Pemancing ni nampak macam sama, tapi pada hakikatnya mereka adalah berbeza-beza. Percaya atau tidak? Berikut adalah kategori pemancing tersebut.

 

K: Melepaskan semula ikan yang ditangkap (catch-and-release)

Kategori pemancing ini telah lama wujud di negara kita. Mereka biasanya terdiri dari golongan pemancing veteran dan boleh diistilah sebagai ‘otai’ memancing.

Ada juga dikalangan mereka orang baharu yang dikatakan mempunyai kesedaran tinggi tentang alam sekitar.

Mereka melepaskan semula ikan yang ditangkap setelah bergambar dengannya. Tidak kira spesies atau saiz, pemancing kategori ini sedar akan kepentingan melepaskan semula ikan ke parairan, terutama bagi spesies ikan yang jarang-jumpa, terancam atau hampir pupus.

Bagi pemancing kategori ini, ikan merupakan ‘tarikan’ sahaja dalam memancing. Apa yang penting adalah ‘kepuasan’ mendaratkan ikan, selain memegang dan melepaskan semula ikan ke dalam air.

Melepaskan ikan juga mempunyai elemen ketenangan dan kepuasan bagi pemancing kategori ini.

 

L: Tak dapat ikan pun tak apa, janji keluar memancing

Ada juga golongan pemancing yang tidak mempunyai tujuan yang khusus. Mereka ini akan menyatakan ‘tak dapat ikan pun tak apa, yang penting aku memancing’.

Tujuan utama bukanlah untuk mendapatkan ikan, malah dapat memegang joran dan mencampakkan umpan ke dalam air pun sudah memadai.

Kebiasaannya golongan ini mempunyai set joran, walaupun ringkas, disimpan di dalam kereta.

Mereka yang berada dalam kategori ini menganggap hobi memancing sebagai sangat penting dalam kehidupan mereka.

 

M: Kombinasi kategori di atas

Sudah pasti, pemancing keluar memancing bukan hanya dengan satu tujuan atau matlamat.

Sebaliknya, mereka memancing dengan pelbagai tujuan dan kadangkala tujuan mereka boleh menjadi begitu kompleks.

Oleh itu, tujuan memancing bagi kebanyakan pemancing boleh dikatakan mempunyai unsur ‘kombinasi’ kepada kategori yang dibincangkan di atas.

Tambahan pula, manusia ini berubah-ubah, ada waktu kita mahu bersendirian, ada waktunya kita mahu bersama keluarga.

 

Begitu juga, ada waktu kita mahu menangkap ikan yang banyak, ada waktunya kita tak kisah dengan hasil tangkapan.

Malah, tujuan memancing juga dipercayai berubah mengikut ‘situasi’ dan ‘lokasi’. Jika memancing diwaktu hujan, tujuannya mungkin berbeza dengan memancing diwaktu panas.

Begitu juga jika memancing di atas bot, tujuannya mungkin berbeza dengan memancing dari tebing. Pendek kata, pemancing merupakan insan yang mahukan kelainan dan kepelbagaian dalam mencari ‘keseronokan’ dan ‘kepuasan’ semasa memancing.

 

Kenapa memahami ‘kategori pemancing’ itu penting?

Perkara ini telah banyak diperdebatkan oleh pakar-pakar dan pengurus aktiviti memancing, terutamanya di negara maju. Kenapa perlunya kita memahami kumpulan atau kategori yang wujud dikalangan pemancing ini?

 

‘Kepuasan’ atau ‘keseronokan’ memancing merupakan ‘klimaks’ kepada aktiviti memancing. Malah, lain orang, lain mahunya.

Lain orang, lain juga cara untuk mencapai kepuasan memancing mereka. Samada dapat ikan atau tidak, banyak duit telah dibelanjakan, atau banyak masa telah terluang, itu semua tidak dapat menjadi ukuran sekiranya ‘kepuasan memancing’ telah tercapai.

 

Justeru, adalah penting untuk kita memahami pemancing agar kita dapat menyediakan peluang, kemudahan, serta lokasi yang sesuai.

Sebagai contoh, jika mereka mahukan ‘bersendirian’, maka perlu bagi kita menyediakan lokasi memancing yang selesa dan selamat untuk mereka memancing bersendirian.

Manakala, sekiranya mereka mahukan ‘memancing bersama keluarga’, maka penting bagi kita untuk menyediakan kemudahan yang boleh diguna oleh pemancing dan keluarga, seperti pondok, meja, taman permainan dan sebagainya.

 

Begitu juga, sekiranya kita mempunyai ramai pemancing yang mahukan ikan yang banyak, penting bagi kita untuk memastikan kestabilan habitat, yang dapat menyediakan ikan yang banyak dan mudah ditangkap oleh pemancing.

Manakala, kita boleh memasukkan ikan yang bernilai dan mempunyai harga yang tinggi di sungai atau tasik, sekiranya pemancing di kawasan tersebut, kesemuanya, mengamalkan tangkap-dan-lepas.

 

Kesimpulannya, memahami kategori pemancing amatlah penting, terutama kepada agensi yang mengurus sumber perikanan, agar agensi tersebut dapat mengurus tadbir aktiviti memancing secara baik dan lestari.

Memahami kategori pemancing juga penting bagi pemancing itu sendiri, agar mereka dapat memahami diri mereka yang sebenar, serta memahami ‘peranan’ serta ‘kepentingan’ mereka dalam masyarakat.

 

 

Oleh:

Dr. Izharuddin Shah Kamaruddin

Pensyarah Perikanan Rekreasi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

 

Rujukan:

Fedler dan Ditton (1986). Environmental Management. https://doi.org/10.1007/BF01867360.

Kyle dan rakan (2007). Human Dimensions of Wildlife. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10871200701196066.

Arlinghaus dan rakan (2008). Fisheries Research. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0165783607003645.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI