Ikan pacu adalah haiwan maserba atau boleh dikatakan memakan apa saja. Namun tak bermakna kalau sekadar diberi makanan ikan, pacu akan memakan umpan tersebut. Jadi, umpan tersebut perlu diejas bagi mencepatkan proses ikan pacu memakannya.
Bahan-bahan keperluan:
Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air
Cara-cara penyediaan umpan:
Ads
Masukkan satu kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan.
Masukkan air 200ml dan gaul palet. Biarkan seketika sehingga palet menyerap air.
Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.
Gaul palet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.
Ads
Cara-cara penggunaan umpan:
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).
Ads
Kepal palet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada palet.
Lontarkan ke kawasan ikan bermain air dan tunggu sehingga umpan tersebut diragut ikan.
(kredit: Azura Manas)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Siput merupakan antara umpan alternatif bagi kaki pancing ketika memancing.
Ketika kunjungan ke Kuala Ibai, Terengganu, penulis sempat menimba sedikit ilmu berkaitan umpan siput.
Pemancing di sini gemar menghabiskan waktu petang dengan memancing di kawasan berbatu di Kuala Ibai.
Antara umpan popular ialah siput ka’ki, nama gelaran tempatan untuk sejenis siput yang selalu dijadikan umpan.
Ikan kitang antara spesies ikan yang dinaikkan hasil umpan ini. Umpan ini sesuai untuk memancing ikan di kawasan berbatu seperti kerapu, kitang, gelama, sembilang, duri atau ketuka.
Cara-Cara Menyediakan Umpan
Langkah 1
Cara menggunakan siput ini ialah dengan memecahkan cengkerangnya.
Langkah 2
Rupa siput kaki apabila cangkerangnya dipecahkan.
Langkah 3
Siput ini mempunyai sepit seakan ketam dan kaki seakan labah-labah.
Langkah 4
Keluarkan badannya perlahan-lahan agar bahagian atas badannya tidak rosak.
Langkah 5
Cangkukkan pada mata kail daripada bahagian atas badannya yang lembut agar kaki dan sepitnya bergerak ketika di dalam air untuk menarik perhatian ikan.
Yogurt, sama ada berperisa atau natural bukan saja berkhasiat malah sedap dimakan. Rasa lemak dan masam yang ada dalam yogurt itu merupakan antara bahan utama untuk diadun menjadi daya tarik dan umpan untuk memikat ikan seperti patin dan pacu.
Bahan-bahan keperluan:
2 cup yogurt
1 kotak kecil susu penuh krim
3 biji kuning telur
Mauripan
Pes strawberi
Roti sandwich
Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 3 biji kuning telur sama ada telur itik atau telur ayam ke dalam botol bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan kesemua 2 cup yogurt natural atau berperisa buah.
Tutorial 3
Masukkan pula kesemua susu krim penuh lemak.
Tutorial 4
Masukkan pes strawberi atau pandan dengan anggaran 5-8 penutup.
Tutorial 5
Goncang botol sehingga adunan menjadi sebati dan berbuih. Ia sudah siap untuk digunakan jika ingin menggunakannya.
Tutorial 6
Masukkan 2 cubit mauripan dan goncang hingga sebati. Adunan ini perlu diperap sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 7
Potong dadu roti sandwich untuk digunakan bersama umpan yogurt.
Tutorial 8
Curahkan umpan yogurt yang siap diperam ke dalam bekas bancuhan kira-kira 10 penutup. Goncangkan agar ia sebati pada roti.
Tutorial 9
Cucuk roti dadu pada mata kail dan kepalkan pada sebelah mata kail lagi. Umpan yogurt yang telah siap untuk dilontarkan ke spot pilihan.
Umpan kongkang merupakan umpan yang mana bahan asasnya ialah daripada organ haiwan terutamanya perut ayam. Namun untuk membolehkan ia diperam dan menjadi umpan yang sesuai untuk digunakan, banyak langkah yang perlu dilakukan.
Sekiranya anda tidak tahu cara untuk menghasilkannya, anda bolehlah cari umpan kongkang yang telah siap dibuat seperti umpan Kongkang A1 ini.
Bahan-bahan keperluan:
Sebungkus Roti Sedap Jambo
Sos Konkang A1
Musang Strawberry A1
Cara-cara penyediaan:
Tutorial 1
Roti dipotong dadu, masukkan dalam bekas bancuhan. Masukkan sos konkang A1 4 sudu teh dan digaul rata.
Tutorial 2
Pastikan digaul dengan rata bagi memboleh setiap roti dadu diselaputi sos kongkang.
Tutorial 3
Seterusnya sebarkan Musang Strawberry 3 penutup pada dinding tong bancuhan supaya lebih sekata mengenai roti.
Tutorial 4
Goncang tong bagi memboleh umpan sekata dengan roti.
Tutorial 5
Gunakan perambut dua mata kail. Kepalkan roti pada mata kail sebelah atas. Dan mata kail bahagian bawah hanya 3 atau 4 ulas roti. Kebiasaan teknik ini untuk permainan apung. Selamat mencuba.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...