Kulit merupakan pelindung asas untuk ikan daripada alam sekeliling. Ia memainkan peranan yang penting untuk mencegah ikan daripada terkena penyakit. Lapisan lapisan kulit adalah terdiri daripada kutikel, epidermis, dermis, membran asas, lapisan otot subcutaneous dan hipodermis.

 

Kutikel

 

Ini adalah lapisan pertama dan tebalnya ialah 1 mikron. Ia merupakan lapisan mukopolisakarida dan adalah terdiri daripada sel epitelium atas dan sedikit sel-sel ‘goblet mucosa’. Fungsi sel ini ialah untuk mengeluarkan lendir.

 

Anatomi Lapisan Kulit Ikan

 

Epidermis

 

Lapisan ini adalah terdiri dari sel-sel Malphigi dan menutupi semua bahagian luar ikan termasuk sirip dan ekor. Lapisan ini adalah hidup dan boleh bertambah melalui proses pembahagian mitosis. Ketebalan lapisan ini bergantung kepada spesies, umur, tempat dan juga peringkat kematangan.

 

Biasanya ia lebih tebal bagi spesies ikan yang tiada atau kurang sisik (contoh keli dan belut) dan juga pada bahagian sirip. Pada lapisan ini juga terdapat sel deria.

 

IKLAN

Anatomi Lapisan Kulit Ikan

 

Dermis

 

Lapisan ini adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu stratum spongiosum di luar dan stratum compactum dan lapisan ini dibekalkan dengan salur darah dan gentian saraf.

 

Di dalam stratum spongiosum dipenuhi dengan serabut kolagen dan retikulin, sel pigmen (kromatofor), sel mas (mast cell), sel pangkal sisik dan juga sel sisik.

 

Stratum compactum merupakan satu struktur yang menguatkan kulit. Dengan adanya kromatofor di dalam lapisan ini ikan berupaya bertukar warna untuk menyesuaikan diri di dalam air semasa pembiakan, sakit atau berlindung daripada musuh.

 

IKLAN

Selain daripada itu dermis memainkan peranan utama di dalam pembentukan sisik.

 

Anatomi Lapisan Kulit Ikan

 

Hipodermis

 

Lapisan hipodermis adalah terdiri daripada tisu adipos yang kurang padat dan lebih bervaskular jika dibandingkan dengan lapisan dermis.

 

Sisik ikan dihasilkan oleh sel-sel pada bahagian ini. Walaupun sisik ini keras tetapi ia boleh dilentur. Terdapat dua jenis sisik ikan teleosts, sisik stenoid dan sikloid.

 

IKLAN

Sisik sikloid adalah berbentuk seperti cakera sementara sisik stenoid mempunyai struktur menyerupai gigi sikat di pinggir permukaan posterior.

 

Contoh untuk ikan air tawar yang mempunyai sisik stenoid ialah ikan patung, betok dan lain-lain. Contoh ikan yang mempunyai sisik sikloid ialah ikan kelisa, ikan haruan dan lain.

 

Anatomi Lapisan Kulit Ikan

 

Lapisan otot

 

Otot-otot pada badan ikan digunakan untuk pergerakan sirip. Ia meliputi kawasan dari tulang kepala hingga ke pangkal ekor ikan dan disusun dalam dua barisan di kedua-dua belah bahagian ikan.

 

Dua barisan otot ini (dorsal dan ventral) dipisahkan oleh tisu penyambung (conjunctive) mendatar. Bahagian rahang dan penutup insang juga mempunyai kumpulan ototnya sendiri.

 

Anatomi Lapisan Kulit Ikan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI