Ini antara sebahagian inti pati yang dapat penulis simpulkan mengenai kegilaan custom rod.

Selebihnya, apa kata kita tanyakan sendiri kepada kaki pancing tentang apa lagi yang best tentang custom rod ini.

 

“Custom rod ni digilai sebab banyak kelebihannya. Antaranya, rod blanks yang dikehendaki pembeli biasanya tak dijual di kedai-kedai pancing.

Selain tu corak dan warna custom rod ni juga sangat eksklusif. Ada custom rod juga gunakan teknik wrapping yang mana memang jarang digunakan pada mass production rod.

Menariknya lagi, barang-barang seperti guides, tip guides, reel seat, eva/cork handles dan lain-lain juga boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli.

Spine atau tulang belakang rod custom juga biasanya akan diberi perhatian yang teliti supaya rod tu berkebolehan untuk memberi fight kepada ikan.

IKLAN

Pendek kata, custom rod ni ada identitinya yang tersendiri mengikut pilihan kaki pancing.”

 

“Pada pendapat saya, custom rod ni banyak kelebihannya bagi seseorang pemancing tegar tapi tu semua terpulang pada individu serta kemampuan.

Macam saya, saya lebih suka custom rod yang ringan tapi kuat serta hujungnya sensitif bila ikan makan umpan. Ni cuma pendapat serta rod custom yang saya inginkan je. Mungkin orang lain, lain pendapatnya.”

 

IKLAN

Saya lihat kelebihan utama rod custom made ni adalah keselesaan/kepuasan kepada pemancing.

Ini kerana tujuan custom made sendiri adalah untk memberi peluang kepada pemancing bagi mendapatkan sebatang rod yang betul-betul ikut spec mereka, seperti kelenturan, kekuatan, panjang, jenis guide dan handle.

Kedua, kelebihan rod custom made adalah kualitinya. Pada masa ni semua rod kosong yang datang adalah dari material yang sangat berkualiti dan kuat seperti G loomis atau Xzoga. Jadi ia memberi kelebihan jangka masa panjang dari segi hayat rod tersebut.”

 

 

IKLAN

“Custom rods atau tailored rods dah pada dasar istilah pun dah bawa maksud ikut specs seseorang pemancing.

Dari segi rod itu sendiri rasanya tidak ada kelemahan, yang ada hanya perbandingan positif dan negatif.

Sekiranya custom rod maker adalah seorang yang benar-benar pakar, dia akan bertanya semula pada pelanggan apa sebenarnya target penggunaan rod tersebut dan apakah reel yang akan dipasangkan dan bukan buat atas dasar permintaan ikut specs semata-mata.

Yang negatif tentang custom rod kalau nak diikutkan satu je, kos pembuatan. Kalau mampu apa saja boleh…”

 

“Pendapat saya, custom rod ni beri kepuasan maksima kepada pemancing kerana ia dibuat mengikut spesifikasi daripada pemancing itu sendiri.

Kekurangannya pula,bila rod tersebut tak dibentuk dengan sempurna oleh rod builder dan ini boleh menyebabkan pemancing kecewa dengan kualitinya.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI