Kebiasaannya, rata-rata pemancing layang sangat gemar menggunakan pattern DRY FLY kerana keseronokan menyaksikan umpan layang yang terapung di atas air disambar oleh ikan. Sama seperti keasyikan apabila kita menggunakan lure jenis top water. DRY fly pattern memang terkenal oleh setiap pemancing layang kerana menjanjikan keseronokan yang berganda.
Kali ini kami ingin menunjukkan cara-cara untuk membuat dry fly pattern yang paling simple dan efektif serta mudah untuk dihasilkan.
Peralatan keperluan:
1- VICE
2- BOBBIN HOLDER / THREAD
3- GUNTING
4- WHIPE FINISHING
5- MUSTAD HOOK #10
6- RED PARMENANT MARKER
7- HACKLE (BULU AYAM BAHAGIAN TENGKUK)
Ads
8- PEACOK HERL
9- POLY YARN
Tutorial 1
Ambil benang hitam dan buat ikatan permulaan.
Tutorial 2
Ikatkan sedikit poly yarn dan lebihkan di bahagian belakang.
Ads
Tutorial 3
Ambil 2 helai peacock herl dan ikatkan daripada bahagian belakang.
Tutorial 4
Lilitkan peacock herl tadi sehingga ke bahagian depan dan buang lebihannya.
Ads
Tutorial 5
Ikatkan 2 helaian hackle di bahagian depan dan lilitkan sehingga ke hujung mata kail.
Tutorial 6
Setelah melilitkan hackle tadi, buat ikatan terakhir dengan kemas.
Tutorial 7
Warnakan poly yarn menggunakan permanent marker berwarna merah.
Tutorial 8
Potong bahagian lebihan ekor (poly yarn) serta kemaskan ikatan dan letakkan sedikit gam di ikatan terakhir untuk mengukuhkan lagi ikatan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diolah menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Cara 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Cara 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Cara 3
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Jika ingin menggunakan minyak pemikat ini di laut atau kolam air masin, berikut disediakan beberapa panduan mudah.
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang. Ia bertujuan bagi minyak meresap ke dalam isi udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail. Ia boleh digunakan untuk memancing dasar atau casting.
Untuk kegunaan casting menggunakan gewang, minyak Umpan 3D boleh dititiskan pada tali benang yang diikat secara tambahan pada gewang atau swivel.
Memang betul! Mungkin tidak ramai diantara kita mengenali marfologi dan taksonomi serta habitat haiwan ini yang merupakan sejenis serangga dalam habitat semulajadi.
Lintah bulan (Arion sp) atau slugs merupakan sejenis haiwan dalam kumpulan Molluska Gastropod yang terdapat di kawasan lembab. Ia tidak mempunyai cengkerang atau mempunyai sedikit cengkerang. Lintah bulan wujud di darat dan di laut, dan ada juga satu genus slug air tawar, Acochlidium.
Perkataan lintah bulan lazimnya digunakan untuk merujuk lintah bulan tanah, manakala lintah bulan juga berada dari laut atau dari air tawar biasanya dirujuk sebagai lintah bulan laut atau lintah bulan air tawar.
Sesetengah jenis lintah menghisap darah tetapi kebanyakan lintah juga tidak menghisap darah, seperti spesis lintah bulan.
Bagi Orang Asli laut dipanggil lintah laut atau melat atau Lintah Laut, dan kebanyakan para nelayan amat berminat menggunakan lintah bulan ini bagi merawai ikan dasar bermisai terutama sembilang.
Bagi kebanyakan para pemancing, masih ramai yang tidak tahu spesies lintah bulan ini kerana tiada info yang memaklumkan spesies ini boleh dijadikan umpan memancing yang mana ia digemari oleh sang sembilang.
Bagi mereka yang telah menggunakan umpan ini pasti berpuas hati kerana hasil yang diperoleh amat berbaloi.
Lintah bulan ini merupakan diet makanan ikan-ikan dasar seperti ikan duri, belukang, mayung dan sembilang.
Ia juga digemari oleh pengacau umpan seperti sesirat. Harus diingat juga, di mana ada sesirat pasti ada sembilang kerana kedua-dua spesies ini mendominasi persekitaran yang sama.
Pemilihan perambut dan teknik
Menggunakan tali berkekuatan 30lb sudah memadai. Mata kail bersaiz 6 atau tidak terlalu kecil kerana sembilang bermulut besar, andai mata kail kecil khuatir mata kail akan rabut dari mulut sembilang.
Boleh menggunakan Teknik batu hidup dan batu mati. Jika memancing di atas bot atau rumah rakit, teknik batu mati amat sesuai kerana pemancing tidak perlu lontar, sekadar hulur umpan ke bawah.
Teknik memasang umpan lintah bulan
Cangkuk mata kail di bawah badan lintah bulan yang lembut (badan atasnya yang kasap) kerana boleh memanjangkan hayatnya. Ia juga membantu mata kail untuk mudah tercangkuk dalam mulut ikan.
Bagaimana mencari lintah bulan?
Ia mudah dikesan melekap pada celahan batu atau lumpur pantai sewaktu air surut atau melekap pada pangkal-pangkal pokok bakau atau pelepah pokok nipah.
Pemancing boleh mencari di perairan pantai berlumpur seperti tebing sungai, melekap di pangkal pokok bakau, pelepah nipah, di bawah batu-batu atau di atas lumpur berpasir.
Waktu sesuai untuk mencarinya ialah ketika air surut. Ia juga boleh didapati semasa air gerak pasang kerana ia akan bergerak mencari tempat kering dari air laut walaupum habitatnya di tempat lembab.
Pastikan juga anda membawa bekas umpan hidup bagi memastikan umpan lintah bulan dibawa pulang dalam keadaan sentiasa hidup dan segar.
Dan waktu paling sesuai untuk mendapatkannya dengan banyak adalah pada waktu MALAM HARI… sesuai dengan namanya lintah bulan. Maka luangkanlah masa pada waktu malam untuk mencari lintah bulan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...