Begahak bukanlah seperti kebanyakan ikan buruan lain yang boleh dipancing sepanjang tahun. Justeru untuk menanti kemunculan spesies unik dan ‘rare’ ini saja sudah merupakan satu cabaran. Lazimnya kehadiran begahak adalah selepas musim tengkujuh melanda negeri Pantai Timur atau ketika air Sungai Pahang mula surut dan sedikit jernih sekitar bulan Februari atau Mac.

 

Atau waktu yang sama ketika musim udang galah. Kehadiran begahak itu dihubungkaitkan pula dengan kemunculan ikan mungkus (anak-inak ikan seluang dan pelbagai jenis lain) dengan jumlah yang banyak. Bila munculnya ikan mungkus ini, maka dapatlah dilihat kelibat ikan-ikan begahak ini menggasak ikan mungkus.

 

Taktik & Teknik Pancingan Begahak

 

Namun untuk menetapkan waktu sebenar kemunculan begahak ini adalah sesuatu yang subjektif. Apatah lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan musim tengkujuh itu sendiri tidak dapat dipastikan bila kemunculannya. Bagaimana sekiranya musim tengkujuh tidak muncul atau ikan mungkus juga tidak muncul-muncul.

 

Bagi kawasan pasang surut, waktu aktif ikan membaham gewang atau umpan adalah apabila bermulanya bunga pasang dan bunga surut. Berbeza pula dengan sungai yang tidak dipengaruhi pasang surut, jadi kita perlu mencuba mencari waktu makan untuk spesies yang kita buru.

 

Kebanyakan awal pagi dan lewat petang adalah waktu terbaik untuk memburu apa jua spesies di sungai yang tidak dipengaruhi air pasang surut. Pernah juga pemancing digasak tanpa henti oleh begahak waktu matahari betul-betul terpacak di atas kepala. Oleh itu, kita haruslah rajin mencuba untuk mencari waktu makan begahak dengan tepat.

 

Kawasan Pemburuan

 

Taktik & Teknik Pancingan Begahak

 

Selain kuala sungai kecil, kawasan pemburuan begahak juga boleh difokuskan di reba-reba kayu dan kawasan berbatu. Biasanya begahak suka berlegar di belakang pokok tumbang, di mana arus sungai perlahan akibat halangan itu. Saya tidak akan biarkan tempat sedemikian begitu sahaja kerana mungkin ada pontianak Sg. Pahang yang sedang menunggu gewang anda melintas.

 

Lubuk-lubuk yang dalam juga merupakan kawasan permainan begahak, terutama yang bersaiz bagak. Untuk mengetahui kedalaman lubuk dan struktur di dalam lubuk, penggunaan sonar amat diperlukan.

 

Menunda Atau Mengilat?

 

Di lubuk yang dalam dan panjang, lebihkan teknik trolling kerana kebiasaannya begahak akan berada di dasar sungai. Gewang juga mampu dimainkan rapat ke dasar yang dalam pada perimeter yang luas.

 

Taktik & Teknik Pancingan Begahak

 

Keadaan paling bagus apabila gewang tundaan terasa melanggar struktur di dasar. Cuba anda bayangkan gewang yang terhantuk-hantuk melanggar struktur tiba-tiba disergap sesuatu, mau gigil satu badan kalau anda tak bersedia dengan keadaan tersebut.

 

Mengilat pula biasanya saya praktikkan di kawasan reba padat atau kuala anak sungai yang keluar ke Sg. Pahang. Ini kerana gewang boleh dilontar di celah-celah reba berpotensi, di mana teknik tundaan tidak dapat dilakukan di kawasan ini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI