Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ini perlu diambil sekali. Jangan ambik telur saja. Nanti susah nak cangkuk kat mata kail kerana ia memegang telur dengan sempurna.
Langkah 2
Inilah rupa telur belangkas berserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya. Ia menjadi rebutan ikan-ikan pemangsa dan pelbagai spesies lain apabila belangkas melepaskan telurnya.
Ads
Langkah 3
Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa. Cara cangkuk lebih kurang macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.
Ads
Langkah 4
Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.
Ads
Langkah 5
Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa. Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Cara pertama ini sangat praktikal dan mudah untuk anda menghasilkannya. Bagi anda yang tidak punya banyak waktu untuk membuat umpan ikan belanak, anda cukup menggunakan roti tawar atau sejenis roti sandwich.
Potong roti tersebut menjadi bahagian-bahagian kecil dan cangkuk roti tersebut pada mata kail pancing anda, dan umpan sudah siap untuk digunakan.
Gunakanlah lumut. Bagi yang tidak mahu bersusah payah mengadun umpan yang dirasa cukup lama dan renyah, anda boleh menggunakan umpan alami berupa lumut yang merupakan makanan semulajadi ikan belanak.
Carilah lumut yang masih segar biasanya masih berwarna hijau, jangan memakai lumut yang sudah tua yang biasanya berwarna coklat. Agar lumut lebih tahan lama tambahkanlah sedikit garam.
Resepi Adunan Umpan
Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
5 sudu teh garam 5 halus
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin
Esen perisa udang
Air bersih
Cara membuat umpan:
Larutkan garam dana esen perisa udang dengan suku gelas air.
Masak marjerin sehingga cair.
Masukkan telur, esen dan larutan garam pada tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga sekata (masukkan ke dalam bekas berisi marjerin yang telah dicairkan)
Kukus adunan umpan tersebut. Setelah adunan cukup matang, tekan-tekan adunan hingga semua hancur merata.
Umpan telah siap dipakai untuk memancing ikan belanak.
(Ramuan ini mampu menghasilkan lebih dari 1/2 kg umpan).
Resepi Adunan Umpan 2
Sediakan bahan-bahan sebagai berikut:
1 ½ kg tepung gandum
¼ kg minyak misak
Mentega secukupnya
1 sudu makan garam
3 sudu makan gula pasir
1 sachet susu pekat
2 gelas air bersih
Caranya membuat umpan:
Campurkan semua bahan yang ada di atas, lalu adun hingga sebati.
Bila sudah sebati menjadi adunan, kemudian kukus selama 30-45 menit. Setelah terlihat cukup matang, seterusnya tekan hingga semua bahan hancur dan tercampur rata.
Bagi pemancing muda atau baru menjinakkan diri dalam dunia hanyir ini mungkin tidak familiar dengan spesies ikan leekoh. Walaupun sudah tidak begitu banyak kolam pancing air tawar yang menyediakan ikan leekoh untuk dipancing, namun masih ada pemancing yang berminat memancing ikan spesies kap ini. Sama ada di kolam, lombong atau sungai, ikan leekoh boleh dipancing dengan kaedah dan umpan yang sama.
Sebagai ikan kap yang menjadikan lumut, rumpair atau tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan, melihat cara leekoh makan juga boleh dijadikan ilham untuk memahami kaedah memancingnya.
Ikan leekoh juga gemar menyedut tanah dan menyaring makanan yang ada di dalam tanah tersebut. Oleh yang demikian, bahan umpan berasaskan dedak merupakan senjata utama untuk memancingnya.
Tabiat makan ikan leekoh lazimnya tidak mengira waktu. Ia boleh berubah mengikut persekitaran dan habitat. Maknanya kita boleh memancing leekoh tanpa mengira waktu. Hanya untuk menentukan waktu ia paling aktif, kita haruslah melakukan sedikit homework.
Apa yang perlu ada pada umpan atau dedak ialah bau-bauan yang boleh menarik minatnya. Jadi, pastikan umpan yang digunakan dicampurkan dengan bau-bauan yang sedikit wangi serta hanyir.
Apa yang lebih penting daripada umpan ialah kaedah untuk menarik ia datang kepada umpan. Ia boleh dilakukan dengan teknik menabur umpan dalam jumlah yang banyak di sesuatu tempat.Inilah rahsia sebenar memancing ikan leekoh.
Selain perlu merasuah, gaya persembahan umpan juga penting. Ikan leekoh dipercayai bersikap agak tamak dan gelojoh terhadap makanan. Jadi, umpan yang tersembunyi mata kail di dalamnya itu perlulah dikepal dalam saiz yang besar.
Setelah mengetahui tabiat makan ikan leekoh ialah dengan cara pasif, iaitu memakan umpan yang tidak bergerak dan ia sendiri tidak bergerak ketika makan. Ia akan memakan umpan dengan senyap dan perlahan. Jadi, penggunaan mata kail yang ringan tetapi kuat amatlah penting.
Sekiranya menggunakan mata kail yang besar dan berat, ia juga memungkinkan mata kail tersebut tidak akan bergerak masuk ke dalam mulut ikan ketika menyedut makanan.
Ikan leekoh akan memuntahkan kembali mata kail setelah menyedut dedak. Oleh itu kita haruslah peka pada sebarang pergerakan mata kail melalui gerakan tali pancing. Memandangkan mata kail berkemungkinan tidak akan tercangkuk dengan sendiri pada mulut ikan, maka kita sendiri haruslah menyentapnya ada petanda ia digerakkan oleh ikan.
Selebihnya, layanlah lariannya dengan lemah gemalai. Pastikan drag kekili tidak dikunci terlalu tinggi kerana mulut leekoh agak lembut dan boleh koyak jika melawannya dengan cara yang kasar.
Sebelum saya ceritakan teknik casting udang hidup muara Sungai Kongkong, Johor memburu spesies ketutu, saya ingin perkenalkan dulu spesies harga mewah ini.
Ikan ketutu atau ikan ubi, ikan hantu, belontok atau ikan hantu (bahasa Inggerisnya marble sleeper atau marble goby dan dalam bahasa Kantonis soon hock), nama
saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara.
Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal.
Spesies ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya.
Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir.
Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu.
Ianya sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa.
Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya.
Cara memancingnya di sungai Kongkong ini sama sahaja dengan teknik memancing siakap. Casting dengan menggunakan udang hidup di lokasi strategik di muara sungai terutamanya di kawasan pohon tumbang.
Dengan mengunakan rod casting seperti memburu siakap, udang hidup disasarkan ke lubuk terpilih dan dibiarkan ia mencecah dan dikarau dengan perlahan. Sekiranya terdapat ketutu di situ, pasti ia akan menerkam udang hidup tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...