Sungai Rajang di Sarawak sepanjang 563 km merupakan sungai terpanjang dan luas di Malaysia. Namun tidak dipastikan ia berada dalam senarai ke berapa dalam sungai terpanjang di dunia kerana sungai ke-10 dalam senarai ini ialah sepanjang 3487 kilometer.

 

#10 – YENESEI RIVER

Sungai Yenesei berawal dari gunung Tannu-Ola di Rusia kemudian hilirnya berakhir di laut Artik. Total panjangnya sampai 3487 km. Informasi menarik selain menjadi 10 Sungai terpanjang dan rerluas di dunia, bahawa sungai ini sering membeku sepanjang tahun. Ikan trout merupakan antara spesies utama sungai ini.

 

#9 – OB RIVER

Memang sedikit terasa pelik mendengar namanya, namun dibalik itu Sungai Ob menjadi sungai ke-8 terpanjang di dunia. Panjang dari total semuanya yaitu 3650 km. Alirannya dimulai dari gunung Altai Rusia dan berakhir di Teluk Ob. Pelbagai jenis spesies sturgeon mendiami sungai ini.

 

#8 – MISSISSIPI RIVER

Aliran Sungai Missisipi ini bermula dari pengunungan Red Rock, Danau Itasca di Minnesota hingga bermuara di Teluk Mexico. Panjangnya sekitar 3734 km dan mengaliri 6 negara bagian tengah Amerika Syarikat. Ikan spesies pike merupakan antara ikan utama sungai ini.

 

 

 

#7 – IRTYSH RIVER

Sungai ini berhilir di pegunungan Altai Rusia yang pada akhirnya tepat di pertemuan Sungai Ob. Total keseluruhan panjangnya hingga 4248 km dan terbahagi menjadi Ob River dan The Irtysh. Spesies trout merupakan spesies utama sungai ini.

 

#6 – MEKONG RIVER

Sungai Mekong memiliki panjang sehingga 4425 km dengan melalui negara China, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand. Ia berakhir di Laut China Selatan. Banyak spesies ikan gergasi dari sungai ini termasuklah Mekong Giant Catfish.

 

#5 – Congo RIVER

Sungai ini juga dikenal sebagai sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar juga di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700 km. Alirannya darii pertemuan sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di Lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ini.

 

#4 – HWANG HO RIVER

Sungai yang dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai kuning ini terletak di di sekitar daerah China Utara. Memiliki panjang sampai 5464 km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli pada bagian barat China. Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuklah hennan carp.

 

#3 – SUNGAI YANGTZE

Sungai ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300 km dan menjadi sungai terluas ketiga diantara lainya. Sebutan lain dari sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di laut China.  Spesies yellow head catfish antara ikan popular di sini.

 

#2 – AMAZON RIVER

Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, Ia menyumbang dari 1/5 bahagian total sungai yang ada di dunia. Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Samudra Atlantik. Pelbagai spesies monster terdapat di sungai ini termasuklah araipama.

 

#1 – NILE RIVER

Walaupun terdapat bantahan, sungai Nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik Victorial dan mengaliri diantra 9 negara yaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir. Panjangnya mencapai 6853 km. Nile perch sememangnya spesies popular sungai ini.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI