Jujurnya, sukar untuk mengharapkana pihak berwajib sahaja. Jadi di sinilah peranan kita sebagai pemancing beretika, berilmu dan sayangkan sumber perikanan kita.
Lantas menjadi tugas kita, menghalang aktiviti tak beretika iniasekurang-kurangnya dalam kalangana rakan-rakan kita sendiri.
Jika tidak mampu menghalang secara fizikal, sekurang-kurangnya kita menasihati mereka dan menyedarkan mereka tentang kepentingan sumber ini dan apa akibat buruk daripada perbuatan mereka.
Selain itu, dalam melihat kesilapan orang lain, kita sendiri kadangkala lupa untuk melihat diri sendiri.
Kadangkala kita masuk ke hutan untuk trekking, camping dan memancing. Apabila mahu pulang banyak sampah seperti plastik atau tin yang ditinggalkan di campsite oleh grup kita.
Ads
Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada berlakunya kerosakan sumber ini. Inilah perkara yang perlu kita elakkan, nampak remeh namun kesannya cukup dalam.
Sebagai pemancing, pastilah isu ini terasa dekat dengan kita. Pemancing dan sumber ikan seperti sungai ibarat simbiosis dan saling memerlukan.
Jadi, tanpa menuding jari kepada sesiapa, sama-samalah kita mengambil langkah sewajarnya dalam meneruskan kelestarian alam sekitar seterusnya dapat memberikan kepuasan dalam hobi kesayangan kita ini.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dalam siri wacana `pengalaman disengat ikan’ baru-baru, kami menerima banyak respon postif dari follower FB Majalah Umpan, yang bukan saja berkongsi pengalaman pahit tersebut, malah turut berkongsi petua sebagai penawar bisa disengat ikan.
Merasakan ini sesuatu yang tidak seharusnya berlalu begitu saja, kami rangkumkan beberapa petua yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya berhadapan dengan insiden yang tidak diingini ini.
💡 HELMI PROTON
“Setiap kali nak mancing simpan CUKA MAKAN botol kecik dalam box pancing untuk digunakan apabila terkena sengat ikan berbisa.
Dapat meredakan sakit dan mengurangkan bisa. Kawan dah 3 kali kena sengat semilang. Tapi Alhamdulillah la tak pernah pergi klinik.
Waktu kena sedut dulu tempat yang kena sengat lepas tu buang dan kumur. Letak cuka boleh mancing balik. Cuma rasa sakit luka sikit jer. Paling lama 3 jam hilang.
Tok Batin Seletar juga ada ajar kawan suruh bawa KIWI KASUT HITAM ketika mancing. Kalau kena sengat ikan berbisa sapu je kiwi kat tempat yang kena sengat tu.
Tapi kawan tak cuba lagi sama ada berkesan atau tidak. Mungkin mujarab kot petua Orang Asli Seletar ni.”
💡 SAMBAL BLADEZR
“Kalau pergi memancing tu stanby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”
💡 LAKSAMANA AWAN
“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”
💡 AYIE GREEN
“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu.
Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”
💡 MADLEY MUSA
“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit.
Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”
💡 EJAL KERN
“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku.
Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA.
Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”
💡 AMMIE KAMARUDIN
“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”
💡 KEE ZAKI
“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”
💡 MOHD SHAFIE
“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”
💡 MOHD FUAD
“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu. Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”
💡 JEY ISMILE
“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan painkiller baru ok.
Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”
💡 APIH HAFIZ
“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”
💡 SABRI GHANI
“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”
💡 ZAIDI IKMAN
“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”
💡 FIRDAUS VALEN VALEN
“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”
💡 SOTONG SKC ROMEO SAGA
“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”
💡 KHAIRUL AMIRUL
“Baru minggu lepas kena, terpacak duri sengat kat tapak tangan. Duri buang tepi bot time bawak bot pegang tepi bot sedar-sedar terpacak duri sengat.
Time cabut payah sebab duri tu bergerigi. Tenangkan diri tarik sekuat hati. Siap cuci luka pakai petrol bot. Tekan-tekan buang air bisa.
Habuk rokok dengan bara siap cucuk kat tangan, sebab time kena tu tangan jadi panas dan kebas. Alhamdulillah… lepas air pasang penuh pagi tu terus ok.”
