Menurut pemancing yang mereka cipta umpan ini, sudah beratus kilogram ikan kap termasuklah ikan lee koh, rohu dan tongsan sisik halus telah beliau naikkan dengan menggunakan umpan ini.
Memandangkan beliau tidak lagi aktif memancing, barulah bersedia untuk berkongsi ramuan umpan yang telah disimpan sekian lama.
Tetraodontidae adalah sebuah keluarga dari ikan estuari dan laut yang berasal order Tetraodontiformes. Secara morfologi, ikan-ikan serupa yang termasuk dalam famili ini serupa dengan spot-fin porcupinefish (ikan landak) yang memiliki tulang belakang luas dan besar (tidak seperti tulang belakang Tetraodontidae yang lebih tipis, tersembunyi, dan dapat terlihat ketika ikan ini mengembungkan diri).
Nama ilmiah ikan ini merujuk pada empat gigi besar yang terpasang pada rahang atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang krustasea dan moluska, mangsa alami mereka.
Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas golden poison frog (katak emas beracun). Organ-organ dalam seperti hati dan kadang kulit mereka sangat beracun bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan.
Di Jepun (disebut fugu), Korea (disebut bok), dan China yang mana ia disiapkan oleh cef professional.
Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 121 spesies ikan buntal yang terbahagi dalam 20 genus. Ikan ini banyak ditemui di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan iklim sederhana dan tidak ada di perairan sejuk.
Mereka memiliki ukuran kecil hingga serdahana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100centimeter. Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembungkan badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap pada jaring.
Ikan buntal biasanya juga mengganggu sesi memancing kerana ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskannya.
Lazimnya ikan ini tidak dapat diambil sebagai hasil tangkapan kerana beracun dan berduri sehingga para nelayan biasanya membuangnya saja.
Ikan buntal memiliki nama latin porcupinefish dan memiliki beberapa panggilan. Dalam bahasa Inggeris diberi nama balloonfish dan globefish kerana bentuknya yang membesar seperti belon.
Hal itu juga berlaku ketika ia berada di perairan di dalam laut, di mana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti balon untuk menakuti musuhnya. Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.
Ikan buntal menyukai habitat karang-karang di pantai dan sehingga di perairan cetek di laut. Dan taburan ikan ini di perairan tropikal di seluruh dunia.
Salah satu karakter popular ikan buntal terhadap pemancing adalah tabiatnya yang gemar menggigit dan memutuskan tali dan perambut pancing. Cara untuk menghindarkan dari gangguan buntal ini ialah dengan menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Sekiranya tali perambut kerap diputuskan oleh buntal, sebaiknya sambung perambut dengan peramut dawai.
Ikan buntal memiliki menu makan yang sama dengan ikan lain yang dipancing di perairan. Maka, ketika menggunakan umpan berupa sotong atau udang, ikan buntal turut merebut umpan tersebut sebagaimana ikan pemangsa lainnya.
Ciri Fizikal: Leper memanjang, kilauan keperakan dan bergigi tajam
Diet: Anak ikan, krutesia dasar
Habitat: Asasnya hidup di dasar air tapi banyak memburu mangsa di permukaan menjelang malam. Kedalaman air dari 4 meter hingga 100 meter
Taburan: Timur laut Afrika, Laut merah turun ke India hingga Bangladesh.
Tempatan: Hampir sekeliling laut Semenanjug, Sabah dan Sarawak
Dalam kamus ikan terdapat 4 jenis ikan timah di perairan Malaysia, tapi yang difokuskan bulan ini ialah timah dari jenis jenis T. lepturus (largehead hairtail). Selain 3 lagi iaitu Tentoriceps cristatus (crested hairtail), Lepturacanthus savala (savalai hairtail) dan Eupleurogrammus muticus (malayan hairtail). Kesemua lebih dikenali sebagai ribbon fish dalam panggilan global. Jenis ikan timah ini biasanya dibezakan dari segi bentuk kepala, rupa barisan gigi dan saiz badan meleper.
Di pantai barat Semenanjung ikan ini lebih dikenali dengan nama ikan timah. Nelayan pantai timur memanggilnya ikan layur kerana ikan timah adalah satu gelaran spesies ikan berlainan keluarga di pantai timur. Ikan ini banyak dikeringkan memadangkan permintaan lebih tinggi jika dikeringkan.
Ikan timah pada asasnya ialah sejenis hidupan air yang unik dan cukup menarik. Berbentuk leper memanjang, berkulit licin berkilat seperti perak. Ekor halus mengecil di hujung, riben atau sirip dorsal bermula dari pangkal kepala hingga hujung ekor.
Sirip dorsal membarisi bahagian atas badan menghasilkan pergerakan unik ketika ia berenang seperti alunan ombak yang konsistan. Mempunyai gigi tajam seperti ikan malong di mana terdapat dua taring besar tajam membarisi bahagian atas mulut.
Walaupun badannya nipis , mulutnya mampu membuka luas ketika menyerang dan menerkam mangsa. Warna riben lebih gelap sedikit berbanding warna kilauan badannya. Matanya bersinar terang apabila menerima pancaran cahaya di malam hari. Rekod terbesar dilaporkan hingga 4 kaki memanjang. Beratnya hanya boleh mencecah purata kurang 1kg hingga 3 kg.
