Tutorial Umpan Tepung Minyak Pati Sawit

Share

 

Campuran tepung gandum, minyak masak dan sos perisa boleh dijadikan umpan yang berkesan untuk pancingan kolam. Sos pati berasaskan kelapa sawit pula merupakan bahan yang cukup kuat untuk merangsangkan deria ikan untuk mendekati umpan.

 

Cara menghasilkan umpan ini juga tidak rumit atau perlu diperam lama sebelum ia boleh digunakan. Sebaik saja ia siap maka ia sudah pun boleh digunakan. Ikan pacu turut menggemari umpan ini walaupun kebanyakkannya diambil oleh patin.

 

Bahan-bahan:

2 kg tepung gandum

2 liter Minyak masak

Sos Musang Berjanggut Hijau A1

Sos Sawit A1

 

Tutorial 1

Masukkan 1 botol sos Musang Berjanggut Hijau A1 ke dalam bekas bancuhan.

 

Tutorial 2

Masukkan pula 1 botol sos Sawit A1.

 

Tutorial 3

Kacau dua sos tersebut sehingga ia sebati dengan sekata.

 

Tutorial 4

Masukkan kesemua 2 kg tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.

 

Tutorial 5

Gaul campuran tepung gandum dan sos sehingga ia sekata.

 

Tutorial 6

Tuangkan pula minyak masak sedikit demi sedikit ke dalam adunan (anggaran nisbah campuran 1 kg tepung : 1 kg minyak).

 

Tutorial 7

Gaul adunan sehingga mencapai setting kelembutan yang anda inginkan.

 

Tutorial 8

Cucuk mata kail (perambut 2 mata) pada jajan (keropok jagung) secara memanjang.

 

Tutorial 9

Ambil sedikit adunan dan letakkan jajan ke dalamnya sebelum dikepal.

 

Tutorial 10

Umpan yang siap untuk digunakan dengan kaedah pancingan dasar menggunakan batu mati.

 

IKLAN