Perkongsian Oleh : King Ulong

 

Umpan tepung gandum yang dibancuh dengan air boleh terapung di dalam air? Kedengaran seperti tidak masuk akal tapi kami ada formula untuk membolehkan ia terapung.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

2 gelas tepung jagung.

1 gelas tepung gandum.

1 paket Powder Perah EVO10.

2 biji telur itik.

20 Penutup Perah Kongkang

2 Paket yis segera

1 Botol esen Pisang.

1 cawan air bersih.

 

Cara menghasilkannya:

 

TUTORIAL 1

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Sukat 2 gelas tepung jagung dan masukkan ke dalam bekas untuk mengadun.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Kemudian masukkan pula 1 gelas tepung gandum. Gaul kedua-dua tepung ini sehingga ia sebati dengan sempurna.

 

TUTORIAL 2

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Masukkan 1 paket Serbuk Powder Perah EVO ke dalam bancuhan tepung.

IKLAN

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Kemudian gaul semua serbuk tepung tersebut sampai hingga sekata.

 

TUTORIAL 3

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Masukkan 20 penutup botol umpan Perah Kongkang.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Gaul hingga sekata.

 

TUTORIAL 4

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Taburkan 2 paket yis segera ke atas adunan.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Dan gaul sampai rata.

 

IKLAN

TUTORIAL 5

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Pecahkan 2 biji telur itik.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Kemudian gaul sampai rata.

 

TUTORIAL 6

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Masukkan 1 botol esen pisang. Kemudian gaul sampai rata.

 

TUTORIAL 7

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Tuangkan air sedikit sedikit anggaran 1 cawan.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Kemudian uli sampai menjadu doh adunan.

IKLAN

 

TUTORIAL 8

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Uli tepung sampai dohnya naik dan betul-betul lembut.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Bancuhan UMPAN CEKODOK APUNG mestilah lembut dan lembik.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Apabila selesai menguli, masukkan umpan kita tadi ke dalam bekas yang bertutup kedap udara.

Tutup umpan dengan rapat supaya umpan kita akan melalui proses aktif atau mengembang.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Dan bekas kita tadi letakkan di tempat suhu yang panas seperti tepi peti ais atau jemur di terik matahari lebih senang.

 

 

TUTORIAL 9

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Selepas 1 jam, doh tepung yang diuli akan naik kembang dan akan dapat dilihat tekstur berongga seperti kek span. Ini bermakna umpan ni sudah menjadi…  dan akan terapung di permukaan air.

 

Cara menggunakannya

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Ambil sedikit doh dan penyekkan di tapak tangan. Kemudian letakkan mata kail dan gentel doh sehingga ia membaluti mata kail seperti cekodok.

 

Cara Buat Umpan Tepung Terapung

Umpan sudah boleh dilontar ke kolam dan bakal dibaham ikan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI