Pereka sos : Naz Damai

Untuk mencari pes perisa di pasaran itu mudah. Namun pes perisa seperti pandan atau strawberi hanya bersifat bahan tambahan kepada sesuatu umpan.

Umpan berbentuk sos cecair yang diadun dengan pelbagai campuran bahan inilah yang tidak banyak terjual di pasaran.

Namun ia boleh dihasilkan sendiri sebagaimana sos umpan dalam perkongsian ini.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

1 kotak air kacang soya (1 liter)

IKLAN

4 sudu besar Milo

3 biji telur itik

1 bekas taufufakosong (banyak terjual di pasar malam)

1/2 paket yis segera

1 biji kelapa tua (diparut)

 

IKLAN

Cara-cara pembuatan:

 

(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)

 

Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.

IKLAN

 

Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.

 

Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.

 

Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI