Keseronokan menjadi punca kealpaan dan kealpaan menjadi punca kecederaan. Kebanyakannya bukanlah tidak tahu tatacara untuk mengendalikan ikan tangkapan, cuma bila terlalu seronok semuanya lupa pada faktor keselamatan.

Memang seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan sasaran.

 

Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat.

Hakikatnya, cara pengendalian ikan amat penting tak kiralah sama ada untuk melepaskan kembali ikan tersebut atau dijadikan lauk.

Berikut beberapa panduan yang perlu dititikberatkan ketika mengendalikan ikan sama ada untuk keselamatan diri mahupun tangkapan itu sendiri.

 

Sauk

Tidak kira apa jenis pancingan anda, sauk atau tangguk merupakan alatan kelengkapan memancing yang perlu ada dan dibawa bersama.

Kebanyakan pemancing keberatan untuk membawa sauk berikutan saiznya yang besar dan memakan ruang simpanan dalam kenderaan.

 

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

 

Lip grip

IKLAN

Jika tiada penyauk, gunakanlah lip grip atau pencangkuk bibir ikan. Penggunaan lip grip tidaklah sebaik menggunakan tangguk tetapi ia sesuai untuk mengendalikan ikan air tawar bergigi tajam seperti haruan dan toman.

Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail, kemalangan juga dapat dikurangkan jika memegangnya dengan tangan sahaja.

Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan  dan sesuai untuk mendaratkannya. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.

 

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

 

Gancu

Jika memancing di laut, seeloknya gunalah gancu atau cangkuk. Apatah lagi jika yang ingin didaratkan itu bersaiz besar, bergigi tajam atau yang bersengat seperti ikan pari.

Jika ingin membawa pulang tangkapan tersebut bolehlah dicangkuk pada bahagian badannya, sebaliknya jika melepaskan kembali pastikan tidak mencederakan mana-mana anggota badannya atau putuskan sahaja tali perambut.

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

IKLAN

 

Pegang ekor

Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkannya dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah. Sebaiknya peganglah bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat atau ke atas bot.

 

Cekup mulut

Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tapi harus diingat, bukan semua ikan boleh dipegang mulutnya seperti siakap atau sebarau. Sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum tunjuk hero.

 

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

 

Pengendalian

IKLAN

 

Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah playar atau hook remover. Elakkan dari menanggalkannya dengan menggunakan tangan khususnya mengendalikan ikan bergigi tajam.

 

Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala, jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulangnya. Jika memegang ikan bersengat, peganglah bahagian kepalanya dengan cara yang betul.

 

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

 

Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Cara ini boleh menyebabkan kecederaan atau setidak-tidaknya menghapuskan lendir badan yang sangat penting untuk survival ikan.

 

Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam mulut, sebaiknya putuskan saja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan. Ia lebih baik bagi survival ikan daripada memaksa mengeluarkan mata kail tersebut.

 

Jika ingin bergambar bersama ikan (spesies tangkap dan lepas), sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.

 

Cara-Cara Mendaratkan Ikan & Mengendalikannya!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI