Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.
Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan palet atau dedak biji.
Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa pandan Original
Perisa honeydew Original
Perisa pisang Original
Palet 6363 / 920
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Ads
Langkah 1
Terlebih dahulu rendam sekilogram palet 6363 dengan air kolam. Memadai dengan memasukkan air ke dalam bekas bancuhan berisi palet.
Kemudian segera toskan dan biarkan sehingga palet menjadi lembut.
Langkah 2
Sediakan satu botol kosong untuk campuran perisa. Kemudian masukkan 100 gm perisa pandan Original, 20 gm perisa honeydew Original dan 20 gm perisa pisang Original.
Goncang botol campuran perisa itu sehingga ia sebati.
Ads
Langkah 3
Curahkan sedikit demi sedikit campuran perisa ke atas palet (campuran perisa tidak perlu dicurahkan kesemuanya) dan goncang bekas adunan sehingga setiap biji palet bersatu dengan campuran perisa.
Biarkan seketika adunan itu sebelum digunakan.
Ads
Langkah 4
Ambil perambut dua mata kail. Cucurkan salah satu mata kail dengan palet dan satu lagi dengan jajan atau keropok jagung.
Kemudian kepal palet kira-kira sebesar penumbuk pada mata kail yang dicucuk jajan. Sementara mata kail yang dicucuk palet dibiarkan bebas.
Langkah 5
Palet yang dikepal haruslah kemas agar tidak berderai ketika dilontar dan tidak pula terlalu padat kerana akan melambatkannya berderai di dalam air.
Lontarkan umpan ke lokasi ikan sering timbul. Ia boleh digunakan sama ada teknik dasar atau apung. Spesies patin, tongsan sisik halus dan rohu merupakan spesies sasaran umpan ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tapai ubi kayu sememangnya enak untuk dimakan. Bahkan, tapai ubi kayu jika diadun dengan beberapa bahan lain, ia sebenarnya boleh dijadikan umpan yang efektif khususnya untuk memancing spesies patin.
Bahan-Bahan
1 pek tapai ubi kayu
1 pek santan segera
1 tin minyak sapi (kecil)
1 pek tempe
1 pek mauripan
esen pisang
2 biji telur itik
roti sandwich
Langkah 1
Potong tempe kecil-kecil dan masukkan terus ke dalam bekas pengisar.
Langkah 2
Masukkan sebungkus ibu roti segera / mauripan.
Langkah 3
Masukkan satu pek penuh santan segera.
Langkah 4
Buangkan urat-urat dalam tapai ubi kayau dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
Langkah 5
Masukkan 3 penutup esen pisang.
Langkah 6
Pecahkan 2 biji telur itik.
Langkah 7
Masukkan pes pandan/strawberi sebanyak 2 penutup sekiranya perlu.
Masukkan pes pandan/strawberi sebanyak 2 penutup sekiranya perlu.
Langkah 8
Kisarkan dulu bahan-bahan tersebut kemudian tuangkan minyak sapi yang telah dicairkan.
Langkah 9
Kisarkan sekali lagi adunan dengan minyak sapi dan sebaiknya simpan umpan ini sekurangnya 6 jam sebelum digunakan.
Tentu ramai yang berkerut muka baca tajuk ini, kan? Macam mana nak cangkuk mata kail kat air kelapa? Kalau isi kelapa tu bolehlah diterima akal. Memang la kalau guna air kelapa saja takkan boleh dibuat. Namun air kelapa boleh dijadikan bahan utama untuk menyediakan umpan memancing ikan patin.
Untuk memastikan ia bukanlah sembang kosong, kami telah menemui pemancing yang telah lama menghasilkan dan menggunakan umpan air kelapa bagi memancing ikan patin di kolam-kolam pancing air tawar. Di sini kami tunjukkan cara-cara penyediaannya.
Bahan-Bahan:
Sebiji kelapa muda (sebaiknya dari jenis kelapa air manis)
Pes pandan
Kelapa parut
Roti sandwich (potong dadu)
Cara-Cara penyediaan:
Tutorial 1
Titis atau renjis air kelapa ke atas roti sandwic yang telah dipotong dadu sehingga agak lembab sekata di dalam bekas bancuhan umpan.
Tutorial 2
Tuangkan pes pandan 2-3 penutup pes pandan bergantung kepada jumlah roti dadu yang digunakan. Goncang hingga sekata.
Tutorial 3
Masukkan pula sedikit kelapa parut dan goncang lagi sehingga adunan sekata.
Tutorial 4
Umpan bancuhan air kelapa yang sedia untuk digunakan. Ia boleh terus digunakan atau perap buat seketika.
Tutorial 5
Gunakan perambut 2 mata kail dan kepal roti pada mata kail tersebut. Anda boleh guna teknik apung mahupun dasar.
Tidak dapat disangkal lagi pemancing kolam air tawar merupakan seseorang yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan umpan memancing buat sendiri. Sebagai contoh, penghasilan minyak pandan wangi ini. Hanya berbekal bahan asas iaitu minyak masak yang dicampur dengan beberapa bahan bau-bauan, ia sudah boleh dijadikan bahan utama umpan memancing.
Bahan-bahan keperluan:
Minyak masak – (1 paket / 1kg)
Daun Pandan – (10 helai diracik halus)
Kulit kayu manis – (2 batang)
Cara Proses:
Masukkan 1 paket minyak masak ke dalam periuk di atas dapur.
Kemudian masukkan kesemua daun pandan yang telah diracik halus serta 2 batang kulit kayu manis.
Hidupkan api dan panaskan dengan menggunakan api paling kecil sehingga minyak menggelegak atau mendidih.
Setelah minyak mendidih biarkan sehingga sejuk dan kemudian keluarkan kulit kayu manis.
Masukkannya ke dalam bekas pengisar dam kisar minyak dan daun pandan hingga menjadi halus.
Tapis atau perah bagi mengambil minyak sahaja. Untuk hasil tapisan yang sempurna, gunalah penapis teh kain yang biasa digunakan di kedai-kedai mamak.
Kegunaan minyak pandan wangi
Ia merupakan minyak terbaik untuk menghasilkan umpan tepung (campuran minyak dan tepung gandum).
Bagi kaki rohu pula bolehlah campurkan sedikit minyak ini pada roti atau pellet yang dicucuk pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...