Ikan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang sebagai sumber makanannya.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
UMANG-UMANG
Ads
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
Ads
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain,mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
Ads
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kekacang yang mengandungi sumber protein sememangnya berkesan untuk pemakanan ikan. Dengan sedikit proses menjadikannya sebagai cecair atau sos, dan digunakan bersama palet atau roti, ia berupaya menarik perhatian ikan dan menjadi umpan yang berkesan.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Botol sos kacang soya Green Bait
1 Botol minyak pandan Green Bait
Palet 6363 500 gram
Setengah biji kelapa parut segar
200 ml air
Cara-Cara Menyediakan Umpan:
LANGKAH 1
Masukkan air tanpa klorin atau air kolam ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan 1/2 hingga 3/4 botol sos kacau soya dan sebatikan ia dengan air di dalam bekas bancuhan.
LANGKAH 2
Masukkan 500 gram palet ke dalam bekas bancuhan. Goncang sekata dan tutup bekas bancuhan sehingga palet menjadi lembut.
LANGKAH 3
Gaulkan kelapa parut dengan sos kacang soya sehingga sebati. Campurkan kelapa parut yang sudah digaul tadi bersama palet yang sudah lembut. Goncang bekas bancuhan sehingga campurannya sekata.
LANGKAH 4
Tuangkan kira 1/3 minyak pandan Green Bait ke atas palet dan goncang sehingga sekata.
(Cara-Cara Menggunakan Umpan)
LANGKAH 5
Ambil perambut mata kail yang ingin digunakan mengikut peraturan kolam. Cucuk mata kail dengan palet sehingga menutupi sepenuhnya mata kail.
LANGKAH 6
Kepalkan palet pada swivel. Terpulang untuk membuat kepalan besar atau kecil. Kepalan sederhana besar sudah memadai. Sebaiknya tidak dikepal terlalu kuat agar palet mudah berderai di dalam air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...