Sebagaimana buah kelapa sawit yang boleh digunakan untuk memancing ikan kelah, tengas dan sebagainya lagi, buah ara juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Malah, kelebihan buah ara ia tidak perlu diperam sebagaimana buah sawit untuk diguna pakai. Ia boleh diguna secara asalkan buahnya sudah cukup masak.
Cara-cara Menggunakan Umpan Buah Ara
Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan bewarna merah tua keungguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Boleh dikatakan ikan haruan merupakan ikan yang paling banyak dipancing oleh para pemancing.
Ironinya, tidak ramai pula pemancing yang menjadikan ikan haruan sebagai salah satu diet utama.
Malah ramai yang tidak makan ikan haruan sedangkan banyak khasiat yang terdapat pada ikan haruan.
Sumber protein
Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia.
Rendah lemak
Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air tawar lain iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan beratnya.
Anti oksidan
Ikan haruan turut mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
Masalah gastrik
Ikan haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka dan juga baik untuk penyakit gastrik.
Kolagen
Selain itu ikan haruan juga mengandungi glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
Sel baru
Ikan haruan turut mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
Pada saya, kunjungan ke sungai pegunungan di Pahang benar-benar menguji fizikal dan mental. Keindahan sungai dan hutan belantaranya benar-benar memukau pandangan mata. Pada saat saya menulis ini, masih terbayang bagaimana tengas melenturkan hujung joran selain terjumpanya anak-anak tengas dan juga kelah berenang bebas di celah batu.
Namun saya tidak pasti sampai bilakah keindahan hutan belantaranya dan penghuni sungainya akan mampu bertahan kerana tidak lama lagi, pokok-pokok balak besar yang menjadi zon penampan Sungai Hulu Lembing ini bakal ditebang. Namun, saya tetap berhajat mahu ke sini lagi dan cuba untuk sampai di bahagian tengah Sungai Hulu Lembing.
Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba pancingan sungai pegunungan sebegini, saya ingin berkongsi sedikit panduan dan info:
Untuk trip melibatkan trekking, persediaan bersenam atau berjoging adalah cara terbaik untuk persediaan. Tidak mengapa jika kita berbadan besar yang penting sihat dan cergas.
Pilih beg yang sesuai untuk tujuan trekking dan hadkan barang yang akan dibawa. Bawa barang yang betul-betul penting untuk digunakan saja.
Pastikan kasut yang dipakai jenis tahan lasak. Bagi saya dan kebanyakan geng trekking, kasut getah berharga kurang dari RM10, sudah cukup baik. Pastikan saiznya tidak terlalu ketat dan longgar.
Pakai stoking untuk elakkan kaki melecet. Gunakan stoking panjang (stoking bola untuk elakkan serangan pacat dan terkena duri).
Pakai pakaian yang cepat kering. Kalau boleh elakkan pakaian material cotton yang menyerap dan menyimpan air. Dan jangan lupa bawa sleeping bag kerana cuaca malam sangat sejuk.
Maksimum dua joran setiap seorang. Jangan bawa joran 1 piece. Jika ada travel rod 3-5 pieces lagi bagus. Dan pastikan joran yang dibawa bersesuaian dengan jenis pancingan sungai pergunungan.
Bawa kelengkapan sewajarnya seperti tiub motosikal, minyak petrol tambahan, pam angin, spanar, jika menaiki motosikal. Untuk perjalanan dalam hutan, sebaiknya tukar tayar kepada tayar berbunga cross.
Buang atau tanam sampah (tin kosong, plastik) di satu tempat, jangan sepahkan ia. Tanamkan sikap menyayangi alam semula jadi yang bersih dan sihat.
Pastikan jalan dalam kumpulan, elakkan dari terpisah jauh dengan rakan. Setiap orang pastikan nampak kelibat rakan di hadapan dan rakan di hadapan pula kena pastikan ada rakan di belakangnya.
Jangan menegur jika terpandang perkara pelik di dalam hutan, mengambil dan bawa pulang benda-benda yang pelik.
Doa, tawakal mohon perlindungan keselamatan dari Allah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...