Bersantai Di Kelong Acheh

1079

Kelong Acheh Resort yang terletak berdekatan Pulau Acheh, bersempadankan Pahang-Johor perairan Laut China Selatan merupakan padang pancing yang wajib dikunjungi khususnya peminat pancingan di rumah rakit dan juga kelong. Tidak keterlaluan jika ingin menyatakan bahawa Kelong Acheh Resort bukan sahaja merupakan kelong terbaik di Pahang, malah juga di Malaysia.

Puan Farah melayan kerenah tetamu di kelong

Kelong yang dapat disaksikan dengan jelas dari Jeti LKIM Penyabong, Mersing ini sekadar memakan masa kurang dari sepuluh minit masa perjalanan dengan bot laju. Selain fasaliti yang serba lengkap dan menyelesakan, hasil pancingan yang jarang mengecewakan pengunjung membuatkan kelong yang mula dibuka untuk aktiviti memancing sejak tahun 90-an ini sentiasa dikunjungi. Malah ia menjadi destinasi `ngeteh’ popular pengunjung negara jiran di selatan tanah air, Singapura.

Secara peribadi, penulis sendiri sudah beberapa kali berkunjung ke kelong ini dan belum timbul rasa jemu untuk kembali ke kelong ini jika berkesempatan. Di kelong ini penulis dapat rasai kepuasan memancing secara total.

Walaupun hasil pancingan di mana-mana kelong lebih bergantung kepada faktor keluar masuk ikan, namun usaha tambahan pihak kelong menyediakan unjam dan tukun berhampiran kelong, sedikit sebanyak ia menjadi ‘akuarium’ iakan-ikan pemangsa untuk terus kekal berlegar berhampiran kelong. Sekali gus memberi peluang tinggi kepada pengunjung dan pemancing tidak pulang dengan tangan kosong jika mempraktikkan teknik dan umpan yang betul bagi mendaratkannya.

sotong-sotong yang berjaya dipancing di keliling kelong

SH: Info Kelong Acheh Resort

Harga Pakej: (Termasuk GST)

2 HARI 1 MALAM

Dewasa : RM 170.00

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM 106.00

Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah: RM 42.00

3 HARI 2 MALAM

Dewasa: RM 276.00

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM 191.00

Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: RM 84.00

Penyediaan Pakej:

– Makan minum 5 kali sehari

– Pengangkutan pergi balik dari jeti ke kelong

– Bot pengangkutan beroperasi di Jeti LKIM Penyabong dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang setiap hari

– Penginapan, bilik air dan surau disediakan

Perhubungan:

– Puan Farah (016-7172684)

Tip Pancingan

  • Umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong yang diperolehi dari kawasan kelong merupakan umpan terbaik. Udang hidup juga berkesan untuk pancingan siang.
  • Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil.
  • Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cengcaru bersaiz kasar.
  • Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup.
  • Teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.

Tinggalkan Komen