadang tu tunggu lama tak strike strike. Rupanya umpan dah habis sebab ikan kecik banyak menghabiskan umpan.
Mata kail sesuai
Gunakan mata kail yang sesuai dengan penggunaan umpan. Jika umpan ruat bakau, perumpun atau udang kopek anda boleh pilih mata kail yang bersaiz kecil seperti matakail Angler lengkung saiz 6, 8 & 10. Sekiranya berumpan udang hidup anda boleh gunakan mata kail jenama apa sahaja yang bersaiz 1/0 – 3/0 bergantung kepada saiz umpan asalkan tajam.
Teknik perambut
Belajar dengan otai-otai yang biasa mancing di rakit atau mengebot tentang penggunaan teknik perambut yang sesuai. Perambut yang kasar keberangkalian untuk menaikkan ikan kurang berbanding perambut halus. Biasanya perambut berkekuatan 20lb je tapi kalau nak lebih baik guna perambut dupont 10, 12 dan 15lb. Perambut dupont kurang berbelit atau berkerinting.
Apolo
Sediakan appollo bersaiz 9/10/11. Amat berguna ketika ikan gelama rancak menjamah umpan. Guna apollo letak umpan udang kopek pada mata apolo tersebut dan longgarkan drag. Lepas tu biarkan seketika.Kalau bernasib baik drag berbunyi kompom ikan besar yang makan umpan. Kalau tak, berjuntai gelama lekat pada mata kail apolo.
Jangan kedekut ilmu dan port memancing
Kalau kita kedekut, rezeki pun kedekut dengan kita. Jadilah insan pemurah. Rezeki masing masing dah ditentukan. Kemudian perbanyakkan sedekah. Tak kiralah sedekah apa terutamanya hasil pancing kita kepada orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah rezeki kita sentiasa ada dan ditambah.
Antara lokasi terbaik memancing ebek di kebanyakan perairan Terengganu, Pulau Tenggol, Kemaman, Pekan selain pesisir pantai dan benteng berbatu. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan April hingga Ogos setiap tahun.
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang kerana ebek gemar berlegar di kawasan seperti ini.
Walaupun tidak mempunyai nilai yang tinggi sebagai hidangan makanan, kemampuan dan kekuatan dalam pertarungan cukup memberikan kepuasan kepada kaki pancing lebih-lebih lagi ebek bersaiz besar.
Ebek sebenarnya cukup agresif dan boleh mendatangkan kehampaan kepada kaki pancing andai memandang enteng kemampuan ikan yang mempunyai badan berkilat ini. Sejurus memakan umpan atau menyedari kail berada di mulutnya, ebek akan bertukar menjadi sangat agresif dengan tiba-tiba.
Spesies ini akan mengguna kekuatannya pada awal pertarungan dengan melakukan rontaan kiri kanan dalam usaha melepaskan kail sambil memecut laju. Jika pemancing dapat bertenang dan berjaya menahan asakan awal spesies ini, peratus untuk menaikkan ikan ini semakin tinggi kerana daya juang ebek semakin berkurang apabila semakin lama pertarungan berlangsung. Mungkin kerana sifatnya yang gemar melakukan serangan pada awal pertarungan.
Umpan Alami
Secara tradisional, kebanyakan pemancing menggunakan teknik pancingan dasar ketika memancing spesies ini.
Pancingan dasar spesies ini tidak tertumpu di lautan sahaja, malah sering dipraktikkan oleh pemancing pantai, pancingan di benteng pemecah ombak, di kelong dan pancingan muara dari tebing.
Bagi penggunaan umpan untuk kaedah ini, penggunaan udang merupakan antara yang paling popular di kalangan pemancing. Penggunaan udang kopek sering mampu menaikkan ebek juvenil di kawasan yang lebih hampir dengan daratan.
Penggunaan udang hidup juga sangat efektif untuk pancingan dasar dan pemancing boleh cuba menggunakan teknik ikatan yang memberikan udang tersebut ruang di pertengahan air, bukan berada betul-betul di dasar perairan.
Selain daripada penggunaan umpan udang hidup, pilihan kedua ialah anda menggunakan umpan sotong.
Anda boleh mencuba menggunakan umpan sotong cumit atau sotong mati yang dikelar agar kelihatan melambai ketika di dalam air. Umpan sotong juga efektif kerana ebek memang menjadikan sotong antara diet utama makanannya.
Selain kedua-dua umpan yang disebutkan di atas, pilihan lain untuk anda ialah umpan ikan seperti tamban.
Umpan ikan tamban juga boleh dijamah oleh ebek terutama yang bersaiz besar biarpun kekerapan henjutan mungkin sedikit kurang berbanding sotong dan udang. Namun bak kata orang, tak ada rotan, akar pun jadilah.
Bagi penggunaan umpan tiruan pula, menjerat spesies ebek popular dengan menggunakan teknik light jigging. Ramai pemancing konvensional di kalangan kaki jigging gemar memburu ikan ini menggunakan unjunan besi yang dikatakan cukup untuk memberikan kepuasan.
Oleh kerana ikan ebek mempunyai mulut yang agak kecil, unjunan jig ringan atau light jigging antara kaedah terbaik untuk mendaratkan ikan ini. Jig pada skala keberatan 15g-60g cukup sesuai untuk unjunan mencari ebek.
Untuk kaedah jigging, apabila strike berlaku, pemancing perlu lebih cermat mengawal keadaan dengan tidak terlalu kasar kerana bimbang rabut oleh kerana rahang ebek dikatakan agak lembut.
Selain unjunan besi, penggunaan soft plastic juga berkesan untuk menggoda spesies ebek. Soft plastic yang sedikit panjang dikatakan lebih efektif kerana alunan ekor melambai saat digayakan lebih menggoda untuk ebek membahamnya.
Penggunaan soft plastic dan mini jig juga boleh dipraktikkan di lokasi seperti rumah rakit atau kelong dengan sedikit variasi penggayaan berlainan. Apa pun, kilatan badan ebek yang berkilat dan bentuk bersegi seperti berlian tetap mampu mendatangkan kepuasan kepada kaki pancing.
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...