Umpan Tepung Minyak Serai *

Share

BAGAIMANAKAH GABUNGAN TEPUNG GANDUM DAN MINYAK MASAK BOLEH DIJADIKAN UMPAN? MEMANG MACAM TAK MASUK AKAL JE BUNYI ITULAH KENYATAAN. MALAH DENGAN TEKNIK YANG BETUL, UMPAN INI MAMPU MENGATASI KEBERKESANAN PENGGUNAAN UMPAN DEDAK ATAUPUN ROTI.

 

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:

  1. Minyak serai
  2. Tepung gandum
  3. Pes pandan/strawberi
  4. Keropok jagung

 

LANGKAH 1

Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.

 

LANGKAH 2

Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.

 

LANGKAH 3

Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.

 

LANGKAH 4

Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.

 

LANGKAH 5

Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.

 

LANGKAH 6

Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.

 

LANGKAH 7

Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.

 

LANGKAH 8

Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.

IKLAN