Obor-obor atau ampai-ampai sejenis haiwan yang cantik tetapi amat berbisa. Obor-obor berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya.
Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam.
Sementara sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya.
Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.
Ads
Kadangkala bisanya boleh membawa maut kepada yang tersentuh badan haiwan ini.
Untuk keselamatan mereka yang terkena bisa obor-obor ini, perlulah dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimana pun rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak kecederaan atau kematian.
Ads
Langkah pertama, ambik pasir pantai dan sapukan sehala pada bahagian yang terkena bisa.
Tujuannya ialah untuk menanggalkan serpihan sesungut pada badan mangsa.
Jika kesan sesungut masih ada, sapukan lagi pasir di bahagian berkenaan. Insyaallah kesakitan mereka terkena bisa itu boleh dirawat sementara menunggu untuk bawa ke pusat rawatan.
Ketika memancing di cuaca lembab dan basah, mengenakan pakaian yang tepat adalah sangat penting. Aksesori yang kalis air air yang berkualiti memberikan perbezaan sama ada ia menyeronokan atau menyeksakan.
Jika anda kekal kering dan selesa, ia akan membantu untuk anda memancing sepanjang hari. Dari semua tips untuk memancing di tengah hujan, situasi ini adalah kunci untuk mempertahankan pemikiran kekal positif.
Selama hujan ribut, gelombang pasang lebih tinggi, dan air hujan akan membanjiri kawasan daratan. Ketika ini ikan biasanya berada di mana ada pergerakan air. Oleh yang demikian anda perlu fokus di kawasan alu air, saluran masuk atau saluran keluar air. Aliran keluar air akan menghasilkan umpan dan ikan akan menunggu untuk memburu makanan percuma ini.
Tangkapan ikan paling produktif akan terjadi sebelum rebut berlaku, iaitu ketika tekanan barometrik rendah mendorong ikan ke hiruk-pikuk mencari makanan. Situasi frenzy akan berakhir apabila berlakunya rebut dan ia akan kembali aktif ribut mereda dan tekanan barometer kembali menaik.
Ketika memilih umpan buatan atau gewang, pertimbangkan warna-warna cerah dan bergemerincing bunyinya. Gewang crankbait dan permukaan (popper) mampu membantu ikan untuk menemuinya. Ini kerana apabila paras air naik dan berubah warna kekeruhan, ia akan mengurangkan visibiliti dan menyukarkan ikan untuk melihat umpan secara nyata.
Apa-apa pun keselamatan harus diutamakan. Terlebih dahulu dan periksa ramalan cuaca setempat sebelum pergi memancing. Meskipun hujan renyai-renyai saja, ikan masih tidak berselera untuk makan ketika adanya kilat dan guruh yang menggegar bumi.
Jangan pergi ke perairan terbuka jika ada kemungkinan berlakunya ribut petir, dan pastikan anda memiliki tempat berlindung yang kukuh dan selamat untuk dikunjungi jika terjadi badai.
Terdapat pelbagai jenis bentuk dan gaya jaket keselamatan di pasaran namun pada asasnya ia terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu foam (gabus) dan gas.
Material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran.
Manakala jaket keselamatan gas adalah dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung.
Jaket keselamatan yang diperbuat daripada styrofoam mempunyai daya apungan yang minima mengikut kualiti.
Bagi kualiti sederhana ia mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram dalam masa 4jam. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.
Jaket keselamatan jenis gas mampu mengapung untuk tempoh lebih panjang dan boleh ditambah udara melalui tiupan nafas.
Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia.
Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.
Sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti memancing, keselamatan perlu diutamakan.
Gunakan jaket keselamatan yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan selenggara mengikut masa yang ditetapkan.
Tukar jaket keselamatan yang telah lusuh atau gas CO2 yang telah tamat tempoh.
Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan memancing.
Untuk mendapatkan hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
1) OCTOPUS HOOKS
Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.
2) O’SHAUGHNESSY HOOKS
Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan.
3) BAITHOLDER HOOKS
Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak.
4) LIVEBAIT HOOKS
Mata kail yang sering digunakan untuk pancingan laut menggunakan umpan hidup. Juga boleh digunakan untuk memancing toman menggunakan umpan hidup.
5) WEEDLESS HOOKS
Mata kail kalis sangkut yang sesuai untuk pancingan haruan atau toman sama ada menggunakan umpan katak atau dipasang pada gewang.
6) SIWASH HOOKS
Mata kail pancingan air masin yang biasa digunakan untuk kaedah perambut apollo. Ia juga sesuai digunakan untuk menggantikan mata tiga pada sesudu.
7) WALLEYE WIDE GAP HOOKS
Mata kail yang ringan tapi ditempa untuk kekuatan tambahan. Sesuai untuk kegunaan pancingan umpan hidup air masin ataupun air tawar.
8) SINGLE EGG HOOKS
Mata kail berduri pandan pada teras yang sesuai untuk umpan mudah tanggal daripada mata kail.
9) SOI HOOKS
Mata kail berteras pendek yang kuat khusus untuk pancingan ikan yang menyedut umpan dan tidak bergigi tajam.
10) WORMHOOKS
Mata kail khusus jika menggunakan gulp atau soft plastic sebagai umpan. Juga digunakan sebagai mata pancing layang.
11) SWORDFISH HOOK
Mata kail yang banyak digunakan untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus mega. Juga sesuai untuk memancing ikan toman.
12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat.
13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar yang lebih ringan untuk pancingan menggunakan umpan hidup atau umpan atau potongan ikan dan teruji kekuatannya.
14) SHINER HOOKS
Mata kail yang popular untuk pancingan spesies ikan keli dan kap atau ikan yang bermulut besar seperti tongsan.
15) ISEAMA HOOKS
Mata kail yang bersaiz kecil sesuai untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil.
16) CARP HOOKS
Mata kail khusus untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Juga banyak digunakan untuk mata kail pancing layang.
17) BREAM HOOKS
Mata kail berteras panjang, ringan dan tiada cincin sesuatu untuk banyak pancingan sama ada air masin atau tawar.
18) CHINU HOOKS
Mata kail yang ringan tanpa cincin sesuai untuk mengapungkan umpan khususnya untuk pancingan air tawar.
19) LARGE RING HOOKS
Mata kail bercincin besar untuk perambut appolo dan juga sesuai untuk menggantikan mata tiga pada gewang atau sesudu.
20) PRAWN HOOKS
Mata udang atau mata sabit yang lazim digunakan khusus untuk memancing udang galah.
21) SINGLE HOOKS
Mata kail tunggal bagi menggantikan mata tiga yang biasa digunakan pada gewang atau sesudu.
22) JIG HEAD HOOKS
Mata kail siap dengan pemberat khusus untuk kegunaan mengilat menggunakan soft plastic.
23) ASSIST HOOKS
Mata kail dengan duri pandan berada di bahagian luar teras untuk kegunaan jigging.
24) DOUBLE HOOKS
Mata dua yang mengurangkan risiko sangkut bagi menggantikan mata tiga pada sesudu atau gewang katak plastik.
25) TREBLE HOOKS
Mata kail tiga atau mata tiga yang banyak digunakan pada umpan tiruan dan aktiviti memancing lainnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...