Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran.
Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ruan todak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya.
Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil.
Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Ads
Ruan todak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah.
Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren.
Ads
Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang.
Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Ads
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium.
Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Ikan spesies demersal adalah ikan yang habitatnya (makan dan hidup) di dasar laut. Ia berlawan dengan sifat ikan pelagik. Terdapat pelbagai spesies ikan demersal namun dalam sukan memancing jigging perlahan yang berkonsepkan pancingan ikan dasar, terdapat beberapa spesies demersal yang menjadi sasaran utama atau target species para pengamal teknik pancingan yang berkiblatkan negara Jepun ini.
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus Johnil
Nama Inggeris: Golden Snaper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Nama Hokkien: Ang Zho
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika.
Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya. Dalam disiplin jigging perlahan, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama.
Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak.
KERAPU
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama Inggeris: Malabar Grouper
Nama tempatan: Kerapu, boron, tong gas
Nama Hokkien: Koay Gau
Kerapu atau boron ini mampu survival dalam pelbagai habitat. Ia mampu hidup di kawasan terumbu karang, terumbu berbatu, muara, kawasan paya bakau serta lautan hingga kedalaman 150 meter. Boron atau turut digelar ‘tong gas’ merupakan hidupan laut yang lasak. Dengan kepala coklat dan badan panjang.
Badannya dilitupi bintik hitam kecoklatan yang meningkat jumlahnya seiring usia. Ia mampu membesar sehingga 120 cm dan 150 kilogram berat. Dalam disiplin jigging perlahan, ia menjadi spesies buruan utama dari aspek saiz dan daya juangnya yang padu. Walaupun daya juangnya cuma seketika namun aksinya selepas membaham jig itulah yang dirindukan.
KAKAP MERAH
Nama saintifik: Lutjanus argentimaculatus
Nama Inggeris: Mangrove jack
Nama tempatan: Kakap merah, siakap merah, tambong
Nama Hokkien: Ciak Zho
Ikan kakap atau lebih popular dengan panggilan MJ di kalangan pemancing lazimnya hidup di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Apabila matang ia akan berhijrah ke laut lepas. Justeru ia menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pemancing untuk membezakan kakap merah yang didapati di muara dengan kakap merah di laut dalam.
Dalam disiplin jigging perlahan, kakap merah dianggap rare species berikutan peluang untuk mendaratkannya amat tipis walaupun berpuluh kali trip memancing diadakan. Hingga dikatakan hanya jigger tahap masta saja yang bejaya mendaratkannya.
KACI
Nama saintifik: Diagramma pictum
Nama Inggeris: Grunts (sweetlips)
Nama tempatan: Kaci, mandi abu
Nama hokkien: Ka Chee
Ciri-ciri untuk mengenali kaci atau mandi abu ini memiliki 9-10 duri pada sirip dorsal, 20-24 tompok sinar lembut. Kaci juvana atau sub dewasa memiliki tompok atau jalur. Ia mampu membesar sehingga 100 cm namun saiz biasa yang ditemui sekitar 45 cm.
Dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air masin, kaci ini lebih merujuk kepada panggilan kakap merah. Sementara dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini hampir tidak tersenarai dalam buruan utama berikutan ia pernah dianggap tidak membaham jig kecuali jig yang ‘berumpan’.
Namun tentangan yang diberikan kaci sehingga ke permukaan membuatkan ia kini menjadi spesies yang ingin diburu.
MERAH
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama Inggeris: Crimson Snapper
Nama tempatan: Merah, merah pucat
Nama Hokkien: Ang Sai, Ang Koi
Spesies yang mudah dikenali berikutan keseluruhan badannya termasuklah sirip berwarna merah atau merah jambu. Profil dorsalnya berkepala curam dan bermulut kecil. Ia mampu membesar sehingga 60 cm namun pada kebiasaannya yang didaratkan dalam lingkungan saiz 45 sahaja.
Ia merupakan spesies buruan utama dalam dunia pancingan dasar. Namun dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini masih menjadi satu persoalan yang tidak terjawab sama ada ia benar-benar membaham jig. Atau dalam erti kata lain, bukannya jig hybrid atau jig yang diletakkan umpan.
KERAPU SUNOH BARA
Nama saintifik: Plectropomus leopardus
Nama Inggeris: Common coral trout, leopard coral grouper
Nama tempatan: Sunoh, kerapu bara, kerapu bintang
Nama Hokkien: Ang Gau
Kerapu ini dapat dikenali menerusi badannya yang dilimpahi titik biru kecil. Bulatan cincin biru yang tersendiri di sekeliling mata. Dan sirip pektoral yang polos tanpa warna. Ia mampu membesar sehingga 120 cm panjang namun saiz yang lazim didapati sekitar 35cm sahaja.
