Ads

Umpan Durian Strawberi

Durian yang rasanya kurang sedap atau kurang berkualiti biasanya dijadikan tempoyak. Tapi bagi pemancing, durian sebegini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan bahan perisa (bau) di dalam umpan. Ia ternyata berkesan dan lebih efektif berbanding menggunakan esen atau pes durian moden.

 

Bahan-bahan keperluan

 

2-3 Ulas durian

Yogurt

Ads

1 Kotak Santan kelapa kotak

Perisa Strawberi Original

Ibu roti segera

 

Ads

Cara penyediaan umpan

 

  1. Masukkan 200 ml santan kelapa  ke dalam botol atau bekas bancuhan. Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu besar yogurt.
  2. Masukkan pula isi durian dan bancuh bahan-bahan campuran hingga sekata.
  3. Masukkan pula 3 sudu besar (atau 2 penutup botol) perisa strawberi original. Akhir sekali masukkan sedikit ibu roti segera. Perap seketika (satu jam) umpan ini sebelum digunakan.

 

Ads

 

Cara  penggunaan umpan

 

  1. Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
  2. Curahkan sos umpan sedikit demi sedikit ke atas roti dan goncang hingga sekata.
  3. Cucuk 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.

 

Umpan Durian Strawberi

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...