Masukkan dedak ke dalam tong bancuhan kira-kira setengah kilogram. Terpulang kepada anda untuk menggunakan dedak 929 atau sebagainya.
LANGKAH 2
Tuangkan 5 penutup botol sos umpan yang anda suka ke atas dedak dan gaul hingga sekata (jika tidak ingin menggunakan sos umpan pun tak mengapa). Sekiranya adunan dedak terlalu kering, boleh percikan sedikit air.
LANGKAH 3
Ads
Masukkan perisa tambahan sama ada pandan/strawberi kira-kira 2-3 penutup dan gaul sehingga rata (masukkan lebih sekiranya anda hanya menggunakan perisa tanpa sos umpan).
LANGKAH 4
Cucuk keropok atau jajan pada mata kail dan pastikan jajan tersebut tidak menutupi mata kail sepenuhnya.
LANGKAH 5
Ads
Masukkan dedak separuh penuh ke dalam pam, pasangkan penutup pam dan tekan pemetik pam dua atau tiga kali. Kemudian buka kembali penutup pam.
LANGKAH 6
Gunakan dawai penebuk untuk membuat lubang pada dedak di bahagian tengah pam untuk memasukkan perambut mata kail.
Pastikan swivel perambut menemusi keluar dari pam dan mata kail berjajan berada di tengah-tengah pam.
LANGKAH 7
Ads
Penuhkan pam dengan dedak, pasangkan kembali penutup pam dan tekan pemetik pam sehingga benar-benar ketat agar dedak mampat di dalamnya.
LANGKAH 8
Biarkan dedak mampat di dalam pam kira-kira 5 minit sebelum mengeluarkannya untuk dijadikan umpan memancing.
(Saksikan juga video cara-cara penyediaan umpan pam ini)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Perubahan cuaca yang tidak menentu banyak mempengaruhi kaki casting dan kaki bottom untuk turut ke spot. Musim hujan dan banjir kebelakangan ini telah membantutkan niat anda semua meneruskan aktiviti ini. Tidak mengapa, mungkin bulan ini bakal memberi tuah pada anda!
Kali ini kita pelajari seni mengambil gambar di bawah laut atau the art of underwater fishing photography. Terdapat banyak faktor yang mesti anda ketahui sebelum mengambil gambar. Antaranya ialah fokus, aperture, shutterspeed, flash, dan semestinya memahami gerakan ikan tersebut.
Sebenarnya, memahami gerakan atau corak pergerakan ikan adalah penting sebelum anda mengambil gambar. Ini adalah kerana ada pergerakan mereka kadangkala secara berkumpulan dan ada juga bergerak secara sendiri.
Bagi yang baru pertama kali ingin mengambil gambar bawah air, anda boleh mencuba di sungai-sungai yang mempunyai kedalaman tidak lebih dari 5 kaki. Ini kerana kamera-kamera kompak yang sedia terjual kebiasaannya mempunyai had limit tertentu. Anda juga boleh memasukkan kamera anda di dalam casing kalis air bagi mengelakkan kamera anda rosak.
Selain itu, faktor warna subjek dan saiz perlu dititikberatkan. Ini kerana bila dimaksudkan seni foto itu sendiri, ia adalah subjektif. Jadi bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik atau kontras, warna amat penting.
Dari sudut lensa, anda sebenarnya digalakkan membawa macro lens & zoom lens. Ini banyak memberi kelebihan ketika mengambil gambar secara detail. Lebih tepat lagi, gambar anda akan lebih fokus di bahagian-bahagian atau subjek-subjek kecil yang anda ingin rakamkan. Paling penting anda kena tahu had limit kamera anda dan lensa tersebut sebelum klik.
Sabar dan toleransi adalah penting. Saat merakam gambar, anda tidak boleh gopoh. Ini kerana kaki pancing semua mesti lebih sabar kerana ia tidak sama seperti ketika kita memancing. Pastikan juga anda tahun spot ikan tersebut dan hidupan lain. Kenali habitat dan dekati mereka mampu memberi impak gambar yang dirakam. Nampak mudah, tapi ia sebenarnya sukar.