Dalam disiplin jigging perlahan ia merupakan spesies tangkapan impian berikutan kesukaran untuk mendapatkannya, khususnya di perairan Selat Melaka yang merupakan padang pancing utama jigging perlahan.
Ikan tenggalan atau nama saintifiknya iaitu Puntius bulu merupakan salah satu spesies ikan air tawar yang terkenal yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Isinya yang lembut, padat dan lazat membuatkan nialinya melambung tinggi.
Tenggalan juga dikenali sebagai spesies yang mempunyai daya renangan yang laju dan tinggal di kawasan sungai-sungai yang besar di Malaysia. Bentuknya sedikit lebar menyerupai ikan lampam. Tenggalan bersifat omnivor dan diet utamanya terdiri daripada tumbuhan kecil serta krustasea kecil.
SEBARAU
Nama saintifik: Hampala macrolepidota
Nama umum: Hampala barb, Jungle perch
Nama tempatan: Sebarau, Badong (saiz besar)
Spesies ini mendapat jolokan ‘serigala’ bagi sesetengah kaki pancing mengilat akibat pecutannya yang laju, lincah dan agresif malah mampu meluruskan mata kail.
Sebarau (Hampala macrolepidota) merupakan spesies sasaran paling utama bagi mana-mana kaki pancing terutama pengilat di Malaysia.
Sebarau biasanya memilih kawasan berarus deras dan berbatu atau di celah-celah tunggul atau kayu sebagai tempat bersembunyi dan mencari makanan.
Ia mudah dikenali dengan melihat jalur hitam menegak di badannya yang berkilau. Jalur ini akan hilang apabila sebarau membesar sekitar 3 kg, dan tatkala inilah ia digelar badong.
Sebarau akan naik ke hulu untuk senyawakan telur apabila tiba musimnya. Di Malaysia, Tasik Kenyir dan Royal Belum antara lokasi terbaik memburu sebarau pada setiap hujung tahun. Dalam keseronokkan memburunya, perlu sematkan konsep bag limit.
TEMOLEH
Nama saintifik: Probarbus jullieni
Nama umum: Jullien’s Golden Barb, Seven-stripes Barb
Nama tempatan: Temoleh, Temelian
Temoleh (Probarbus jullieni) merupakan antara spesies yang semakin jarang ditemui. Ciri utama ikan ini ialah ia mempunyai tujuh garisan hitam di badannya.
Mulutnya pula menghala ke bawah dan ini sesuai dengan tabiat makannya iaitu pemakan dasar dengan memakan tumbuhan akuatik, krustasia dan serangga.
Temoleh bersaiz dewasa berwarna kekuningan dan lebih terang berbanding temoleh kecil. Selain itu temoleh mampu mencapai berat sehingga 70kg ketika dewasa.
Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya dua spesies ikan daun iaitu spotted sicklefish (daun baru bintik) dan banded sicklefish (daun baru belang). Kedua-duanya berbeza sedikit dari corak dan tompok warna dibadan. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai daun baru di sebalik nama lain seperti tudung periuk, baru-baru, agung-agung atau sepihi.
Ikan di dalam keluarga Prepanidae dan genus Drepane ini boleh ditemui dari Laut India hingga Laut Merah dan Selatan China hingga Australia. Di negara kita ia boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai Semenanjung.
Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas. Kedua-dua spesies ini memiliki asas warna yang sama iaitu keperakan dan berjalur atau bintik hitam.
Yang biasa dipancing ialah daun baru bintik di mana tompok-tompok kecil hitam membentuk jalur yang menegak setengah dari badannya.
Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Dietnya pula lebih kepada hidupan kecil yang boleh ditemui di dasar sehingga ke pertengahan air.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil sama paras dengan sirip pelvik. Depannya seakan-akan mengunjur hala kebawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam ke bawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Spesimen yang biasa ditemui sekitar 13 cm hingga 25 cm sahaja namun ia dikatakan mampu mencapai saiz 46cm.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil hampir sama paras dengan sirip pelvik. Bahagian depannya seakan-akan mengunjur ke bawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Ikan ini bertelur dalam bulan September di kala bermulanya monsun timur laut. Atas sebab itu ia laporkan banyak ditangkap sebelum musim ia bertelur pada bulan Julai hingga Ogos. Waktu kemuncak selera makannya sebelum berpuasa seketika ketika musim bertelur.
Kawasan pilihan daun baru untuk bertelur ialah dasar berpasir yang mampu memberi perlindungan pada bakal generasinya akan datang terselindung dari pemangsa lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...