Sekiranya anda ada trip memancing camping di sungai, jangan lepaskan peluang cuba mencari ikan baung. Bila dah dapat macam-macam menu masakan boleh dibuat.
Salah satunya masak lemak cili api… perghhh! Memang padu la camping dapat makan nasi lauk baung masak lemak cili api panas-panas!
IKLAN
Bahan-Bahan
Seekor ikan baung dalam anggaran 1 kg
Santan daripada sebiji kelapa-jangan cair
10 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup
Sebiji bawang besar
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
½ jag air
IKLAN
IKLAN
Cara Penyediaan
Bersihkan ikan baung.
Cili dipotong atau ditumbuk bersama kunyit hidup.
Masukkan pati santan beserta ramuan yang telah ditumbuk kedalam periuk.
Masak di atas api sederhana, masukkan ikan, asam keping serai, serai.
Tambahkan air, kacau selalu untuk elak santan pecah.
Siram kuah perlahan-perlahan ke atas ikan hingga ikan masak
Tunggu hingga menggelegak dan sedia dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika di negara luar (Amerika Syarikat contohnya), kaedah memancing secara ekstrem sudah semakin popular dikomersialkan.
Pancingan di atas kayak sambil dikelilingi jerung, pancingan di tebing berbatu yang curam, menangkap ikan menggunakan tangan dan bermacam-macam lagi seolah-olah sudah menjadi norma bagi sesetengah pemancing di sana.
Namun bagi pemancing Malaysia bagaimana pula?
Adakah anda sudah bersedia untuk menyahut cabaran pancingan secara ekstrem yang masih kurang diterokai ini?
Ya, meskipun pancingan secara ekstrem ini masih belum popular di negara kita, namun sudah ada yang mula menyahut cabaran pancingan ekstrem ini.
Pancingan kayak misalnya, sudah mula diguna pakai di tasik-tasik utama Malaysia. Bahkan, ada juga yang sudah mula berani menyahut cabaran aktiviti memancing kayak di lautan.
Semua ini seakan-akan sudah melihatkan bahawa pemancing Malaysia sudah berani bergerak setapak ke hadapan lagi.
Persoalannya di sini, apakah kelebihan atau keseronokan pancingan ekstrem ini kepada kaki pancing?
Beranikah Anda?
Melihat gambaran pancingan ekstrem ini secara menyeluruh, penulis boleh menyimpulkan bahawa pancingan ekstrem yang ada di Malaysia tidak terhad kepada pancingan kayak sahaja.
Aktiviti trekking di dalam hutan untuk mencari lubuk-lubuk ikan di sungai pergunungan juga boleh dianggap sebagai salah satu pancingan ekstrem yang sudah mendapat tempat di Malaysia.
Mana taknya, memancing di sungai pergunungan memerlukan stamina yang amat tinggi di kalangan pemancing.
Ini kerana, kita bukan sahaja perlu berjalan merentasi hutan berjam-jam lamanya, ada kalanya perlu merentasi sungai dan juga menolak bot yang kita naiki.
Semua itu memerlukan stamina dan motivasi yang tinggi. Ini belum lagi ditambah dengan cerita risiko bahaya dari haiwan liar dan sebagainya.
Semua itu menjadikan pancingan ekstrem ini semakin meluas skopnya di Malaysia.
Jadi, melihat kepada senario ini, penulis amat berminat untuk tahu tentang pendapat dan pengalaman pemancing tentang aktiviti pancingan ekstrem ini.
Bagi penulis sendiri, mungkin belum lagi tiba masanya untuk penulis mencuba pancingan ekstrem ini kerana faktor masih belum fit sepenuhnya.
Tapi bagi anda pula bagaimana? Beranikah anda? Tepuk dada, tanya selera. Jom layan apa kata pemancing tentang isu kali ini.
Apa kata netizen
PAKNDAK KT
“Pancingan ekstrem ini memang seronok tetapi mencabar. Pak Ndak sendiri pernah alami, ia memerlukan stamina yang kuat dan fikiran yang tenang. Selepas pulang baharu kita dapat rasa kenikmatan dan kepuasan.”
MUHAMMAD YEOP
“Selalu juga buat kayak fishing tapi biasanya trip solo saja, lagipun kayak jenis single SOT. Menyusur dalam 10km Sungai Bernam atau Sungai Slim.
Tingkatan kelas jeram pun sekadar gred I hingga II saja jadi jika menyusur sorang-sorang, pakai BA, minimakan set. Tak la cuak sangat.
Pernah juga naik berdua dengan adik. Dua kali terbalik. Habis hilang playar muncung tirus aku.”
HAFIDH YAZIT
“Pada pandangan aku, pancingan ekstrem terbahagi kepada dua. Pertama, lapangan pancing itu sendiri boleh jadi ekstrem.
Contohnya pancingan di jeram-jeram besar yang memerlukan stamina yang kuat ataupun di pelantar minyak yang jauh dari daratan.
Kedua,ikan sasaran itu juga boleh jadi ekstrem, contohnya mendaratkan spesies ikan eksotik seperti kelah merah, kelisa merah, spesies pendatang seperti arapaima, alligator gar dan lain-lain.
