Udang galah jenis hidupan yang memakan apa sahaja umpan yang disuakan asalkan ia berbau. Bagi kaki pancing tegar, mereka biasanya akan menyediakan lebih dari satu jenis umpan setiap kali turun memancing. Ini kerana, ada kalanya udang galah lebih galak menjamah umpan tertentu dalam satu-satu masa.

 

1. ANAK UDANG

Anak udang yang ditangguk juga mujarab sebagai umpan memikat udang galah. Pilihan lain ialah udang yang dijual di pasar.

 

2. UMPUN-UMPUN

Potong dari bahagian ekor, untuk elakkan umpun-umpun cepat mati.

 

3. CACING TANAH

Ada kalanya cacing tanah, lebih laju dijamah udang galah berbanding umpan lain. Jadi jangan lupa membawanya setiap kali turun memancing.

 

4. HATI

Selain hati ayam, hati lembu, kambing juga boleh digunakan. Potong dan jadikan bentuk kecil.

 

5. JANTUNG AYAM

Sama juga seperti hati, jantung ayam dipotong kecil.

 

6. IKAN LONGKANG

Ikan longkang @ ikan gapi boleh menjadi umpan terbaik.

 

7. PERUT AYAM

Perut ayam dikatakan memiliki bau yang kuat. Gunakan gunting untuk memotong kepada bentuk yang kecil.

 

8. ISI KERANG

Isi kerang juga amat berpotensi, caranya rebus sekejap kerang bagi memudahkan mengopeknya. Ia perlu dipotong kecil.

 

9. ISI IKAN

Isi ikan juga boleh dipraktikkan sebagai variasi kepada umpan sedia ada.

Tinggalkan Komen