Kitang Lada merupakan ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan, maka sudah tentu mata halus adalah lawannya. Kalau guna mata kail bersaiz besar jawabnya tinggal mata kail sajalah. Cara terbaik teknik persembahan umpan adalah stail apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Ads
Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.
Ads
Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang di kerumuni ikan ini. Ikan kitang lada seperti ikan dengkis yang lain bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.
Jika berhajat mengunakan set apollo buatan sendiri lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut.
Ads
Setelah saiz mata di pilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak berpintal antara satu sama lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Terdapat pelbagai candat atau umpan tiruan / peralatan untuk memancing sotong di negara kita. Namun, disebalik pelbagai jenis dan jenama itu terdapat pula beberapa candat utama atau asas yang perlu ada setiap kali ingin turun mencandat sotong.
Candat Twist
Candat twist biasanya diperbuat daripada timah sebagai pemberat. Ia juga dilekatkan dengan matakail yang bersisir pada bahagian bawahnya.
Biasanya ia dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong.
Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru.
Cara menggunakannya ialah dengan menyambung terus pada perkakas terminal atau dicangkuk pada kili yang diikat langsung dari tali utama.
Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang.
Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya.
Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum.
Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.
Candat umpan
Candat umpan berbentuk panjang yang diperbuat daripada dawai logam keras sebesar lidi dan bersisir dengan matakail pada bahagian bawahnya.
Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail.
Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala
memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu.
Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.
Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau tandukyang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang.
Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air.
Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung.
Ikan tamban, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.
Candat Udang
Candat udang telah diperkenalkan dan digunakan secara umum, berkemungkinan lebih belasan tahun lepas lalu.
Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.
Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan tanduk untuk dihulurkan hingga ke dasar.
Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut. Untuk memancing sotong mengabang secara landbase pula ia tidak perlu menggunakan tanduk dan batu ladung.
Ia boleh diikat terus sebagaimana mengilat menggunakan gewang.
Terdapat beberapa penjelasan berkaitan fenomena yang berlaku sekitar bulan Mei atau Jun. Antara yang paling popular ialah, dalam keadaan cuaca yang mengakibatkan angin kuat seperti ribut taufan, akan terhasil puting beliung atau tornado kecil.
Apabila tornado ini bergerak ke kawasan air, organisma kecil seperti ikan atau katak akan ditarik ke atas dan dibawa sehingga beberapa batu jauhnya.
Tornado ini mampu membawa organisma tersebut sehingga ke kawasan yang agak jauh sebelum ikan ini akan bertebaran jatuh selepas ribut.
Walaupun penjelasan tersebut dikatakan antara yang paling logik, namun terdapat beberapa persoalan yang masih menjadi misteri.
Walaupun pakar kaji cuaca menjelaskan fenomena ini merupakan kejadian meteorologi, persoalan timbul apabila kesemua ikan yang turun bersama hujan ini merupakan spesies air tawar sahaja.
Bahkan, ikan-ikan ini dalam keadaan sempurna di mana mempunyai mata. Selain itu, ikan yang turun juga merupakan bersaiz kecil sahaja.
Beberapa persoalan ini masih belum dapat dirungkai secara saintifik. Penduduk tempatan pula kebanyakannya percaya fenomena ini terjadi kerana doa seorang paderi Katholik iaitu Father Jose Manuel Subirana yang meminta rezeki untuk penduduk yang miskin.
Apa pun penjelasan terhadap fenomena ini, Rain of Fish tetap menjadi antara fenomena misteri. Tak memancing pun boleh tunggu ikan jatuh dari langit. Di Malaysia, kejadian seperti ini belum lagi pernah terjadi.
Terbayang juga kalau berlakunya hujan ikan kelah atau patin muncung, tentu harga ikan kelah dan patin muncung tak setinggi macam sekarang. Yang ada di negara kita sekarang hanya dihujani ikan pendatang.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Bagi yang menghidap masalah darah tinggi, memakan ikan ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi anda. Sementara yang masih sihat itu sebelum terlambat maka mulalah pengambilan khasiat ikan lais.
Mengubati anemia
Bagi yang belum mengetahui, anemia adalah kondisi di mana seseorang kekurangan darah. Dengan pengambilan ikan lais ini ia juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah anemia dengan pengambilan rutin yang teratur.
Tumbesaran sempurna bayi
Disebabkan kandungan dari ikan lais yang banyak mengandungi forsor, omega 3, kalsium, zat besi serta protein, ia amat bagus bagi seorang ibu hamil agar pertumbuhan bayi yang optimum di dalam kandungan.
Pencernaan lancar
Pengambilan khasiat ikan lais juga dapat melancarkan sistem pencernaan badan. Badan dapat menghadam khasiat ikan ini dengan begitu baik sekali.
Rendah lemak
Memandangkan ia mengandungi rendah lemak, maka dengan pengambilan sebanyak mana pun ikan ini ia tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk.
Mencegah koroner jantung
Kandungan omega 3 yang dimiliki oleh ikan lais ini dapat mencegah dari penyakit coroner jantung.
Meningkatkan kecerdasan
Memakan ikan ini dapat mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan kecerdasan. Jadi, makanlah lebih kerap untuk kecerdasan yang berganda.
Menurunkan kolesterol
Disebabkan mengandungi omega 3 dan rendah lemak, ia sangat bagus diambil oleh pesakit kolesterol tinggi. Pengambilan yang sempurna bukan saja mencegah kolesterol malah dapat mengurangkannya juga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...