Boleh juga dipanggil “pancingan ekstrem” bila mendaratkan spesies mega seperti layaran dengan menggunakan set ultra ringan atau pun set udang galah.”
JEERA OLSKI
“Bagi saya sebagai seorang perempuan, untuk melakukan aktiviti ekstrem ni perlu ade orang yang berpengalaman untuk pantau sepanjang melakukan aktiviti ini.
Saya teringin berkayak sambil memancing sebab dulu saya pernah melakukan aktiviti berkayak ni. Bukan mudah nak pikul kayak untuk sampai ke dalam air.
Ia memerlukan tenaga yang banyak dan kuat sebab saya juga pernah merasa memikul kayak ni.”
MOHAMAD HAMIDI
“Salam, biasanya di kawasan yang memerlukan kudrat untuk meredah ni hasilnya memuaskan kerana pemancing lain jarang masuk ke spot yang ade disebabkan halangan-halangan seperti meredah semak samun dan air sehingga paras pinggang.
Kelengkapan juga perlu lengkap seperti memakai boot, membawa parang dan bilangan ahli jemaah juga penting.
Elakkan pergi berseorangan kerana kita tidak tahu masalah yang bakal kita hadapi mampu ditangani seorang atau tidak. Sekian pendapat bernilai 20 sen daripada saya.”
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sama ada ikan lampam ekor merah atau lampam jawa, ia memiliki khasiat yang hampir sama. Bagi sesetengah orang mungkin beranggapan ikan lampam ni tahap biasa-biasa saja. Hakikat sebenarnya ia sangat berkhasiat dan setanding dengan ikan-ikan bangsawan seperti kelah atau salmon.
Jom kita tengok apa kelebihan yang ada pada ikan lampam dan kenapa kita sebagai pemancing harus menjadikannya sebagai sumber makanan harian.
Melindungi Jantung
Ikan lampam mengandung gizi, nutrisi serta mineral dan rendah lemak, maka jantung pun akan terpelihara dan dapat mengepam darah dengan baik. Selain itu juga terhindar dari penyakit komplikasi seperti stroke, buah pinggang, kolesterol tinggi, diabetes dan lainnya.
Menguatkan tulang
Ikan lampam mengandungi Vitamin D yang diperlukan tubuh manusia untuk menjaga dan memperkuatkan tulang. Lazimnya kita mendapatkannya (Vitamin D) secara percuma melalui sinar matahari sehingga jam 9.00 pagi. Namun bila ingin mendapatkan secara rutin melalui makanan, ikan lampam adalah pilihannya.
Mengatasi Penuaan
Di dalam ikan lampan terdapat kandungan vitamin A yang dapat menjaga kesihatan kulit, mengurangkan kedutan, menegangkan kulit, mengurangi flek hitam, mempercepat penyembuhan jerawat, mengurangi minyak yang berlebih dan mengurangkan pori-pori yang tersumbat.
Melegakan peredaran haid
Apabila mengalami gangguan menstruasi contohnya terlambat datang bulan, dan sering merasakan sakit berlebihan ketika datangnya haid. Cubalah anda memakan ikan lampam untuk melancarkannya. Selain itu juga dapat bermanfaat membersihkan kulit.
Mengandung Vitamin B
Ikan lampam memiliki kandungan vitamin B, yang jenisnya beraneka jenis contohnya seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, dan B12. Semuanya mempunyai manfaat masing-masing untuk organ tubuh manusia. Bagus untuk menambah nafsu makan, menjaga kesihatan kulit, mencegah penyakit anemia dan masih banyak lagi khasiat.
Melancarkan peredaran darah
Pengambilan ikan lampam secara teratur dapat memperlancarkan peredaran darah. Tekstur dagingnya mudah dicerna, mudah diserap oleh usus, selain itu tidak menyumbat peredaran darah.
Menurunkan kolesterol tinggi
Terjadinya kolesterol tinggi itu kerana terkumpulnya lemak jahat pada tubuh manusia, dan terlalu banyak pengambilan makanan yang mengandung lemak tinggi. Mulai dari sekarang cubalah menukar kebiasaan anda dengan pengambilan ikan lampam, kerana ia lebih rendah lemak.
Menjaga kesihatan mata
Supaya mata melihat dengan jernih, dan berfungsi dengan baik maka makanlah ikan lampam. Kandungan vitamin, serta nutrisinya tidak kurang berbanding dengan lobak merah, sangat baik untuk penglihatan.
Menjaga dan meningkatkan kekuatan tulang
Kalsium dan fosfor yang ada pada ikan lampam dapat menjaga dan meningkatkan kekuatan tulang dari kereputan, agar selalu kuat. Selain itu ia juga mengandungi magnesium, taurin, meningkatkan metabolisme tubuh, kaya protein dan sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kupang kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan kupang hijau, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Menjaga Kesihatan Jantung
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion kupang segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Akan tetapi, jangan makan kupang secara berlebihan. Ini kerana kupang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Membentuk Dan Merawat Otot
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein kupang juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Seperti makanan laut lainnya, kupang juga kaya akan protein. Kupang bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Menjaga fungsi sistem saraf
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Oleh kerana itu, manfaat kupang yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan kupang mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...