Boleh dijumpai bermain di kawasan pantai berbatu karang, tompokan batu karang kecil dan kawasan berpasir. Ia tidak mendiami satu spesifik lubuk khusus dan gemar merayau dari kedalaman air 6 kaki hingga 300 kaki atau hampir 100 batu nautika dari pantai.
Timah adalah sejenis ikan yang sering berpindah lokasi ke lokasi berikutnya. Hanya bermain di satu kawasan buruan dalam jangka masa kurang sebulan bergantung kepada pergerakan mangsanya sendiri. Spesies yang kecil gemar memburu anak sotong dan lebih tertumpu di perairan pantai dan air cetek. Ia juga seperti ikan parang yang banyak menghabiskan masa meronda di permukaan air memburu mangsa.
Banyak berlegar di permukaan air sambil memburu mangsa yang turut sama menikmati cahaya lampu. Mata bersinar di air banyak membantu ikan ini memburu pada malam hari sesuai dengan sifatnya bertambah rakus menjelang malam. Waktu dinihari saya sendiri jarang memperolehi ikan ini.
Jika habitat yang didiami adalah air cetek tidak masalah bagi ikan ini meneroka hingga ke dasar, tetapi jika kawasan tersebut mempunyai kedalamana lebih dari 200 kaki, ia banyak menghuni di pertengahan dan permukaan air sahaja.
Ikan timah juga adalah spesies karnibal yang tinggal dan bergerak secara berkumpulan. Ia akan menyerang sesama sendiri di kalangan ahli yang lemah mahupun cedera. Tidak mengenal belas kasihan dalam memperjudikan hidup di dunia bawah air yang kejam. Bila mangsa dalam cengkaman gigi taring hadapan sukar untuknya melepaskan diri lagi.
Tenggiri atau nama Inggerisnya Spanish mackarel serta narrow-barred Spanish mackarel merupakan spesies ikan air masin yang cukup popular bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Spesies dengan nama binomialnya Scomberomorus commerson merupakan ikan mackarel dalam keluarga Scombridae. Spesies ini boleh ditemui dalam lapangan yang luas berpusat di Asia Tenggara, merangkumi barat dan pantai timur Afrika. Spesies ini juga bertaburan di Timur Tengah di utara Lautan Hindi sehingga ke barat daya Lautan Pasifik. Spesies S. commerson ini juga cenderung untuk berenang di kawasan pesisir dan juga laut lepas di kawasan yang mempunyai sistem terumbu karang atau berstruktur sedikit berbatu. Kawasan kedalaman air sekitar 10 hingga 50 meter merupakan habitat pilihan bagi spesies pemangsa ini.
Dalam perspektif morfologi, spesies yang turut dikenali dengan nama Spaniards (merujuk kepada nama Spanish mackarel) oleh pemancing global ini boleh dikenal pasti melalui bentuk badannya. Bentuk badannya berbentuk tipikal bagi ikan mackarel di mana badannya agak panjang dan berbentuk torpedo serta mempunyai garisan hitam berbentuk bar dari atas badan hingga ke bahagian abdomen. Warna badannya pula ialah hijau kebiruan dan bahagian abdomen lebih kepada tona warna putih keperakan. Spanish mackarel memiliki barisan gigi yang cukup kuat dan tajam. Gigi ini merupakan senjata utamanya selain daripada ketangkasan dan kekuatan renangannya.
Tenggiri atau spesies mackarel ini turut dikenali sebagai spesies ikan epipelagic serta spesies neritik yang merupakan spesies migrasi mengharungi garisan renangan yang panjang. Begitu pun terdapat juga kalangan ikan ini yang menjadi residen tetap kepada sesebuah lokasi. Bergantung kepada suhu sesuatu kawasan, musim mengawan bagi spesies ini agak bervariasi. Di Timur Afrika, lazimnya berlaku pada bulan Oktober hingga Julai, Disember hingga Februari di sekitar Madagascar dan Mei hingga Julai di kawasan Madras (Chako, Thomas & Pillay, 1968). Menurut dapatan daripada Lewis, Smith & Keaney, 1974, musim mengawan bagi mackarel di kepulauan Taiwan an New Guinea pula sekitar Julai hingga Disember.
Seperti kebanyakan spesies dalam genus ini, S. commerson menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai diet utama. Ikan seperti sardin, spesies carangidae yang lebih kecil serta udang turut menjadi antara mangsa yang diburunya. Tenggiri memburu mangsanya sepanjang hari, tidak kira pada waktu siang atau malam.
Spaniards yang tangkas ini mampu membesar sehingga 50 kilogram dan mencapai panjang maksimum sekitar dua meter. Begitu pun saiz tipikal bagi tenggiri ialah sekitar lima hingga sepuluh kilogram di kebanyakan tempat dan jika terdapat saiz melebihi 25 kilogram, spesimen tersebut dianggap sebagai saiz mega. Kebiasaannya, tumbesar panjang badan bagi Spanish mackarel yang besar akan terhenti apabila berat mencapai sekitar 25 kilogram. Sebaliknya tumbesaran akan beralih kepada bahagian saiz badannya di mana akan menjadi lebih tebal dan tegap menyerupai spesies dog tooth tuna atau aya budak. Spesimen begini dikatakan memberikan kepuasan total kepada pemancing dalam pertarungan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...