Sebagaimana sifat cekodok yang terapung ketika digoreng di dalam kuali, begitulah sifat umpan cekodok ini yang mampu terapung di dalam air, walaupun tidak digoreng terlebih dahulu.
Persoalannya, bagaimana tepung gandum yang dibancuh dengan air boleh terapung di dalam air?
Kedengaran seperti tidak masuk akal tapi kami ada formula untuk membolehkan ia terapung.
Ads
Bahan-Bahan Keperluan:
2 gelas tepung jagung.
Ads
1 gelas tepung gandum.
1 paket Powder Perah EVO10.
2 biji telur itik.
Ads
20 Penutup Perah Kongkang
2 Paket yis segera
1 Botol esen Pisang.
1 cawan air bersih.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat gemang.
Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang.
Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat gemang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang.
Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang.
Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang.
Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang.
Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi.
Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
Berbanding kebanyakan umpun-umpun, umpun-umpun sarang atau sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing.
Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan.
Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarang.
Selain itu ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari.
Umpun-umpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan kan umpun-umpun sarang juga tidaklah susah sangat.
Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai.
Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar. Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis.
Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarang sering
bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.
Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut.
Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang.
Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh).
Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar.
Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan.
Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Mulai sekarang kita sebagai pemancing sudah harus memikirkan segala aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum keluar memancing. Antara perkara utama yang perlu diambil tahu oleh kaki pancing sebelum keluar memancing ialah mengetahui keadaan tempat pancingan dan peka terhadap perubahan cuaca negara ini.
Kedua-dua perkara ini sememangnya penting untuk diambil kira sebelum keluar memancing kerana dengan faktor tempat dan cuaca inilah pemancing boleh merangka pelan susulan terutama jika terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini.
Iyelah, sekurang-kurangnya bila mengambil tahu kedua-dua perkara di atas, pemancing sudah boleh membayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku sekali gus menjadikan pemancing lebih berwaspada ketika memancing.
Bagaimanakah pula dengan kaki pancing yang lain? Mungkin ada tip yang lebih berguna yang boleh anda kongsi di dalam ruangan “Apa Kata Pemancing” untuk slot wacana kali ini..?
Mohd Nor Hasan
Aspek penting bagi pemancing yang menggunakan bot selain pandai berenang kita juga perlu menyediakan peralatan seperti life jacket, pisau, waterproof torch light serta alat perhubungan yang boleh digunakan semasa kecemasan. Sebelum keluar memancing, sila pastikan peralatan diperiksa bagi memastikan keselamatan terjamin.
Yusree Leo
Sememangnya keselamatan menjadi kepentingan utama ketika memancing tidak kira di tengah lautan, tasik, dalam hutan mahupun di kolam berbayar dan dimana-mana sahaja. Pemancing perlu alert keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Pastikan risiko kawasan dan pengendalian peralatan memancing diambil kira. Nyawa lebih berharga dari hasil tangkapan.. “Ingatlah orang yang tersayang”.
Qayyum Aizad
Sejak kecil ikut abah memancing di pinggir hutan – selain perkakasan mengail, 3 objek lagi yang sering dia bawa ialah parang, wisel dan pemetik api. Untuk survival katanya dan pantang larang tetap dijadikan panduan.
Encik Ismith
Semua aspek perlu ambil kira. Kalau boating, jaket keselamatan tu memang wajib. Kalau landbased, kena peka dengan persekitaran terutamanya bahaya haiwan buas/berbisa. Dan yang penting, jangan mancing sorang-sorang, sekurang-kurangnya elok berteman.
Hanapi Mat Said
Setiap kali memancing harus dimulakan dengan memberi salam dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhi sebarang malapetaka tidak kiralah untuk trip kecil atau besar. Pemancing juga harus bersedia dengan checklist alatan keselamatan penting yang perlu mengikut tempoh waktu.
Juga harus siap sedia dengan kemungkinan bahaya di darat, sungai mahupun laut. Maklumkan lokasi memancing kita kepada ahli keluarga atau rakan supaya senang bantuan diberikan bila berlaku musibah. Ok Selamat memancing.
Sharfizan Shamshudin
Ketika aktiviti boating aspek pemakaian life jaket amat penting. Kebanyakan angler sekarang, ketika aktiviti boating ada yang endah tak endah je peranan life jaket. Ingat, safety first anglers! Tak kira la laut atau sungai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...