Drag memainkan peranan penting sewaktu pertarungan dengan ikan. Sentiasalah memeriksa drag anda agar tidak terlalu longgar, mahupun terlalu ketat kerana ini boleh memberi peluang kepada ikan meloloskan diri.
Tidak kiralah sama ada anda mengguna braided atau mono. Pemeriksaan tali memang sangat penting. Banyak berlaku kes-kes rabut akibat daripada tali yang sudah lama atau reput. Seelok-eloknya tukar tali anda dengan agak kerap mengikut kesesuaian.
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda. Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Iyelah, bila dah berkumpul dengan rakan-rakan sehobi pastinya mulut tu takkan duduk diam untuk membahan rakan-rakan yang lain. Ada je yang nak di’bahan’kan sambil dikelilingi gelak tawa.
Namun, memancing masih lagi mendapat hasil yang memuaskan. Jadi agak sukar juga untuk membuktikan teori bunyi bising menakutkan ikan dan sewaktu dengannya.
Walau bagaimanapun untuk memburu spesies sungai pergunungan seperti kelah memang penulis akui yang ia perlukan suasana yang sunyi dan terhindar daripada bunyi bising. Ini kerana spesies seperti ini amat sensitif dengan bunyi dan pergerakan. Tak hairanlah ada yang sampai kena menyorok di balik pokok kalau nak memancing si raja sungai ni.
Apa kata netizen:
BALUNGER STRESSMADDES
Ikan tiada telinga tetapi amat sensitive dengan getaran yang bukan normal. Sebab tu ada yang ikan makan walaupun bunyi bot lalu lalang sebab dah biasa atau lali dengar persekitaran yang hingar. Ada juga ikan yang tidak jamah umpan dan pergi jauh dari persekitaran yang bising. Kebanyakan ikan tersebut dari jenis ikan bermisai yang menggunakannya sebagai sonar.
SUNGAI PAOH ANGLER’S MAN
Pengalaman aku, bukan saja buat bising, kalau kawan-kawan lain teruja sangat tengok ikan dan buat bunyi. “Fuyoo… fuyoo… apu…. apu…. “ gerenti 100% ikan tak akan makan lagi kat tempat tu. Dah melanggar pantang. Satu perkara lagi, kalau benda keras jatuh atas perahu/bot ikan sangat sensitif sebab bunyi dentuman tu terus turun ke dasar sungai. Itu pengalaman saya. Jaga mulut dan jaga tingkah laku / gerak geri atas perahu / bot.
HAZ LONCOI
Simple je, tali pancing tu, mcm kita main telefon tin masa kecik-kecik dulu. Getaran suara kita boleh sampai ke bawah melalui tali tu. Untuk ikan laut takpe sebab air laut dia beralun dan masin. Bila masin air dia pekat sikit so getaran suara tak sampai terlalu bawah. Tapi kalau ikan air tawar memang sensitif sebab air tawar ni kurang beralun getaran suara kita melalui tali tu boleh sampai bawah dekat dengan umpan. So, ikan susah nak makan.
INDRA IRWAN ISMAIL
Bising aje lah. Fokus memancing hanya bergantung pada individu, senyap tapi berangan pun tiada gunanya. Teknik tanpa keyakinan jua sia-sia. Ikan dan manusia berada pada dua alam yang berbeza. Sang ikan hanya hidup utk makan dan membiak. Pada dasarnya memancing adalah aktiviti buat manusia yang ingin mencari ketenangan dan kegembiraan. Bukan untuk menambah tekanan. Tiada gunanya jika hasil yang melimpah ruah namun tiada kegembiraan dalam diri sendiri atau pun rakan yang lain. Bergembira dan riang ria lah ketika memancing kerana hati yang girang adalah pembukaan pintu rezeki. Amin.
HARY ARIS
Buat masa ni teori ikan makan kalau pemancing senyap tak benar raso ehhh bagi den. Alhamdulillah, den selalu bergaduh bertekak ateh bot untuk merancakkan suasana memancing. Waktu tu la strike selalu berlaku. Jadi buat kengkawan yang pergi memancing dengan den mental jangan kuyak ye… kakakakakaka. Jigging sambil berdangdut baru la namo ehhh memancing… haha.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...