Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.

 

Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.

Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya.

Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.

 

Peralatan

 

Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian.

IKLAN

 

Pilih kekili saiz sederhana (3000-5000) yang mampu memuatkan tali sehingga 200 meter.

Joran pula pilih yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna.

 

Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging. Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.

 

IKLAN

Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel.

Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.

 

Rahsia Speed Jigging Tenggiri!!
set pancing yang ringan amat penting

 

Gaya Mengunjun

 

IKLAN

Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.

Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.

Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.

 

Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga.

Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.

Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.

 

Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI