Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

 

Terdapat 3 jenis umpan yang ikan carp (kap) termasuklah siamese carp makan yang mana saya rasa ramai dikalangan pemancing tidak tahu atau pun sudah tahu. Semoga sedikit sebanyak perkongsian kali ini akan dapat membantu pemancing keadaan sebenar dan rupa dan jenis umpan.

 

Dedak

Ini adalah sejenis dedak halus campuran protien ikan yang telah di kisar merupakan sejenis umpan yang ramai orang pakai guna untuk memancing ikan kap. Ia sangat berkesan dalam memancing ikan mulut besar ini kerana taburan peroi ia didalam air yang sangat berkesan memanggil ikan ini makan.

 

Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

 

Ikan kap sangat suka dedak yang peroi yang bertebaran jatuh di dasar kolam ini kerana ikan kap makan secara menyedut. Terdapat banyak dedak halus yang telah dikisar di pasaran.

IKLAN

 

Roti

Roti juga merupakan umpan kap namun di sebalik itu ikan patin, dan pacu pun suka akan roti. Roti boleh juga dipotong dadu atau dihiris halus seperti dedak untuk dijadikan umpan kap. Ikan kap akan makan apa saja umpan mengikut bancuhan basah yang tuan-tuan lakukan semasa membancuh umpan tersebut, boleh dikatakan segala umpan yang kita buat berasaskan roti akan dimakan oleh sesetengah ikan memang betul ia bergantung kepada bancuhan yang kita buat.

 

Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

IKLAN

 

Pelet

Pelet juga merupakan umpan kap bukan hanya dedak atau pun roti. Pelet ini sangat berkesan untuk memburu spesies ikan kap. Pelet juga amat berbahaya kepada pemancing lain ini kerana ikan kap akan memburu pelet dahulu sebelum dedak dan roti, namun begitu untuk memburu menggunakan pelet amat jarang orang guna ini kerana palet merupakan sejenis umpan universal.

 

Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

IKLAN

 

Pelet bukan hanya kap suka malah ikan lain seperti ikan patin, pacu, dan talapia. Itulah sebab banyak kolam pancing mengharamkan penggunaan pelet ini. Sekiranya hanya ingin memburu ikan kap, sebaiknya jangan sesekali guna pelet.

 

Variasi Umpan Memancing Spesies Ikan Kap

 

Ini kerana namun anda akan daratkan ikan lain selain ikan kap sedangkan anda sudah buat bancuhan palet kap namun ikan lain yang makan sebab pelet akan terapung di atas permukaan air dan amat mudah disambar ikan lain. Jadi peratus anda memburu ikan kap sangat nipis wal hal bancuhan anda tepat untuk kap.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI