Sekiranya korang belum pernah mengikuti mana-mana trip mencandat di Terengganu, maka korang perlu baca dan faham perkongsian yang kami sediakan ini.

 

MUSIM SOTONG

Pertama sekali dapatkan info ketibaan musim sotong. Walaupun secara amnya musim sotong bermula dari bulan mac-september, namun sotong juga ada masalah untuk mengekalkan musimnya.

 

REHAT 

Pastikan tidur dan rehat yang cukup jika anda mengikuti trip perjalanan yang jauh. Terutamanya jika anda mudah mabuk laut. Tambah pula perairan terengganu yang lazimnya menjadi port mencandat sotong juga popular dengan alun ombaknya.

 

IKLAN

TEKONG 

Sebaiknya cari tekong yang memiliki kemudahan bot yang baik. Lengkap dengan gps dan sonar bagi mengesan kumpulan atau kandang sotong.

 

PERALATAN

Gunakan peralatan yang sesuai untuk mencandat. Jika menggunakan joran dan kekili, sebaiknya guna set sederhana dan jika menggunakan koyan, sebaiknya tali koyan berdiameter tebal agar tidak bersimpul dan memedihkan tangan.

IKLAN

 

TEKNIK

Cara mencandat sotong adalah mengunjun candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung atau candat twist yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur dan menegangkannya. Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali secara sederhana.

 

USAHA

IKLAN

Jika menggunakan candat mayat atau candat apollo, sebaiknya cubalah candat pelbagai warna dan perhatikan candat yang mana lebih disukai oleh sotong. Jika candat mayat atau candat udang kurang disukai oleh sotong, cuba pula candat umpan yang menggunakan umpan ikan.

 

KARAU

Apabila candat mengena sotong, jangan karau atau gulung tali dengan laju dan kasar. Jangan juga terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri. Tarik secara bertenang dan apabila sotong muncul di permukaan air, biarkan ia memuntahkan dakwatnya sebelum mendaratkannya ke dalam bot.

 

SIMPAN

Biarkan sotong yang berjaya dinaikkan mati sebelum memasukkannya ke dalam tong ais. Sekiranya ada tangkapan selain sotong, sebaiknya asingkan sotong dan ikan kerana kualiti dan rasa ikan akan terjejas.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI