Seperti memancing ikan, udang galah juga boleh dipancing dan memang ramai kaki pancing yang memfokuskan kepada pancingan udang galah sahaja disebabkan beberapa faktor.
Satu kepuasan, sekiranya udang galah yang berjaya dipancing itu berstatus sepit biru atau jenggo.
Ketika ini, jika setiap kali turun trip memancing, sekiranya berjaya memperoleh tangkapan lebih dari dua kilogram, ia sudah dianggap lumayan.
Jadi, jika sebelum ini anda tidak pernah mencuba memancing udang galah atau hanya ‘beli’ sahaja udang galah untuk keluarga anda, apa kata anda kena turun memancingnya kerana memancing udang galah tidaklah serumit mana pun.
Berikut beberapa panduan sebelum anda berhasrat mahu memancing spesies ini.
PERALATAN MEMANCING
1. JORAN
Cukup hanya menggunakan batang joran halus. Sebaiknya saiz yang disyorkan 4-5 kaki. Joran memancing udang harga ekonomi dijual antara RM10- RM20 sebatang.
2. KEKILI
Kekili bersaiz antara 500 hingga 1000 sudah memadai. Tidak perlu menggunakan kekili mahal, cukup yang berharga ekonomi.
Ada kalanya, sesetengah kekili dijual secara kombo dengan batang joran dan sudah dilengkapi dengan tali mono. Ia juga boleh digunakan untuk tempoh pendek.
3. TALI
Tali utama seeloknya antara 8 – 15 paun. Boleh gunakan tali mono atau sulam. Sesetengah tempat, tali sulam amat disyorkan kerana terdapat serangan buntal yang gemar memotong tali utama.
4. TALI PERAMBUT
Memadai dengan menggunakan tali tangsi berkekuatan tidak melebihi 15lb. Tali 6-10 lb adalah memadai.
Ini kerana, jika tersangkut, mata kail & tali perambut akan putus, tanpa mengorbankan batu ladung dan swivel. Tali perambut tidak perlu panjang, lebih kurang sejengkal sahaja.
Bagi pemburu udang galah tegar, mereka awal-awal lagi telah membuat banyak tali perambut di rumah.
5. MATA KAIL
Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut lokasi, jenis memancing dan juga saiz udang. Mata kail no 2 hingga 6 antara yang sesuai digunakan.
6. BATU LADUNG
Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
7. SWIVEL
Ia amat perlu untuk menghubungkan tali utama dengan tali perambut.
8. BEKAS @ SANGKAR UDANG
Untuk menyimpan hasil tangkapan, bekas penyimpanan jenis dawai adalah disyorkan. Ada juga kaki pancing yang kreatif menggunakan tong sampah kecil yang diletakkan jaring di atasnya sebagai bekas menyimpan udang hidup.
LAIN-LAIN
Terdapat beberapa peralatan lain yang perlu anda sediakan. Antaranya kotak atau kecil mengisi peralatan-peralatan memancing, bekas /sangkar menyimpan udang, ketip kuku @
gunting (untuk kerja-kerja pemotongan tali), pisau lipat @ gunting (untuk memotong umpun-umpun), playar muncung panjang (untuk kemudahan membuka mata kail dari
mulut udang), parang, jaket keselamatan, baju lengan panjang, topi, krim pelindung matahari, bekalan air dan makanan secukupnya.
Kawasan sungai pegunungan yang memiliki jeram merupakan spot terbaik untuk memancing sebarau. Namun pancingan di kawasan jeram ini memerlukan sedikit teknik bagi membolehkan anda memancing dengan selesa dan memperoleh hasil.
Penggunaan sesudu berkilat (chrome) atau berwarna terang amat praktikal. Ini disebabkan kawasan biasanya cetek dan air yang agak jernih. Bagaimana pun gewang lain turut berkesan bergantung pada jenis dan aksi renangan.
Baling atau layangkan gewang ke bahagian arus berbatu. Pastikan gewang hanyut mengikut arus bukannya melawan arus. Kawal sesudu agar tidak tersangkut dicelah batu. Jika tersangkut memang susah nak lepas. Anda perlu menongkah arus melepasi kawasan sangkut untuk melepaskan sesudu.
Gunakan mata kail tunggal (single hook) bagi mengelakkan tersangkut. Jika nak guna mata tiga (treble hook) pastikan ia tidak terlalu besar melebihi saiz body sesudu.
Karau dengan kadar laju bagi menarik perhatian ikan. Untuk membolehkan sesudu beraksi ia perlulah dikayuh melebihi kelajuan arus.
Gunakan berat gewang yang sesuai dengan arus agar ia mampu mencecah dasar. Antara 5 gram, 10 gram, 15 gram dan 20 gram.
Tip Keselamatan
Gunakan kasut yang sesuai. Sebaiknya pilihlah kasut yang tapaknya boleh mencengkam baik permukaan batu yang licin.
Pakai pakaian yang tidak terang kerana ikan boleh melihat perubahan di kawasan gigi air.
Elakkan memakai seluar jean, jika ada lebih banyak meranduk air. Perjalanan akan terganggu kerana material fabriknya akan membuatkan berat dan sukar untuk berjalan.
Bawa pisau atau parang sebagai alat mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...