PERSEDIAAN
Kebiasaannya sebelum mengambil gambar, kita perlu bayangkan bagaimana angle yang kita nak ambil, shutter speed, aperture dan segalanya termasuklah persekitaran kawasan tersebut. Gambaran-gambaran seperti ini penting bagi menghasilkan mutu gambar terbaik. Anda juga boleh menggunakan teknik Depth of Field, dengan jarak dua kaki menggunakan lensa 28mm. Bagi juru foto profesional, penggunaan Nikonos SB-104 strobe boleh mengawal suhu dan sesuai untuk lensa wide-angle dari penggunaan lensa makro.
“Ada yang bertanya… saya ada terlihat reel dengan drag maksima 14kg! Kalau tak silap saya la. Maknanya, kalau saya guna reel ni makna ia sesuai untuk tarik ikan bersaiz 14 kg dan ke bawah atau macam mana?”
Penjelasan admin:
Sistem tegangan (drag system) yang terdapat pada kekili berfungsi memberi tekanan maksima (pressure) kepada ikan agar ia letih dan mengurangkan pecutannya.
Dengan itu ia dapat menyelamatkan tali pancing dari keluar sepenuhnya dari gelendung dan menjimatkan tenaga pemancing juga.
Ia tidak bermakna had berat ikan tangkapan, tetapi tekanan yang kita dapat letakkan pada ikan supaya ia cepat letih dan senang mengawalnya. Sistem tegangan ini perlu disiap sediakan sebelum kita mula memancing dan diperiksa dari semasa ke semasa .
Cara untuk siap sedianya adalah dengan menarik tali utama yang disiapkan bersama kekili dan joran dengan penggunaan mesin pemberat yang diikat atau sambung pada mesin pemberat pada tegangan yang diperlukan. Seorang untuk memegang joran dan seorang lagi untuk mengangkat joran sehingga berat tegangan dicapai.
Perlu diingatkan juga berat tegangan tali perambut serta tali utama mestilah melebihi 20% dari berat tegangan yang disiapkan sediakan.
Secara ringkas pengertian maksima drag:
Keadaan spool pada kekili dikunci habis, kemudian talinya dipaksa keluar dan dalam berapa tarikan maksimasehingga menyebabkan spool itu berputar.
Maksudnya, jika kekili yang mempunyai max drag 14 kg, bererti spool dimatikan kemudian jika talinya ditarik dengan kekuatan di bawah 14 kg maka spool tidak bergerak tetapi jika lebih dari 14 kg makanya spoolnya bergerak.
Max drag boleh dikatakan berfungsi dan juga boleh dikatakan tidak berfungsi tergantung pada penilaian kita masing-masing. Biasanya reel dikelaskan berdasarkan beberapa siri.
Umumnya adalah : Siri 1000 = 2.5kg, 2500 = 4 kg, 5000 = 5 kg, 6000 = 5 kg, 8000 = 8 kg, 10000 = 8 kg. Ini adalah umum bukannya kemestian.
Tetapi kebanyakan kekili mempunyai max drag sebagai demikian kecuali reel yang di design untuk kekuatan drag yang benar benar tinggi.
Lazimnya orang selalu cakap, kekili yang mempunyai max drag yang lebih tinggi maka lebih bagus reel atau kekili tersebut.
Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Apa yang penting sebenarnya adalah keseimbangan. Ia bergantu kepada ikan jenis apa yang hendak dipancing.
Contohnya, jika korang menggunakan kekili dengan kekuatan drag 14 kg, padahal hanya untuk memancing di kolam tilapia, rasanya tidak perlulah guna kekili macam tu.
Ikatan eight figure knot (8 knot) atau ikatan nombor 8 merupakan satu ikatan paling asas untuk menyambungkan tali kepada mata kail bercincin atau kili.
Ia dinamakan 8 knot berikutan satu simpulan berupa nombor 8 akan terbentuk sebelum ia diketatkan.
Jika simpulan nombor 8 tidak terhasil bermakna ikatan tersebut telah tersilap langkahnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...