Saya inginkan penjelasan sedikit tentang penggunaan spreader bar atau yang biasa disebut sebagai tanduk. Teknik memancing yang sebagaimana perlu bagi menggunakan tanduk ini?
JAWAPAN:
Ads
Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam. Ia dipercayai digunakan oleh nelayan terlebih dahulu sebelum digunakan secara meluas dalam pancingan laut dalam.
Secara tidak langsung spreader atau tanduk ini amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing terutamanya di lautan bagi teknik pancingan dasar.
Ads
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Ads
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok. Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dunia pancing bukanlah berkaitan memancing ikan sahaja. Hari ini skop memancing itu sendiri lebih luas apabila disuntik dengan elemen kreativiti dan seni pada senjata masing-masing.
Terma custom, buatan tangan atau handmade serta crafter sudah menjadi sebahagian daripada istilah yang dekat dengan dunia pancing hari ini.
Bagi Hassan Bin Haji Mohamed, dia turut mempunyai cara tersendiri dalam menginterpretasikan definisi seni dan kreativitinya iaitu dalam pembuatan handle rod daripada kayu.
Hassan yang mula terjebak dalam dunia pancing sejak tahun 1994/1995 bukan sahaja mempunyai kebolehan membuat handle rod buatan tangan malah turut menawarkan perkhidmatan servis kekili.
Menurut Hassan, motivasi awalnya untuk mula mempelajari bagaimana untuk membuat handle rod daripada kayu ini ialah kerana dia mahukan keselesaan pegangan rod dan kekili sewaktu mengilat.
Lantas timbul idea untuk membuat handle rod sendiri dengan menggunakan kayu.
“Saya tertarik untuk membuat handle rod menggunakan kayu kerana urat dan corak pada kayu mempunyai keunikan yang tersendiri,” jelas Hassan lagi.
Hassan sempat mengimbau cerita handle pertama buatannya yang diperbuat daripada lebihan kayu pallet yang tidak lagi digunakan.
Bermula dari situ, dia mula mempelbagaikan jenis kayu dan hari ini dia mula menggunakan kayu kedondong, serian, kundang dan sesetengah kayu yang dimahukan sendiri oleh pelanggannya.
Ujarnya lagi, setiap kayu yang dijadikan handle rod memiliki keunikan tersendiri bersandarkan pada urat kayu dan coraknya.
Ini turut menambahkan lagi nilainya kerana setiap handle yang dibuat hanya satu seumpamanya di dunia.
Hingga ke hari ini, permintaan untuk handle rod buatan tangan Hassan amat menggalakkan.
Setiap bulan, pasti ada sahaja tempahan yang diterima daripada kaki pancing. Malah apa yang menggembirakannya terdapat juga tempahan yang diterima daripada pemancing di Indonesia yang membuat tempahan handle rod daripada Hassan.
Ia sedikit sebanyak memberikan lebih kepuasan kepada Hassan ialah apabila melihat pemancing dari luar negara juga amat mengagumi hasil kerja tangannya.
Harapan Bercakap tentang harapan, Hassan mengharapkan ada individu yang boleh menyambung legasi pembuatan handle rod daripada kayu ini.
Biarpun generasi sekarang terutama golongan muda kurang berminat dalam pembuatan handle rod kayu ini, dia masih mengharapkan ada yang boleh meneruskan keunikan kerja tangan ini.
Hassan juga sering mengingatkan kepada individu yang ingin bergiat dan mempelajari ilmu wood crafter atau rod crafter ini agar menumpukan kepada idea sendiri.
“Cuba fokus pada idea sendiri dan terjemahkannya ketika anda menghasilkan rod atau handle, itu yang lebih memberikan kepuasan,” tambah Hassan lagi.
Kepuasan dalam hasil kerja tangan tidak akan tercapai selagi anda terlalu fokus pada spesifikasi dan tetapan tertentu dan perkara ini boleh menjadi dinding penghalang kepada kreativiti yang lebih luas.
Cara ukiran dan hasil tangan seseorang itu akan lebih terserlah keunikannya jika dibuat dengan kreativiti sendiri dan keghairahan untuk membuatnya.
Profil ringkas
Nama : Hassan Bin Haji Mohamed
Asal : Perak
Umur : 50 tahun
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Memancing di laut memang ada keseronokannya yang tersendiri. Selain daripada berpeluang untuk bertarung dengan ikan-ikan besar, ia juga memberi peluang untuk anda menduga lubuk-lubuk yang tidak dijangka isi yang ada di dalamnya.
Tetapi di sebalik keseronokan tersebut, memancing di tengah lautan juga mendedahkan anda kepada bahaya, terutama jika berlaku kecemasan yang tak diingini. Kali ini kita berbicara serba sedikit tentang bahasa isyarat kecemasan ketika di laut.
Penggunaan bendera
Boleh dikatakan kebanyakan bot-bot besar (terutama bot persiaran) telah siap menyediakan bendera yang membawa maksud isyarat yang tertentu. Bagi bot-bot besar, penggunaan bendera ini amat penting terutama untuk berkomunikasi dengan bot sekitar bila berlaku sebarang kecemasan.
Anda boleh rujuk International Code Flags and Pennants, yang mana ia menunjukkan jenis bendera dan maksud bagi setiap bendera.
Sebagai contoh bendera KILO, yang membawa maksud ingin berkomunikasi. Jika bot anda mengalami masalah, anda boleh gantungkan bendera ini pada bot anda bagi membolehkan bot yang ada di sekitar menyedari anda.
Mungkin selepas ini bagi pengusaha bot ataupun pemancing yang sering turun ke laut boleh bersiap sedia dengan beberapa bendera yang mudah untuk disediakan dan simpan di kotak memancing laut dalam anda untuk digunakan di waktu kecemasan.
Gerakan bendera
Terdapat satu lagi jenis bahasa isyarat yang boleh digunakan ketika kecemasan. Bahasa ini memerlukan 2 bendera. Ia perlu digerakkan mengikut pergerakan tertentu (rujuk gambar The Semaphore Alphabet and The International Morse Code).
Jadi, jika anda mempunyai bendera kilo di atas dan ada kapal yang ingin berkomunikasi dengan anda. Anda boleh membalas menggunakan bahasa kedua ini.
Jika berada di laut adalah penting juga untuk anda sekurang-kurangnya hafal isyarat S-O-S (Save Our Soul). Isyarat ini sangat penting ketika berlaku kecemasan, dan isyarat S-O-S ini paling di ketahui ramai kerana ia menggunakan bahasa kod Morse.
Jika anda menggunakan lampu suluh, isyaratnya adalah 3 kali suluhan pendek, kemudian 3 kali suluhan panjang, kemudian 3 kali suluhan pendek.
Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan pelaling (kembung) dan sasarannya ikan tenggiri.
Persoalannya ialah bagaimana hendak memasang mata kail dan berapakah panjang perambut dawai yang diperlukan?
JAWAPAN:
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan.
Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan.
Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail.
Apa yang penting ialah pastikanj jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.
Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan.
Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...