Ikan telinga gajah ini dikategorikan dalam nama ikan-ikan yang pelik, yang turut disenaraikan dalam perkongsian portal umpan dengan judul ikan-ikan bernama unik.

Yang pasti, kita menamakan sendiri ikan ini tanpa mencedok nama Inggerisnya iaitu batfish (ikan kelawar).

Selain daripada nama tempatannya yang merujuk kepada organ pendengaran haiwan mamalia darat terbesar, ikan telinga gajah turut digelar tudung periuk atau manchung laut di beberapa tempat tertentu.

 

Platax tiera

kenali juga Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

Ikan telinga gajah dikategorikan dalam keluarga spadefishes, batfishes dan scat atau Platacidae. Ia bernaung di bawah genus Platax dan terdapat banyak spesies bernaung di bawah genera ini.

 

Di perairan Malaysia terdapat tiga spesies telinga gajah yang ditemui iaitu Platax orbicularis, Platax tiera dan Platax pinnatus.

Walau bagaimana pun hanya spesies P. orbicularis yang popular khususnya di kalangan pemancing kerana hanya spesies ini yang boleh dipancing.

 

Platax Pinnatus

 

Sementara spesies P. tiera dan P. pinnatus hampir pasti tidak berminat dengan umpan walaupun banyak berlegar di permukaan air di kawasan unjam.

Kedua-dua spesies yang `tak makan pancing’ ini boleh dikenali dengan memiliki sirip dorsal yang lebih panjang dan menonjol keluar.

 

Morfologi

 

IKLAN

Ikan telinga gajah dikelaskan sebagai ikan bermulut kecil. Ia jelas ketara berbanding saiz badannya yang besar, lebar dan berisi tebal. Badan ikan ini berwarna coklat dan putih berbelang dari mulut sehingga ke pangkal sirip pektoral.

 

Warna yang hampir sekata selepas sirip pektoral dan kembali berbelang berdekatan dengan pangkal sirip kaudal. Ia memiliki sirip pelvik umpama lawi melengkung memanjang ke belakang dengan asas kekuningan dan ada juga kelihatan kecoklatan.

 

Platax Batavianius

 

Ikan telinga gajah turut memiliki bahagian pangkal ekor atau kaudal pedunkal yang tegap dan padu bentuknya. Memiliki sisik halus dan mempunyai bonggol tulang pada bahagian

belakang. Ia mampu membesar panjang sehingga 50 cm namun saiz purata yang mudah ditemui kurang dari 6 kg.

 

Habitat dan tabiat

 

Ikan telinga gajah juvenil gemar mendiami kawasan perairan cetek estuari malah turut menyusur masuk ke sistem sungai yang masih dipengaruhi saniliti tinggi.

IKLAN

Lazimnya mereka bergerak secara berkumpulan kecil dan sesetengahnya secara individu. Telinga gajah dewasa pula lebih menggemari kawasan pinggir pulau yang berkarang atau

berstruktur seperti tukun kapal karam. Lokasi tumpuan biasanya berkedalaman sehingga 50 meter. Mereka biasanya bergerak secara berkumpulan yang lebih besar bagi mengatasi ancaman dari pemangsa dan untuk menakluk sesuatu kawasan dengan lebih mudah.

 

 

Ikan telinga gajah menjadikan ikan-ikan kecil, krustasi dan alga sebagai diet utamanya. Lantaran daripada tabiat pemakanannya itulah ia turut boleh dipancing dengan

menggunakan dedak ayam sebagai umpan alternatif bagi penggemar memburu spesies yang mampu memberikan tentangan yang padu lagi mendebarkan.

 

 

Taksonomi

IKLAN

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinoperterygii

Order : Perciformes

Suborder : Acanthuroidei

Family : Ephippidae

Genus : Platax

Spesies : Platax spp

 

kenali juga ikan dengkis

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan