Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Langkah 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Ads
Langkah 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Langkah 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Ads
Langkah 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Langkah 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Ads
Langkah 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Langkah 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Waktu yang paling sesuai untuk memancing ikan jenahak ialah pada waktu malam. Ini kerana ketika ini ia lebih aktif keluar untuk memburu mangsa. Namun, pada waktu siang juga boleh untuk memancing spesies ini jika anda tahu di mana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitatnya.
Di sebelah pantai barat Semenanjung, memancing ketika air mati merupakan waktu paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan. Manakala di pantai timur tidak mendatangkan masalah ketika air besar asalkan pemancing tahu bila ia galak memakan umpan.
Di perairan Selat Melaka contohnya, memancing jenahak sewaktu air besar terutama di sekitar laluan kapal paloh 3 kadangkala memberikan hasil yang lumayan. Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut.
Lubuk & Teknik
Kebanyakan pemancing mengunakan kaedah pancingan dasar berhanyut (menotok) berumpan sotong kurita hidup atau hirisan ikan kembung dengan menggunakan batu ladung besar saiz 12 ke atas, dan diseret pada dasar laut yang mempunyai kedalaman sehingga melebihi 60 meter.
Tanpa menggunakan sauh, bot mereka yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 90 kuda ke atas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu yang mana pada ketika ini ikan yang dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkan ikan tersebut sekiranya berenang mundar-mandir.
Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut bertapa. Teknik memancing pada masa air besar dan laju lebih berkesan jika dibandingkan memancing sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik sauh dari menarik ikan.
Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan pada siang hari atas sebab-sebab keselamatan kerana ia merupakan laluan utama kapal yang melalui Selat Melaka dan yang menuju ke arah Pelabuhan Klang sebagai destinasi persinggahan serta kawasan yang banyak serangan lanun.
Memancing jenahak yang bersaiz kurang dari sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti atau jambatan yang mempunyai air yang agak dalam. Menggunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut.
Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.
Jenahak juga menyambar gewang terutama jenis aksi dalam dan pertengahan air. Malah teknik micro jigging amat berpotensi untuk mendaratkan jenahak di kawasan muara ini jika tahu kawasan laluannya.
Persekitaran yang digemari spesies belut sawah dah rawa ini termasuk pelbagai jenis air tawar cetek seperti air tawar, perairan, rawa, sungai, sungai, parit, terusan, tasik, takungan dan kolam. Walaupun mereka lebih suka air tawar, mereka juga dapat bertolak ansur dengan keadaan payau dan masin. Kedalaman kurang dari tiga meter adalah optimum.
Belut juga berupaya menahan suhu sejuk dan pelbagai tahap oksigen. Spesies ini boleh mendapat sehingga 25% oksigen dari udara melalui kulitnya jika tidak menggunakan insang di bawah air. Asian swamp eel atau swamp eel ini memiliki badan yang tidak berskala, anguilliform (seperti ular) yang mampu membesar panjang hingga satu meter, namun spesimen dewasa yang lazim ditemui sekitar 25 hingga 40 cm panjang.
Belut air tawar mempunyai ekor tirus dan muncung kepala tumpul, dan tidak mempunyai sirip anal dan sirip pelvik. Sirip dorsal, sirip anal dan sirip kaudal adalah asas, dengan sirip ekor hampir tidak hadir. Sirip ini berperanan untuk melindungi belut daripada berguling dan membantu dalam membelok secara mengejut dan berhenti. Membran insangnya bersatu, tetapi insang berbentuk `v’ terletak di bawah kepalanya. Bentuk sedemikian menghalang aliran terbalik.
Umumnya belut berwarna coklat kehitaman pada bahagian atas tubuh dan berwarna coklat keputihan kadang juga berwarna coklat kemerahan pada bagian bawah tubuh. Sesetengahnya berwarna terang dengan bintik kuning, hitam, dan emas. Belut ini memiliki mata yang kecil, mempunyai gigi-gigi yang tajam dan runcing dan memiliki bibir yang cukup lebar.
Belut juga tidak memiliki sisik namun tubuhnya memiliki lendir yang berguna untuk mengurangi geseran pada air ketika berenang. Dengan lendir yang licin juga ia mampu meloloskan belut daripada pemangsanya.
Belut adalah pemangsa ganas di lingkungan sawah dan rawa. Dietnya terdiri daripada ikan kecil, cacing serta krustasea. Kebiasaannya diam atau bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa untuk menyerang hendap.
Haiwan yang aktif pada waktu ini juga merupakan haiwan hermaprodit, yang mana ketika juvenil merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek.
Jika telur menetas, keluarlah anak belut yang semuanya betina. Dalam peningkatan usia dan ketika kekurangan belut jantan, belut-belut betina ini akan bertukar menjadi belut betina.
Perambut mata kail merupakan kelengkapan terpenting dalam pancingan air tawar terutamanya kolam. Bagi pancingan air tawar atau kolam, pemilihan perambut mengikut spesies yang hendak dipancing. Se Sebagai contoh, kalau hendak memancing rohu maka gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya.
Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...